Selasa, 5 September 2017

Ya Allah.. Terimalah KORBAN Kami..🐂🐐

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Pada hari raya aidiladha yg kedua , saya dan adik beradik mengadakan majlis korban. Selalu saya dan suami buat korban melalui online.. tahun ni saya jer yg korban.. en suami dan anak-anak masih lagi melalui online.. tahun ni hantar ke Rohigya pulak.. semoga korban kami diterima oleh Allah..

Selepas asar kami mengadakan tahlil arwah mak dan abah.. diam tak diam dah 3 tahun mereka pergi meninggalkan kami. Semoga roh mak dan abah dicucuri rahmat Ilahi serta ditempatkan dikalangan mereka yg beriman dan solehin. Al fatihah.

Selepas tu diadakan majlis marhaban dan tahnik untuk cucu dan anak buah yg baru lahir tahun ini.

Pada sebelah malam buat pula sambutan hari lahir ogos dan september. Untuk kak lang dan suami. Abang alang lahir 25 ogos dan kak lang lahir 27 ogos. Jadi anak2 buat sambutan sekali.
Semalam 4 september hari kelahiran puteri sulong saya Sofea Nabilah. Doa mama semoga kakak menjadi anak yg solehah, taat pada perintah Allah dan menjauhi larangan Nya. Berjaya dunia dan akhirat serta diberikan kesihatan yang baik . Aamiin.

13 ulasan:

  1. TAHNIAH YATI INSYAA ALLAH IBADAH DEMI-NYA

    BalasPadam
  2. Amin..insyaAllah setiap amalan kebaikkan keranaNya mesti Allah gandakan ganjarannya.

    BalasPadam
  3. insyallah kak.... moga di terima oleh Nya

    jd seronok biila ada sambutan hr jadi, ada tahlil, semua berkumpul...
    buat kakak Sofea nabilah, moga jd anak yg solehah n berjaya ya

    BalasPadam
  4. Insyaallah yatie...
    Seronok dapat berkumpul semua...tentunya meriah.
    Untuk kak Nabilah HBD ...semoga berjaya di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  5. In shaa Allah diterima. Den pun lebih suka buat korban ni di tempat2 yg susah mcm tu, Msia ni tak yah Raya haji memanjang dpt daging.
    Sanah helwah Nabilah, moga jadi ank solehah penyejuk hati ayah bunda ye.

    BalasPadam
  6. Sanah helwah buat yang diraikan.
    Tahniah. Pengisian aidiladha yang bermanfaat.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, meriah. Penuh aktiviti akak & family..")

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah....semuanya dah selesai ye Ti. Yg korban telah dikorbankan, tahlil dah di buat, tahnik dah ditahnikkan, yg bezday pulak dah di potongkan kek hihi...

    Bezday Nabilah lebih kurang anak den yg sulong tu. Anak den hari ni bezdaynya.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah ada kesempatan nak tunaikan korban. InsyaaAllah diterima Allah. Asalkan niat yg betul, hati ikhlas :)

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, CH! Semoga segala amalan diterima oleh-Nya.

    Selamat ulangtahun Nabilah! Semoga terus-terusan menjadi anak yang solehah.

    BalasPadam
  11. alhamdulillah...

    smoga si sulong akak diberikan kesihatan y baik n dipanjang umur..aamin..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)