Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya...
Saya ni kan ada hypertyroid.. jadi ada juga rasa sakit di dada dan selalu berdebar-debar.. doktor kata kalau tyroid ni boleh juga kesannya dijantung.
Jadi doktor cadang saya pergi jumpa doktor jantung.. buat lah appointment dgn doktor jantung pulak. Doktor jantung mencadang saya untuk membuat ujian ECHO ni.. iaitu memasang alat ni 24 jam di dada saya..
Sewaktu balik rumah.. Nabil terperanjatπ―
Apa kat perut mama tu.. macam power bank jer.. ada ke patut dia cakap mcm tu ππgelak lah saya.. saya kata ini alat pengesan jantung.. nak tahu pergerakkan jantung mama.. sekejap asyik berdebar-debar je.. terperanjat juga dia tengok wayar yg berselirat di dada saya..
Macam mana mama nak mandi ni.. risau juga dia hihihi..
Doktor kata lap-lap jer badan.. alat ni tak boleh kena air.. malam tu tidur punya lah berhati2.. karang ada juga yg tercabut wayar tu ππ.
Esok pukul 5.00pm saya hantar balik ke hospital.. nurse tu kata esok ye kul 2.00pm temujanji puan dgn doktor ye utk ambil keputusan. Risau juga nak menunggu keputusan tuππ..
Alhamdulillah keputusannya normal.. doktor jantung tu tanya.. puan ada gastrik tak.. saya kata ada.. doktor kata ini mungkin GERD iaitu acid reflux yg naik ke kerongkong sehingga menyakitkan dada seolah-olah sakit jantung. Justeru itu, doktor menyarankan saya membuat endoscopy pada 14 oktober 2017 nak tengok tahap mana tahap GERD saya ini.
Doakan saya ye kekawan.. semoga kembali sembuh.ππ
ππππππππππππππ
PERKONGSIAN DARI KULIAH SUBUH PAGI INI. Datuk Dr Fhadilah
HIKMAHNYA SAKIT.
Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:
1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.
2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.
3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.
4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.
5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.
6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.
7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.
8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.
9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.
10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.
11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.
12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.
13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.
14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.
Semoga perkongsian pagi ini bermunafa'at.. Ayuh Zikir, fikir, syukur & sabar...
Sumber : Facebook
Smoga dipermudahkn urusan 14/10 nanti
BalasPadamSmoga dipermudahkn urusan 14/10 nanti
BalasPadamsemoga dipermudahkan
BalasPadamAlhamdulillah, tak ada masalah kat jantung..
BalasPadamSemoga tiada apa yg seriut..
Take care yer kak Yati :)
saya pun selalu rasa berdebar-debar. memang kena check. semoga sentiasa sihat sis
BalasPadamBanyak hikmat disebalik sakit tu ye kak.. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik pada akak.
BalasPadamSemuga dipermudahkan dan tak de yang serius pada 14/10 nnti...dan kembali sihat seperti semula, Aamiin.
BalasPadamMudah2an cepat sembuhnya.
BalasPadamAlhamdulillah jantung nornal.
Sepupu akak tempohari ada juga buat benda ni yatie.Bawa alat tu balik sebelum dipulangkam semula ke hospital dlm 24jam ...
BalasPadamAlhamdulilah ,semoga yatie kekal sehat.
Abng pun sepatutnya kena buat scan jantung harini tapi ditangguhkan sbb macam xbersedia je bila baca brosur yg diberi.
Moga lancar semuanya kak..
BalasPadamTerima kasih perkongsian ni. Alhamdulillah semoga dipermudahkan ye. Aaminn πͺπΌ
BalasPadamAlhamdulillah semuanya ok ye Ti. Hang ni kan den tengok mmg suka jumpa doktor ek...habis tu, check perut pulak ....kalau mak, seram hokey!
BalasPadamBetullah tu Ti....sakit mmg penghapus dosa, tp kalau boleh tak maulah kena duga dengan sakit, biarlah sihat nak beribadat pun senang...Takut ah nak gi sepital
Hang ckp mcm kawan ofis den je..
PadamRajin ko gi cek doktor..
Kalau aku takut..
Yg den pulak selagi tak tahu sakit apa jadi rasa takut..
Takut dah terlambat nak berubat..bila dah tahu penyakit tu..
Kalau boleh den nak sihat senang nak beribadah kan nom..
Tapi dah ujiannya dgn kesakitan kena terima dgn redha dan kesabaran..
Allahu Akhbar, Semoga dapat sembuh seperti sedia kala yaa
BalasPadamTi, Ni ujian Holter ker? Next week my daughter kena buat ujian ni....... dah baca dari cerita you ni lega rasanya, selama ni dok fikir macam mana dia nak pasang benda tu kat tubuh my daughter...........
BalasPadamTak tahu lah zana..
PadamHolter ke namanya..
Sebab doktor cakap pasang ECHO tu..
Untuk kesan pergerakan jantung..
InsyaAllah anak zana ok tak ada apa2 tu..
Semoga cepat sembuh.
BalasPadamsemoga cepat sembuh =)
BalasPadampuan bole follow doktor hafiz sulaiman mengenai gerd,gastrik dll.. sy pun ade sakit tu..
BalasPadamsaya dah follow sini. selamat berkenalan
BalasPadamsemoga cepat sembuh sis
BalasPadam