1.DELIMA
Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”. Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.
2. KURMA
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3.ZAITUN
Rasulullah bersabda : “Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati”. Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.
4. ZA’FARAN
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang Za’faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Saidina Ali pernah menyatakan: “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.
5. BUAH TIIN
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.
6.HABBATUS SAUDA’
Khasiat Habbatus Sauda’ diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
7.MADU
Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud : “Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia” iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : “Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu”
8. KISMIS
Imam Az-Zuhdi berkata : “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)". Ada hadis yang menyebut : “Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan menharumkan bau hidung serta mulut"
wallahu'alam..
Sumber : Facebook
makanan sunnah mmg elok jadikan amalan, akak mmg akan suapkan sesudu madu untuk anak2 sblm p sekolah.. kismis pun bekalkan anak2.. tapi yang lain2 x berapa biasa amalkan..
BalasPadamSelain dari sedap, makanan sunnah ni juga bagus untuk kesihatan.
BalasPadamMAKANAN SUAH TERBAIK UTK DIET KITA
BalasPadamnice sharing
BalasPadamAssalam kak yati..
BalasPadamLama kitacterjah sini erkkk..
Hihii
Tq for sharing ilmu bermanfaat😉
good sharing
BalasPadamBetul tu..
BalasPadamterima kasih infor makanan nabi kita nak ikut sunnah dia..
BalasPadamblogwalking
BalasPadamKadang kita ni, dah lama tau pasal makanan sunnah tapi tak berapa nak amalkan huhu....Denlah tu.
BalasPadam