Ahad, 31 Disember 2017

RAIKAN CINTA :: IZZAT ๐Ÿ’– IRIS 17 DISEMBER 2017

Assalamualaikum kekawan tersayang ๐Ÿ˜

Balik dari menunaikan umrah tempohari.. kak lang buat kenduri kahwin anaknya yg kedua. Muhd Izzat pada 17 Disember 2017.. majlis nikah pada 15 Disember 2017 hari jumaat.. lebih kurang dalam pukul 3.00pm. Di Masjid Ara Kota Damansara..

Majlis repsepsi nya diadakan di Subang Jaya.. 

Mak cik dan pak cik menepung tawar kedua pengantin..๐Ÿ˜

Haha gambar macam anak seorang aje kan..๐Ÿ˜†
Kakak dua orang tu tolong mak lang bagi goodies kepada tetamu..

Kepada izzat dan isteri.. m.cit doakan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga jannah.. barakallahu lakuma..๐Ÿ’–๐Ÿ’ž

Khamis, 21 Disember 2017

BARAKALLAHU ๐Ÿ’–HAPPY 16 ANNIVERSARY๐Ÿ’ž๐Ÿ’



Assalamualaikum Suami ku,...
Terkadang aku berfikir untuk apa cinta itu,
Setelah aku menjalani semua itu,
Ternyata cinta itu adalah bahan bakar dalam rumah tangga ini,dan jujur saja suamiku,
Kalau aku sangat mencintai mu,
Cinta yang datang kerana rasa cintaku pada Allah untuk menjadikan engkau sebagai imam dalam rumah tanggaku.

Barakallahu lakuma fii khair..

#happyanniversary16year..
#MengharapredhaAllah.
#Fasa4SemarakCinta
#kekalbahagiatilljannah

Rabu, 20 Disember 2017

Selasa, 19 Disember 2017

HARGAI LUTUT ANDA.. MAHAL TU RM64K๐Ÿ’ช๐Ÿ˜

*Tips Dr. Hendrawan Nadesul*

*HARGA LUTUT ANDA RM64k. PELIHARA & JAGALAH...!*

Banyak yang tidak tahu, kerana memang tidak ada yang memberi tahu, kalau sudah usia di angka 5, sebaiknya tidak memilih jogging, berlari, apalagi melompat.

Pengetahuan yang sesungguhnya murah ini, menjadi mahal, bahkan boleh menjadi sangat mahal jika masyarakat tidak tahu, kerana sendi lutut terlanjur rosak.

Oleh kerana kos mengganti satu lutut yang telah rosak akibat tidak tahu itu.. boleh mencecah RM64k !!

Jangan sampai salah memperlakukan sendi lutut, akibat masih tetap jogging, berlari, bermain tenis, badminton, volley, & aktivitas fizikal lain yang membebani sendi lutut.

Itu yang saya maksudkan dengan pengetahuan sihat itu murah...

*Contoh lain yang tidak boleh dilakukan di usia angka 5 ialah tidak memijak batu kerikil tanpa alas kaki hinggakan saraf tapak kaki menderita sakit akibat kerasnya tekanan batu kerikil kerana bebanan berat tubuh.*

Alasan bahwa itu sebagai refleksologi tidak boleh diterima akal sihat.

Refleksologi? Tekanan yg mampu diterima tapak kaki hanyalah dilakukan dengan tangan saja yg tekanannya paling kuat hanya seberat 5 kg.

*Namun apabila berdiri di atas batu kerikil, tekanannya adalah seberat berat tubuh.. Bayangkanlah!!*

Kerana tidak ada yang memberi tahu dan hanya kerana cakap orang bahawa memijak batu kerikil tanpa alas kaki boleh menyihatkan, akibatnya diri sendiri yang menjadi mangsa dengan berlakunya kerosakan saraf tapak kaki.

Salam sehat,
Dr HANDRAWAN NADESUL

*YOGA* nya orang Islam itu dengan gerakan *SOLAT.*

*MEDITASI* nya orang Islam ialah duduk bersunyi diri sambil *berZIKIR.*

*SELF HEALING* nya orang Islam itu ialah selalu melakukan *MUHASSABAH.*

*DETOX* nya orang Islam adalah dengan rajin *berPUASA.*

*RITUAL TOLAK BALA* nya orang Islam ialah dengan *SEDEKAH.*

*VITAMIN*nya orang Islam adalah sikap *mudah MEMAAFKAN.* ✌

*UBAT AWET MUDA*nya orang Islam: *TIDAK MENCAMPURI urusan yang tidak perlu.* ๐Ÿ‘Œ

*NUTRISI TERBAIK* nya orang Islam adalah *BERBAIK SANGKA (Huznudzon).*

*PEMBERSIH HATI*nya orang Islam dengan menahan *GHIBAH.*

*PENYUCI JIWA*-nya orang Islam adalah: Menjauhi sifat *IRI DENGKI.*

*PENJAGA PAHALA*-nya orang Islam: *Tidak RIYA'*

*PENCEGAH PERMUSUHAN*-nya orang Islam: *Menghindari PERDEBATAN.*.
                                                                                                                       _Fastabiqul Khairat.. Barakallahu.._

Sumber : WhatsApp

Jumaat, 15 Disember 2017

LALAI ๐Ÿ˜ต๐Ÿ˜ญ



*Dengar di Radio IKIM*

 *Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang isu*

 *_LALAI_*

Mula-mula Ustaz kongsi *_tanda-tanda lalai_*.

 Antaranya:
1. *Kurang* membaca *Al Quran*
2.  *Kurang berzikir*
3.  *Lalai dalam solat*, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4.  *Banyak membuang masa*; untuk hiburan, sukan dan dimeja makan serta nonton tv
5.  Kurang atau *malas berdoa*.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.Sentiasa *sibuk dengan urusan dunia*; mudah stress
7.  Cara hidupnya *menyerupai musuh Islam*
8.  Tak berhati-hati dengan *perkara yang syubhah dan haram*
9.Tangguh untuk bertaubat
10.Malu untuk belajar agama
11.Bangun fikir nak makan apa dan apa aku nak buat hari ini

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara *hati kita dengan ketenangan*, ibarat *'jarak' kita dengan Al Quran.*

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.(nak baca)

Kemudian, Ustaz cerita tentang _akibat lalai_:
1.  *Kurang* semangat nak *beribadah*, tidak suka *baca quran*
2.  'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita *tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama*
3.  *Hilang fokus* dalam hidup
4.  *Mudah lesu* dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada dan suka tangguh beribadan dan kerja soleh

_Sebab-sebab lalai_:
1.  *Mengulang-ulang dosa kecil* sampai jadi kelaziman
2.  *Berkawan* dengan *orang-orang yang lalai*
3.  Berada dalam *persekitaran 'rosak'* (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4.  *Tidak berzikir*
5.  *Terjerat* dalam *perancangan-perancangan licik musuh Islam* (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

_Cara-cara untuk atasi_:
1.  Cari *sahabat yang baik dan soleh*
2.Hadiri *majlis ilmu*
3. *Bagun malam* untuk  solat tahajjut
4. *banyakkkan zikir dan taubat*
5. rajin *baca quran*
6. *Bersangka baik* pada org lain.
7.Pemaaf
8.ingat mati
9.kurangkan makan
10 amalkan sunnah Nabi saw
11.bersabar bersyukur dan bertawakkal

Share lah jika ia memberi manfaat...

#muhasabahdirikusendiri ๐Ÿ˜ข

Isnin, 11 Disember 2017

๐Ÿ’–HATI yg Tertinggal...๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ’•

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Hampir seminggu saya telah kembali ke tanah air.. namun hati saya masih tertinggal di sana. ❤๐Ÿ’–.. berbekas dihati..dengan kerinduan yg berpanjangan.. semoga saya diberi peluang utk menjadi tetamu Allah bersama keluarga pula..
Alhamdulillah sepanjang saya disana.. kesihatan saya amat baik.. terima kasih atas doa semua insan yg tersayang๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Berada didalam masjid Nabawi ini membawa ketenangan yg amat sangat.. Rinduku pada mu ya Rasulullah.. berilah syafaat mu kepada kami diakhirat kelak.. Aamiin ya Rabb..

Dihadapan pintu masuk masjid Nabawi..
Pintu Masjid Nabawi terkenal dengan ukiran warna emas yang bersinar jika terkena cahaya matahari.
Ditengah pintu di tulis dengan tulisan khat "Muhammad Rasulullah Sollahu Alaihi Wasallam" Di bahagia atas pintu ada panel atas tu tertulis ayat al quran 'Udkhuluha bisalamin  aminin' yang bermaksud " Masuklah ke dalamnya dengan aman dan sentosa"
Atas sebab itu apabila kita masuk kedalam masjid Nabawi ini kita merasa aman dan tenang.. sejuk sahaja suasana didalamnya.. membuat hati saya bertambah rindu ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜™
"Allahummasolliala saidina Muhammad"๐Ÿ˜



Rabu, 22 November 2017

Bila Semakin RINDU ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan di kurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..


Apabila RINDU datang hati meronta2 utk pergi walaupun tidak dirancang.. masa saya balik kuang 2 November tu.. adik lelaki saya mengajak saya.. kak nak ikut tak gi umrah 24 Nov ni.. wah teruja betul saya.. boleh juga.. nanti Isnin acit bagi jawapan.. Alhamdulillah dipermudahkan segela urusan saya.. syukur pada Mu ya Allah..


Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu ya Allah.. RINDU menggunung pada baitullah Mu itu ya Allah.. berikanlah kesihatan yg baik buat hamba Mu yg lemah ini..


RINDU jua utk mengulangi ibu yg agung Siti Hajar berlari-lari anak antara Safa dan Marwah๐Ÿ˜๐Ÿ˜™๐Ÿƒ๐Ÿƒ

InsyaAllah dapatlah saya menyambut maulidur rasul disana.. RINDU pada mu ya rasulullah.. saya terus ke Mekah kemudian baru ke Madinah pada 30 November  2017.. dan maulidur rasul pada 1 Disember 2017.. blogger Titisan Nurani bertolak dari Malaysia pada 30 November dan terus Mekah.. tak dapat lah jumpa kakzakie huhuhu.. rindu juga dgn titisan nurani kakzakie yg lama sepi tu..

Hari ini saya cuti untuk membuat persiapan lagi 2 hari nak pergi ni.. saya tak ikut sangat senarai barangan umrah diatas.. yg itu utk pergi menunaikan haji tapi boleh lah untuk jadikan panduan..

Hari ini juga saya tukar duit Saudi Riyal.. dah jauh mahal duit Saudi Riyal berbanding dengan Ringgit Malaysia kita .. Saudi Riyal 100 kita kena bayar RM115.00 duit kita huhuhu๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข.. oh Malaysia ku yg tercinta.. nak tukar disana kata kekawan lagi mahal.. elok lah tukar awal-awal kan.. lagi pun peniaga di sana tak nak duit RM kita ni dulu lain lah berebut..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜‰

Doakan saya ye kekawan.. semoga dipermudahkan segala urusan.. diberikan kesihatan yg baik.. saya juga memohon kemaafan kepada kekawan maya saya ni jika ada komen2 saya yg menyinggung perasaan.๐Ÿ˜๐Ÿ˜Œ





Selasa, 14 November 2017

RAHSIA 8 MAKANAN KESIHATAN NABI.




1.DELIMA
Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”. Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

2. KURMA
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

3.ZAITUN
Rasulullah bersabda : “Minumlah minyak zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati”. Minyak Zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.

4. ZA’FARAN
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang Za’faran sejenis tumbuhan ubat terkenal yang diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina Saidina Ali pernah menyatakan: “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.

5. BUAH TIIN
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paing tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

6.HABBATUS SAUDA’
Khasiat Habbatus Sauda’ diketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

7.MADU
Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud : “Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia” iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : “Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu”

8. KISMIS
Imam Az-Zuhdi berkata : “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)". Ada hadis yang menyebut : “Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan menharumkan bau hidung serta mulut"

wallahu'alam..

Sumber : Facebook

Rabu, 8 November 2017

13 PETUA POWER CARA BAIKPULIH DIRI..

13 PETUA POWER CARA UNTUK  BAIK PULIH DIRI SENDIRI!

Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.

Sumber : Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

Jumaat, 27 Oktober 2017

BUBUR BARLI NANGKA... emmm dapnya๐Ÿ˜†๐Ÿ˜˜

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi di hari Jumaat yg penuh barokah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Dah lama saya tak cerita masak2 saya kan๐Ÿ˜Š entah mengapa hari ini rajin pulak nak up entri yg baru saya masak petang semalam. Semalam kawan ofis saya ada bawa buah nangka.. kemain cantik isinya.. warna oren gitew.. pastu isinya tebal.. kekawan yg kat ofis sibuk kata sedap manis.. jadi saya minta sikit utk bawa balik kerana saya puasa semalam.. 

Mak dah senjakala kan nom.. kenalah kurangkan sikit mulut tu nak mengunyah jer ..๐Ÿ˜†๐Ÿ˜…

Sebenarnya dah lama saya teringin nak buat bubur barli ni.. tu yg jadi resepi bubur barli dengan nangka ni.. ada orang regukan barli dengan jagung.. kita kasi tukar ini kali ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
Jomlah intai resepi saya yg mudah ini..

RESEPI BUBUR BARLI NANGKA


Bahannya :-
- 1 cawan Barli
- 5 ulas nangka (potong dadu)
- 2 sudu besar sagu mata ikan(rendamkan)
- 3 sudu besar gula kasar
- 1 ketul gula melaka
-300ml santan pekat
-secubit garam
- 1 helai daun pandan

Caranya:- 
1. Basuh barli dan rebus dengan 2 cawan air hingga lembut. CH guna periuk noxxa jer rebus. Tekan 20 minit high pressure. Tunggu hingga bunyi bif. Tutuplah dan angkat.

2. Kemudian dalam periuk yg lain didih kan santan bersama gula kasar,gula melaka, sagu dan nangka. CH lebur jer sekali.

3. Lepas tu baru masuk barli yg direbus tadi.. barli pun dah elok lembutkan.. kemudian masukan secubit garam dan daun pandan.

4. Perasa kemanisannya.. CH yg tukang rasa nabil.. boleh semangkuk merasa.. ok mama sesedap rasa katanya. ๐Ÿ˜‰

Ini sudah semestinya mangkuk .. tuan blog hihihi๐Ÿ˜Š special sikitkan.. saya ni kalau puasa suka sangat regukan dgn bubur.. buat jer bubur yg simple2 gini cukupkan..๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‰
Ternyata memang sedap kekawan.. terasa manis nangka tu dan kenyal2 barli tu.. nangka tu kemain harum wangi.. nabil pun tergoda baunya bila saya masak tadi.. boleh menambah lagi semangkuk..๐Ÿ˜‰
Udah tinggal 2 beranak dialah teman berbuka saya.. encik suami gi ke Ipoh urusan kerjanya..

Selamat mencuba kekawan๐Ÿ˜๐Ÿ˜™๐Ÿ˜˜

Selasa, 24 Oktober 2017

Buah BACANG.. Kita Bertemu..๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendak..
Jumaat lepas adik ipar balik kampung.. dia pun wasap saya.. "akak nak buah bacang tak.. itu hari kata kawan nak buah bacang tu.. banyak dah masak ni.. ke dah bersalin kawan akak tu?" 
Saya pun balas " ehh nak nak.. bawa utk akak satu ye nak buat sambal".
Jenis besar buah bacang FIL saya tu.. adik ipar bawa 4 biji.. 3 biji saya bagi kawan saya tu... siapakah ke gerangan kawan saya tu..
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Tadaaaaaaa...

Siapa lagi.. blogger Yana Yani lah... dlm group aweks blogger tu dia ada cakap teringin nak makan bacang.. masa tu teringat yg buah bacang FIL tengah berbuah tapi belum masak lagi.. saya kata insyaAllah bila dah masak nanti bagi tahu.. boleh lah lepas mengidam tu.. kandungan pun dah 7 bulan tu.. CH doakan semoga YY selamat bersalin dan dipermudahkan segala urusan..
Hihihi secara tak langsung kerana buah bacang kita jumpa kan YY tapi tak dpt borak lama kerana saya nak menghantar najeeha balik asrama... nanti kita gader2 ye YY yg cun dan sweet ni ๐Ÿ˜๐Ÿ˜™๐Ÿ˜˜... 

MD @ Kak Ton... nak buah bacang takkkkk... jom jumpa..๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‰


Jumaat, 20 Oktober 2017

10 MUTIARA YANG BAKAL HILANG..๐Ÿ˜ข



"10 mutiara yang bakal hilang."..._

*- ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ّٰู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ .*

*- ุจุณู… ุงู„ู„ّٰู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… .*
   _*• Sewaktu Rasulullah SAW sakit, terlontar satu pertanyaan kepada malaikat Jibril as :*_
   _"Wahai Jibril... apakah kamu akan turun ke bumi setelah aku tiada...?"_
_*Malaikat jibril menjawab :*_
   _"Masih Yaa Rasulullah, aku akan turun ke bumi untuk mengambil 10 Mutiara hidup sepeninggal diri engkau."_
_*Rasulullah saw bertanya lagi :*_
    _“Mutiara apakah yang akan kamu ambil...?"_
_*Malaikat Jibril as jawab :*_  

*- (ุงู„ุฃَูˆَّู„ُ) ุฃَุฑْูู€َุนُ ุงู„ุจู€َุฑَูƒَุฉَ ู…ِู€ู†َ ุงู„ุฃَุฑْุถِ*
   _• "Mutiara pertama yang akan aku ambil dari muka bumi  adalah : *BARAKAH* (Keberkahan)"..._

   *- ( ูˆَุงู„ุซู€ََّุงู†ู‰ِ) ุฃَุฑْูَู€ุนُ ุงู„ู…َุญู€َุจَّุฉَ ู…ู€ِู†ْ ู‚ُู„ُู€ูˆْุจِ ุงู„ุฎَู€ู„ْู‚ِ*
   _• "Mutiara Kedua adalah : *RASA CINTA* (Mahabbah) yang bersemayam dihati manusia.."_

   *- (ูˆَุงู„ุซู€ََّุงู„ِู€ุซُ) ุฃَุฑْูَู€ุนُ ุงู„ุดู€ُّูْู€ู‚ู€َุฉَ ู…ِู†ْ ู‚ُู„ُู€ูˆْุจِ ุงู„ุฃَู‚ู€ุงَุฑِุจِ*
   _• "Mutiara Ketiga adalah : *RASA KASIH SAYANG* diantara keluarga (kasih sayang diantara keluarga semakin menipis)."_

   *- (ูˆَุงู„ุฑَّุงุจู€ِุนُ) ุฃَุฑْูู€َุนُ ุงู„ุนู€َุฏْู„َ ู…ِู†َ ุงู„ุฃُู…َุฑุงَุกِ*
   _• "Mutiara ke empat adalah : *KEADILAN* di hati para pemimpin."_

   *- (ูˆَุงู„ุฎู€ุงَู…ِุณُ) ุฃَุฑْูَู€ุนُ ุงู„ุญَู€ูŠุงَุกَ ู…ู€ِู†َ ุงู„ู†ِّู€ุณุงَุกِ*
   _• "Mutiara Kelima adalah : *RASA MALU* yang ada dihati para wanita.." (Banyak Berkata, berpenampilan, dan bersikap yang tidak pantas)."_

   *- (ูˆَุงู„ุณู€َّุงุฏِุณُ) ุฃَุฑْูَู€ุนُ ุงู„ุตู€َّุจْุฑَ ู…ِู€ู†َ ุงู„ูُู‚َู€ุฑุงَุกِ*
   _• "Mutiara Ke Enam adalah : *RASA SABAR* orang-orang fakir.."_

   *- (ูˆَุงู„ุณู€َّุงุจِู€ุนُ) ุฃَุฑْูَู€ุนُ ุงู„ู€ูˆَุฑَุนَ ูˆَุงู„ุฒُู‡ْู€ุฏَ ู…ِู†َ ุงْู„ุนู€ُู„َู…ู€ุงَุกِ*
   _• "Mutiara Ketujuh adalah : *WARA'* dan *ZUHUD* dari para ulama." (Wara' adalah sangat berhati-hati menjaga diri dari yang syuhbat dan yang haram, sedangkan zuhud itu (Hati) yang tidak mementingkan harta-dunia, kedua-duanya merupakan ciri seorang ulama. Jika wara' dan zuhud telah hilang dari ulama maka nilai jati dirinya tergores)."_

   *- (ูˆَุงู„ุซََّู€ุงู…ِู€ู†ُ) ุฃَุฑْูَู€ุนُ ุงู„ุณَّู€ุฎุงَุกَ ู…ِู†َ ุงู„ุฃَุบْู†ู€ِูŠุงَุกِ*
   _• "Mutiara Kedelapan adalah :  *KEDERMAWANAN* 0rang-0rang kaya.."_

   *- (ูˆَุงู„ุชู€َّุงุณู€ِุนُ) ุฃَุฑْูَู€ุนُ ุงู„ู‚ู€ู€ُุฑْุขู†َ*
   _• "Mutiara Kesembilan  adalah : *MENGANGKAT AL-QUR'AN..* (menghilangkan Ruh/ khasiyah al-Qur’an itu sendiri sebagai panduan dalam kehidupan)."_

   *- (ุงู„ุนู€ุงَุดِู€ุฑُ) ุฃَุฑْูَู€ุนُ ุงู„ุฅِูŠْู…ู€ุงَู†َ*
   _• "Mutiara (yang akan aku ambil dari muka bumi) yang kesepuluh adalah : *IMAN.*_

   _*• Saudaraku, Itulah mutiara² yang paling berharga, bila satu persatu hilang dari masing² kita, maka itu namanya kiamat kecil, tapi bila hilang satu persatu di tengah² seluruh umat manusia, maka itulah awal kiamat besar, 0leh karena itu selagi masih ada nafas kehidupan kita, mari masing² menjaga mutiara yang paling berharga dari kepunahan...*_
*- ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ .*
_"Semoga bermanfa'at...aamiin..."_
*- ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ّٰู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ .*

_"Silahkan di sharรฉ... agar bisa memberi manfa'at bagi yang lain...!"_

Sumber : WhatsApp

Rabu, 18 Oktober 2017

Akhirnya dapat RASA..๐Ÿ˜Š

Assalamualaikum kekawan..

Salam pagi yg ceria.๐Ÿ˜†
Moga kita dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Geng muslimat surau yg memenuhi permintaan jiran tetangga yg hendak merasa bubur asyura kedah ni.. memang sedap weyyy... secukup rasa..๐Ÿ˜‰
Dorang masak masa pagi ahad 15 oktober tu.. tak war2 kan pun dalam group wasap jiran tetangga.. dorang saja jer nak bagi supprise kat kami yg teringin.. terbaikkkk lah korang ๐Ÿ˜๐Ÿ˜™๐Ÿ˜˜๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Sebelum zohor dah siap dorang masak.. baru dorang war2 kan dalam wasap.. jom jom datang surau ambil bubur asyura kata ketua muslimat puan atie yg power dan rajin ni ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช.
En suami tak ada sebab ada jumpa kawan dia hari tu.. jadi suruh nabil yg gi ambil kan.. nabil zohor kat situ.. nabil kata acik atie bagi dua bekas mama.. dia tanya mama dah sihat ke.. suruh mama makan ubat ye.. jaga kesihatan baik2. Terima kasih jiran ku  ๐Ÿ˜™๐Ÿ˜˜


Kan saya kata pd hari sabtu 14 oktober tu nak gader2 potluck jiran tetangga.. tetapi saya tak dapat joint sebab saya warded utk buat endoscopy tu.. sedih tak dapat joint ๐Ÿ˜ข
Bila dorang share gambar dalam group tengok kemain meriah mereka.. jadi hasrat nak bawa "talam cendul" tu tak ada lah.. 
Dorang kata tak apa nanti kita buat  gader2 lagi..๐Ÿ˜๐Ÿ˜™



Isnin, 16 Oktober 2017

Apabila di serang GERD.. ๐Ÿ˜ท

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Hari sabtu 14 oktober 2017 .. pukul 7.30am pagi telah menyerah diri di hospital DEMC untuk temujanji menjalani endoscopy. Saya tak cemas sangatlah sebab dah pernah membuatnya.. 

Saya orang pertama pada pagi tu, pukul 8.30am saya dah masuk bilik rawatan. Saya dibius separuh badan jer.. mamai juga hehe๐Ÿ˜†
Bila saya sedar pada pukul 10.00am.. saya tanya kak nabilah "bila mama dah ada atas katil ni?".. "Laaa mama ni, kan mama yg naik sendiri tadi"ujarnya.. hahaha memang mamai sungguh saya ni.. Pukul 12.30tghri saya discharge.. doktor kata tunggu keputusan darah seminggu lagi ye.. nanti jumpa.. utk yg endoscopy tu keputusannya masih boleh dikawal.. makan ubat yg saya bagi ni selama sebulan. Tengok macam mana ye ujar doktor pakar tu..
GERD ni berpunca dari gastrik kita yg teruk.. kekawan boleh tanya en google๐Ÿ˜† banyak info yg kita akan dapat.. buat masa ni saya makan  yg rebus2 dan tak pedas.. jaga pemakanan itu penting..

Sepanjang saya di hospital tu.. kakak nabilah yang menjaga saya.. dia juga yg bagi tahu keadaan saya di group whatsApp.. terima kasih kak nabilah.. jaga mama๐Ÿ˜๐Ÿ˜™๐Ÿ˜˜

Ahad, 15 Oktober 2017

Kek Coklat Kramel Kukus

Assalamualaikum kekawan..
Selamat beristirehat di hujung minggu.. tengah buat apa ptg hari ahad ni..
Saya dok tengah sekodeng FB.. tiba2 melintas pulak satu resipi yg saya cari2 selama ini.. yakni kek karamel versi kukus.. ok kita save dulu kat sini nanti kita buat ye..๐Ÿ˜†








ok tempahan arini byk sgt tp ina rasa kek ni yg ina lom penah aja step by step
sedap moist siap ade puding ini lah kek puding karemel coklat moist komen share tuk share ok

bhn2 karamel
ina guna 8 sb gula sbb loyang lebar
masuk dalam periuk ke kuali ke dan bia atas api
kecil smpai larut dan jd perang terus tuang dalam loyang
gelek2 kan loyang bia rata karamel ok bia keras

puding nye
2 roti putih carik2 dan buang tepi
1 tin susu cair
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula castor
1 sk esen vanila
ok senang masuk semua dalam blender
dan blender halus tapis atas karamel yg dalam
loyang td ok..tepi2 loyang td basah kan sket supaya puding
senang keluar t dan elok xkoyak kukus la 30mnt
kuakan dan bia 10mnt atau puding keras cakar sket
permukaan

kek coklat
4 biji telur
1 sk ovelete
1cawan gula
ok mix kembang
masukkn 1/2 cawan susu pekat ina xnak manis
sbb puding kan dah manis
mix lg
sementara tu ayak kan 1 3/4  cawan tepung
dgn 1sk soda bikarbonat dan 1 sudu 1/2 baking powder
dan  1 cawan serbuk koko
sedikit garam halus
masukkn beselang dgn 1 cawan minyak
ok 1 cawan susu cair didihkan
masukkn dalam adunan td masa panas2 ye
dan kacau guna senduk je
ok masukkn atas puding td dan terus kukus 40mnt siap