Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik.
Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.
Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Kerna hidup ini hanya seketika.
Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.
Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.
Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik
Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.
Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.
Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.
Moga bertemu di syurga.
Uhibbukum fillah.
Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan. 🍃💕
Sumber : Facebook
tq for sharing
BalasPadamKalau tidak kita meninggalkan..kita pasti ditinggalkan kerana ajal itu sahabat pada yang bernyawa.Allahu.
BalasPadamIn syaa Allah.
BalasPadammarilah kita berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Hasil nukilan Ustazah Nurhafizah ni kan Ti. Begitulah kehidupan kita kan Ti, hanya sementara, dunia ibarat R n R hanya untuk melepaskan lelah seketika selebihnya gigihlah untuk mencari bekalan untuk dibawa ke sana.... tempat yg kekal abadi
BalasPadamNice!.
BalasPadamNukilan yang menyentuh.. Tq for sharing..
BalasPadam