Isnin, 30 Julai 2018

SERAWA DURIAN GULA ENAU/KABUNG

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Masak serawa durian ni 2minggu yg sudah.. baru berkesempatan nak kongsi kat blog.. selalu saya masak serawa durian guna gula putih.. kali ni guna gula enau.. beli gula enau ni masa raya itu hari.. waktu gi pasar pagi gemas.. penjual tu kata ni gula enau asli.. harga mahal sikit.. RM18 satu bungkus tu.. en suami pun beli lah.. saya tak pernah rasa gula enau ni... emmmm ternyata amat sedap sangat saya regukan buat sera durian ni..

Dirumah ni suka makan serawa durian dengan roti.. habis satu bungkus roti makan dgn serawa durian gula enau ni.. saya bekalkan juga serawa ni dgn roti untuk najeeha yg minggu tu bukan hari pulang bermalam dirumah.. suka dia makan dgn kawan2 nya di asrama..


Jom intai resipi serawa durian saya yg mudah ini kekawan.. lagi pun sekarang tengah musim durian runtuh.. dah main kira biji aje dah sekarang.. tak ada timbang lagi kan.. 😉

RESIPI SERAWA DURIAN GULA ENAU

Bahannya :-
✔300 grm santan
✔8 ulas durian
✔1 ketul gula enau 
✔daun pandan
✔secubit garam

Caranya :-
1. Masakkan gula enau dgn 1 cawan air. Kemudia tapis kedalam periuk lain.

2. Kemudian masukan santan, durian kedalam periuk yg ditapis gulau enau tadi.

3. Masakan sehingga mendidih. Kemudian masukkan daun pandan dan secubit garam.

4. Siap dihidang bersama roti atau pulut.

*jika kekawan nak ganti gula putih pun boleh.. letak 5 sudu gula pasir kedalam santan yg dimasak dgn durian tersebut.

Selamat mencuba 😍

11 ulasan:

  1. SEDAPNYA SERAWA DURIAN GULA ENAU

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Ti

    Makchaq minta maaf.. rupanya email dah x boleh masuk.. lama sanagt tak jenguk..

    Ti ambik no makchaq la.. nanti msg boleh?

    BalasPadam
  3. Sedapnya menu mahal zaman sekarang. Sebab durian kena beli .

    BalasPadam
  4. jumaat lepas mr.asben bwk seplastik serawa durian.
    sebelum balik, dia beli roti gardenia.
    sedap la kami makan :)

    BalasPadam
  5. mentang2 musim durian kannn memana je ada je resepi dgn durian ;-)

    BalasPadam
  6. Baru tahu gula kabung ni ada nama lain jugak, enau. Selama ni panggil gula kabung aje. Sedapnyaa serawa tu

    BalasPadam
  7. Isnin hari tu pun den buat serawa doyan... mmg puaslah makan.

    Den pakai gula melaka Ti

    BalasPadam
  8. Selalu juga pn is3 buat serawa durian ni.
    Pakai gula apa ntah

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)