Assalamualaikum kekawan semua 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍
Petang ini, hamba nak kongsi beberapa amalan tambahan dalam solat. Amalan ini dibaca selepas “fil ‘aalamiina innaka hamiidum-majiid..", biasanya kita terus bagi salam kan? Elok tambah ni.
Allahumma,
Wahai Allah
Inni a’uuzubika,
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu
Min ‘azaabi jahannam,
Dari azab Neraka Jahannam
Wa min ‘azaabil qabr,
Dan dari azab siksa kubur
Wa min fitnatil mahyaa wal mamaat,
Dan dari fitnah ketika hidup dan sesudah mati
Wa min fitnatil masiihid-dajjaal,
Dan dari fitnah Dajjal
Allahumma,
Wahai Allah
Ya muqallibal quluub,
Wahai yang membolak-balik hati
Thabbit qalbi ‘ala diinik,
Tetapkan hatiku atas agamaMu
Wa ‘ala taa’atik,
Dan sentiasa taat kepadaMu
Kemudian bagi salam seperti biasa. Ini adalah pesanan Rasulullah SAW, Riwayat Bukhari. Jangan tinggal. Ini penyelamat kita dari 4 perkara yang Rasulullah SAW pesan pada kita untuk beringat m
Neraka, siksa qubur, fitnah masa tengah hidup dan nanti cerita-cerita buruk lepas kita mati, dan fitnah Dajjal al-masiih kalaulah kita ditaqdirkan sempat bersemuka dengan dia. Sebab hakikatnya kita memang takkan tahu kita team mana bila dia tiba. Team Muhammad atau Team Dajjal.
Hafaz doa ni. Semoga kita semua terselamat. Aamiin...
Sumner: Facebook
Ustazah Siti Fatimah kata kalau tak dpt hafal dalam Bahasa Arab cubalah dulu dlm Bahasa Malaysia tapi baca dalam hati jgn dilafazkan nanti batal pulak solat kita.☺️
Wkmsalam
BalasPadamIn syaa Allah, sama2 kita amalkan
insyaa Allah amalan terbaik
BalasPadamAssalamualaikum...dah lama tak berkunjung kesini..
BalasPadamterima kasih ,satu perkongsian yg sangat baik.
mekasih kak....
BalasPadamSelalu jugak dengar pasal bacaan sebelum salam masa tahyat akhir ni...nak jugaklah try hafal
BalasPadam
BalasPadamشركة مكافحة الثعابين بالنعيرية
شركة تنظيف بالجبيل