Rabu, 27 Mac 2019

DOSA SILAM BUKANNYA HUKUMAN😔💚

Assalamualaikum semua 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️



DOSA SILAM BUKANNYA HUKUMAN

ALLAH tak pandang dosa lama kita.

ALLAH hanya pandang pada taubat kita.

Yang pandang dosa kita hanyalah manusia.

Kerana mata manusia lebih fokus kepada titik hitam daripada kanvas putih.

Dosa silam itu bukannya hukuman.

Tapi dosa silam itu sebenarnya pengajaran.

Jika ingin dibukakan pintu rezeki,

Maka banyak-banyaklah bertaubat kepada ALLAH setiap hari.

Sebab rezeki itu tersekat oleh dosa-dosa kita yang lalu.

Tanda ALLAH cinta pada kita bukannya dengan DIA beri emas selori.

Tapi DIA bagi peluang kita bertaubat,

Meski dosa kita berlori-lori...

Astaghfirullahal'adzim.

Dosa adalah ujian, namun untuk kita pendosa harapan selalu ada, samada mahu kembali atau terus membuat dosa.

ALLAH tak memandang masa silam seseorang, tapi ALLAH pandang siapa kita pada hari ini.

Semoga pengakhiran hidup kita dikurniakan dengan pengakhiran yang baik...

Aamiin

Sumber: Facebook

10 ulasan:

  1. dosa silam bukan hukuman tapi tetap menghantui ...semoga taubat dapat keampunanNya

    BalasPadam
  2. MOGA TAUBAT MEMBASUH DOSA2 KITA

    BalasPadam
  3. moga setiap doa kita mohon diampunkan semua dosa2 kita tu Allah makbulkan lah... huhuhu

    BalasPadam
  4. benar tu Yati, sebagai hambaNya tugas kita hanya lah mencari keampunan dan keredhaanNya jua.

    BalasPadam
  5. Terima kasih menulis sebuah peringatan. Moga2 pengakhiran kita yang terbaik semata-mata dikurniakan Allah

    BalasPadam
  6. Semoga dosa2 kita diberi pengampunan

    BalasPadam
  7. Terima kasih kongsi yatie.semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadat

    BalasPadam
  8. Semoga kita berakhir dalam keadaan yang baik. Insha-Allah.. Aminn.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)