Khamis, 22 Ogos 2019

Jangan Melihat Seseorang.....🙄🧐


JANGAN MELIHAT SESEORANG DARI MASA SILAMNYA

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seorang wanita pelacur akhirnya diberi taufiq untuk bertaubat kepada Allah disebabkan ihsannya memberi minum kepada seekor anjing.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana ahli sihir Firaun yang berkumpul untuk melawan Nabi Musa, kesemua mereka akhirnya beriman kepadanya.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam Rasulullah saw iaitu Saidina Umar Al Khattab.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah (Saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana ramai ketua perompak dan penyangak berubah menjadi wali Allah seperti Fudhail bin Iyadh dan Bisyir al-Hafi.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seorang peminum arak berubah menjadi alim yang warak iaitu Malik bin Dinar.

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.

Jangan memandang orang dari darjat kedudukan kerana seorang lelaki dari Yaman yang masyarakat meminggirkannya dengan menganggap dia sebagai orang gila rupanya diberitahu Rasulullah saw bahwa namanya terkenal di langit iaitu Sayyidina Uwais al-Qarni.

SubhanaAllah...

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya untuk memburu redhaNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah. Aamiin..



MARI KITA RENUNG-RENUNGKAN

Sumber: Facebook

4 ulasan:

  1. terkesannya di hati...

    siapa lah kita nk menghukum manusia lain, kita sendiri masih banyak lompong dan dosanya kan kak... dana pernah terkesan dgn seorang kwn yg bertudung labuh, setiap waktu solat di surau jabatan,sgt aktif bab agama di surau tp bila dana beri salam padanya, senyum tak pernah di balas... mungkin masa tu dana pakai tudung pendek,masih jahil lagi... tp sgt terkesan di hati, bila di perlakukan sebegitu kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga dikurniakan hidayah buat kawan Dana yg bertudung labuh Tu, sedang jawab salam Tu wajib Kan Dana..

      Akak dulu terkesan dgn kumpulan arqam, wlpn mereka berhijab tetap dtg bersalam dgn Kita org yg bertudung pendek ketika itu, penuh dgn ramah mesra..

      Padam
  2. Alangkah beruntungnya kalau masa silamnya, masa kininya dan masa akan datangnya sentiasa menjadi contoh teladan dan ikutan

    BalasPadam
  3. Macam mana nak move on kalau masa silam masih dibelenggu.... Nice sharing 👍

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)