Assallamualaikum kekawan semua ππ
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ππ❤️
Lama rasanya tak cerita dan letak resepi Dalam blog kesayangan saya ni. Hari ini nak ceritalah juadah yg saya buat semalam.
Setiap hari rabu ada kelas mengaji dirumah jiran ni, iaitu kak masni, bagus kakak niππ
Jadi lepas mengaji adalah makan sikit, masing2 bawa potluck
Ini untuk bossku dirumah ππ
Kemain naik gebusnya.. saya suka saya suka ππ€©
πResipinya, yg saya paling suka sukat cawan Dan bahan-bahannya dikisar(blended je), mudah sungguh Kan.. jom Cuba kekawan..
Kalau tak nampak yg diatas Tu, saya salin balik dibawa utk yg masih sudi singgah di blog saya..ππ
RESIPI APAM LABU
Bahannya :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan labu(siap direbus dan dilenyek)
1 cawan gula pasir
1 biji telur
2 sudu teh yis mauripan
1 cawan santan pekat
Kelapa parut putih secukupnya
Cara-caranya
1) Kisar gula, santan, labu Dan telur sehingga kembang.
2. Ayak tepung da kemudian gaulkan yis bersama tepung.
3. Lepas itu, sudukan sedikit-sedikit tepung kedalam pengisar, kemudian kisar, buat sehingga tepung habis.
4. Kemudian masukan kedalam bekas kedap udara dan perap selama 15-20 minit.
5. Didihkan air pengukus, sementara itu letakan adunan dalam acuan yg disukai.
6. Kukus selama 15 minit dgn api yg sederhana.
7. Kemudian taburkan kelapa parut. Saya kukus sikit kelapa letak sedikit garam utk kelapa tidak basi.
Selamat mencuba kekawan ππ
Salam Kak..moga baik2 shj.. sedap ja nampak apam labu ni..nak buat pun senang..nak save resepi..nnti nak buat kt en Kuling..dia suka ni kak..
BalasPadamAllahu. menggodanya. saya pun suka labu ^_^
BalasPadamSedapnya..saya ni apapun menu dari labu saya suka..
BalasPadamSave dulu resepi..
BalasPadamSedap! favourite apam ni yatie. Rasanya yg lemak-lemak manis mmg ngam bila di gaul dengan kelapa masin tu.
BalasPadamJM ni x pandai buat kuih tau tp bila tgk resipi sukatan cawan ni minat plak nk buat..nampaknya kena carik acuan..biasa yg JM permah mkn tu warna hijau..letak pandan la ekk..mmg akan cuba sbb mudah2 mcm ni JM suka nk cuba
BalasPadamJM dah copy tau resipi ni..terima kasih lerana share
BalasPadamtentu sedap agaknya
BalasPadamlama tk mkn...fav ni
BalasPadamrajinnya..kami tak pernah buat apa2 apam pun takut tak jadi hihi..tp bolehlah try resepi ni nanti
BalasPadamlama mak nieyl x buat apam...:)
BalasPadamrindu pulak lepas tgk gambar ni...
Labu memang menjadi kesukaan wanita.
BalasPadamMemang faveret den kalau nama apam ni. Tak kiralah apam apa pun. Selalu buat apam gula merah je, nak try jugaklah buat apam labu ni. Tp labu ni bab nak kopek kulit tu tg malas hahhaha
BalasPadamKalau malas nak kopek nom, kukus dgn kulitnya sekali, pastu hang korek dgn sudu, den kalau malas kopek kulit buat macam Tu..
Padammesti lemak manis ditambah rasa masin kelapa tu ahsome sangat!
BalasPadamKita mengaji hari yg sama.nama tuan rumah pun sama..hihi..’
BalasPadamkebetulan ada labu kat peti ais..bolehlah akk mencuba
Kak rose blogger pangkin nenek.. baru ingat ..
PadamPatutlah tulis Hari yg Sama tuan rumah yg Sama..
Tak sangka tinggal setaman π€π
tak pernah try apam labu.biasa buat apam nasi je. tu pun sbb ada lebihan nasi.hehe
BalasPadamMenarik jugak ni. Kalau nak buat nanti bolehlah refer blog hang Ti.... Den suka gak labu ni tapi masalahnya org dlm rumah ni, kita buat penat penat, diaorang makan seketul je sudahnya den jugak yg kena habiskan
BalasPadamsedap sanagt ni..boleh la cuba buat..resepi pun nampaknya senang je..
BalasPadamrajinnya.. tak pernah lagi makan apam labu..
BalasPadam