Rabu, 27 Mei 2020

Damailah engkau disana sahabat ku sayang.. Almarhumah Azizah Binti Ab Rasad ~ 1969 - 2020

Assallamualaikum kekawan semua 😍

Salam lembaran ke 4 kekawan semua.. semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT jua hendaknya 😘😍


Pada pagi 26 Mei 2020, saya dikejutkan dgn berita pemergian sahabat permainan saya sewaktu kecil.. pada mlm tu 25 Mei 2020 saya tidur awal selepas isyak kerana sakit kepala.. rupanya Malam tu ada banyak panggilan Telefon yg masuk Dalam pukul 11.30mlm.. kekawan kampung saya yg telefon utk memaklumkan atas pemergian sahabat kami ini..

Masih ku ingat diawal Tahun 2019 yg saya mengalami sakit yg teruk akibat hypothyroidism Tu.. apabila arwah mendengar berita saya sakit , arwah tidak senang hati, hendak dtg menziarahi saya.. suaminya cerita dari Malam tadi dia mengajak utk tengok saya.. pagi selepas sarapan terus duduk dlm kereta suruh bawa segera kerumah saya.. sedang dia pun tidak sihat dgn sakit kanser Dan stroknya.. itulah saya berjumpa dgn Dan pada awal Tahun ini ketika menziarahi kematian adiknya😭😭

.إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah .
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امي
Takziah kepada seluruh ahli keluarga


Perjalanan terakhir mu wahai sahabatku didunia ini..

Kesedihan ku dgn kehilangan sahabat yg ku kasihi kerana Allah SWT masih terasa..😭😭


Kaulah sahabatku Azizah dunia dan akhirat..
Damailah engkau disana..💚
Maafkan Aku sahabat kerana tidak dapat menziarahi mu buat kali terakhir 😭..

Ya Allah terimalah amalan kebaikan sahabatku azizah..
Gantilah syurga sebagai tempat tinggalnya yg baru.. Aamiin 🤲🏻❤️

7 ulasan:

  1. innalillah :(
    moga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  3. Semoga roh almarhumah ditempatkan bersama golongan beriman... A-fatiah

    BalasPadam
  4. innalillah takziah kpd keluarga

    BalasPadam
  5. Takziah buat kak Yatie & keluarga arwah.

    BalasPadam
  6. SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)