Jumaat, 28 Ogos 2020

Jom Mengaji Al Quran PKPP

 Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kembali kelas mengaji Al Quran setelah 5 bulan #kitajagakita.  🤲🏻❤️

Geng mengaji Al Quran ni pun tak ramai Dalam 10 orang aje. Masih lagi dibawah 20 orang mengikut SOP KKM. 

Selalu Puan rumah mengaji adalah Hajjah Masni Azhari. Baik kak masni ni😍 sewaktu saya dah bersara, akak ni wasap saya jom yati join mengaji rumah akak. Memang suka sangatlah Kan 😍🤩 itulah hasrat pertama pun nak baiki bacaan Al Quran saya. 


Kekadang bila kak masni ada hal, puan rumah pada Hajjah Rose Kakrose. Rupanya geng blog Pangkin Nenek, bila Nom Hary menyapa dgn panggilan Kak Yon.😘 Macam pernah kudengar panggilan ini 😁🤭.

Ustazah Kami kawan baik kak masni, mula2 saya nak baca Dari Qiaraati 1 tapi kak Idah (tak bagi panggil ustazah 🤭) kata baca dari Qiaraati 2 yati , Kan dah kenal huruf 😁 , betulkan bacaan tajwid Dan makhraj huruf Tu je.



Alhamdulillah syukur dah naik Al Quran sekarang ni. Satu kata2 Kak Idah ni yg terpasak dalam hati saya, " Yang bagi pandai Allah SWT, kak Idah hanya mengajar sahaja"

Ye doa pada Allah SWT beri kefahaman Dan belajar sungguh2 serta sabar dalam menuntut ilmu ini.

Ya Allah kurniakanlah kepada aku memahami kalamMu ini letaklah ianya sentiasa dihatiku. Aamiin 🤲🏻❤️


Bila dah usai mengaji tu, adalah minum petang, memasing bawa sedikit juadah utk dinikmati bersama. 🍜🥪🍵☕

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah, disamping mengaji, dapat mengerat ukhwah..bagus aktiviti begini..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah rajin ngaji n belajar menambah ilmu

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...seronok sya membaca aktiviti yati ni

    BalasPadam
  4. Ya Allah seronoknya ramai geng mengaji 😊

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. Bagus aktivitinya.. Kalau ada geng Al-Quran macam nie, memang seronok proses pembelajaran dan mengulangkaji..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)