Selasa, 24 November 2020

RESEPI PENGAT KELADI



Assallamualaikum kekawan semua 😍❤️
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😊


Rajin benar hari ini nak masak pengat  keladi.. ini gara-gara kak rose blogger D'Pangkin Nenek tunjuk dalam Facebook makan pengat keladi πŸ˜…

Hari sabtu tu rajin ikut suami pergi pasar asnaf, sekali tu nampak cantiknya keladi, ambillah sebiji yg sederhana besarnya, dalam hati memang dah rancang nak buat pengat. Nampak pulak keledek unggu, anak2 suka bila dipanggang.

Jadi petang ini saya makan pengat keladi dgn encik suami sebab anak2 tak suka keladi. Tu yg kakak nabilah bakar aje keledek unggu Tu. Suka sangat mereka.

Resepi saya mudah aje, yg cepat dimakan😁

 

RESEPI PENGAT KELADI


Bahannya :
250 grm keladi ( 1 biji sederhana besar)
1/4 cawan sagu (direndam)
250ml santan (santan kotak pun boleh)
1 cawan air
1/4 cawan gula kasar
1 gula merah
Daun pandan
Secubit garam

Caranya :

1.  Masak gula merah dgn 1 cawan air. Bila dah masak tapis dan ketepikan.

2. Kemudian masukan satu cawan air , gula merah yg masak tadi , gula putih , secubit garam dan santan, kacau sebentar.

3. Kemudian masukan  sagu dan labu.

4. Apabila labu dah nak agak empok. Masukan simpulan daun pandan. Tunggu sehingga masak.

5. Kemudian rasa manis dan lemaknya. Jika secukup rasa dan bahan semua dah masak bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA 😍

17 ulasan:

  1. Lama sangat-sangat tak masak pengat keladi ni.

    BalasPadam
  2. Nak cari keladi yg melekit2 tu, ha..yg tu kalo dpt den sorang pun boleh habis sepiuk bubur keladi ni, tapi susahla nak jumpa keladi mcm tu.

    BalasPadam
  3. lama tak makan pengat keladi. kalau buat sikit aje, sebab yg makan berdua je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah kalau ada Jual kat kedai CH selalu beli je.. tapi skrg susah jumpa Jual..

      Padam
  4. akak suka jugak makanan berasaskan keladi-kek,aiskrim..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye aiskrim keladi mmg sedapkan kak Kamsiah.. Nabil pun suka aiskrim yem..

      Padam
  5. Yati..try lah buat apam keladi mcm yati buat apam keledwk ungu tu. Mesti sedap. Cipta resepi baru..

    BalasPadam
  6. Sedapnya pengat keladi.. memang best..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)