Assallamualaikum kekawan semua ๐
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐๐
Pada pagi selasa 13.1.2021 Kami Di DM PKKN E-post buat pemeriksaan kesihatan seperti biasa. Bila buat ujian exercise duduk bangun selama 1 minit didapati oksigen kurang bagus.. turun dr paras yg sepatutnya, Lepas Tu Ada yg check BP Naik Dan rendah.. doktor suruh pergi rehat.. pukul 11.00am doktor panggil lagi utk test semula Dan ambil darah.. saya Dan kak nafisah pun Sama , rasa sesak nafas.. ialah dah 6 Hari Kan, Hari gejala bermula.. kak nafisah Pula dah 10 Hari Waktu Tu.
Jadi doktor suruh buat X-ray Dan Kami dipindahkan ke ward 39 utk pemantuan rapi.
Saya bagi tahu dlm wasap keluarga Dan anak2.. saya suruh mereka fikir positif walaupun nabilah dah menangis, cepat aje dia buat video call.. mmg pun selalu mereka buat VC dgn saya utk melihat saya.. saya kata tak apa ini utk kebaikan mama๐ cukup kalian doakan mama dlm setiap solat kalian.
Dapat wasap Dari nurse suruh kami bersiap sedia.. nak pergi x-ray Dan pindah ke ward 39.
Pukul 4.01pm Tanya dlm group, dah boleh keluar ke.. nurse jwp dah boleh.. Kami pun keluar, sekali Tu ambulan yg smpi Tu rupanya yg hantar pesakit Covid 19 baru. Masuk balik dlm semula.. akhirnya pukul 5.30 pm baru Kami punya ambulan smpi.
Alhamdulillah syukur tempat ward 39 ni menempatkan Kami berdua sebilik. Selesa sikit.. saya katil 6 Dan kak nafisah katil 5. Nurse kata nanti dlm pukul 6.30pm doktor nak jumpa.
Kami pun berkemaslah barang2 dan Mandi.
Masa pergi x-ray Tu saya berjumpa dgn staf nurse Zuraidah yg dulu sebelah katil saya Di DM PKKN E-post tu. Diakan mengalami demam yg teruk Dan dibawa ke ward utk pemantuan rapi. Tak sangka dia dihantar ward 39 . Jadi berjumpa lah Kami , dia dibilik depan. Dia kata dah 2 Kali saya kena x-ray kak. Virus dah masuk dlm paru2 katanya๐ Akak doakan saya ye.. ni dah tukar antibiotik lain. Semoga yg ini jadi penawar buat saya. Akak sentiasa doakan kau Zu.. korang lagi lah frontliner, byk berkorban utk negara bagi menjalankan tugas utk wabak ini.
Pukul 6.30pm doktor Nak jumpa Kami berdua. Alhamdulillah syukur bila buat exercise duduk bangun Dan BP , bagus bacaan oksigen kami. Doktor kata tapi pagi esok kalau bagus baru boleh balik . Kak Nafisah dah 11 Hari disini. Anak2 Dan suaminya dah balik semalam. Dia satu keluarga dijangkiti Covid 19 seramai 7 org. Mulanya anaknya kena denggi, masuk hospital. Tak sangka dlm wad Tu ada yg positive Covid 19. Tu yg mengjangkit kat anaknya. Anaknya pun tak tahu bila dpt panggilan KKM utk buat swab test sebab kontak rapat, tengok positive Covid, jadi sekeluarga kena pulak buat swab test. Anaknya 5 org dihantar ke MAEPS Tu. Suami Dan kak nafisah dihantar ke sg buloh sebab warga emas.
Alhamdulillah syukur, pagi Tu check darah smlm Dan x-ray Kami baik. Paru² pun bagus Dan oksigen stabil. Jadi kak Nafisah boleh balik hari itu 14.1.2021. Saya kena tunggu esok sebab kena kuarantin sekurang2 nya 10 hari ke 14 hari. Kalau esok check ok.. boleh puan balik esok.
Kak Nafisah bersiap² utk balik , anak dia datang ambil, yati Jaga diri elok2 ye, pesan kak nafisah, sedih juga nak berpisah, nanti Kita wassp² ye katanya. Kak Nafisah ni tinggal Di Setapak. InshaAllah jika Ada rezeki Dan panjang umur Kita jumpa.๐๐๐
#Allahjagakita
#kitajagakita
#Dudukrumahdiam-diam
#kitabelumnenang
moga yati cpt pulih sediakala nangis kak baca catatan yati sedih sgt
BalasPadamAamiin YRA ๐คฒ๐ป❤️ Terima Kasih atas doa kak paridah.
PadamAlhamdulillah syukur saya dah discaj pd 15.1.2021 jumaat kak..
Ini catatan diblog saya.. doktor Dan nurse yg bagi galakkan.. buat diari atau journal awak disini. Semoga Ada manfaat buat org lain.
Semoga akak diberi kesembuhan seperti sedia kala dan bebas dari virus.
BalasPadamAamiin YRA ๐คฒ๐ป❤️ Terima Kasih atas doa NM..
Padammoga dipermudahkan urusan kak yati sekeluarga
BalasPadamAamiin YRA ๐คฒ๐ป❤️ Terima Kasih atas doa mar ๐
Padammugo cepat sembuh., aminn
BalasPadamps. tu tinggal ke tanggal baju dalam mak? huhuhu
Aamiin YRA ๐คฒ๐ป Terima Kasih atas doa wak..
PadamPs hihihi tanggal ๐คญ
Sebak dan sayu hati saya, kak.. semoga semuanya ada hikmah dari-Nya
BalasPadamYe SK..
PadamSemuanya atas izin Allah SWT..
Semoga tiada sakit lain selepas nya.
sy bc mcm2 pengalaman pesakit covid. ada yg ok ada yg kritikal. Alhamdulillah... akk diberi kesembuhan oleh-Nya..
BalasPadam#staysafe everyone