Selasa, 12 Januari 2021

Yati.. Macam Mana Boleh Kena Covid 19 🤔🤔

 Assallamualaikum semua 😍

Saya minta maaf tak dpt reply mesej semua🙏🏻🙏🏻

Terima Kasih atas keperihatinan semua🥰

Jadi saya reply diblog saja utk semua.

Sejujurnya saya tidak tahu bgmana boleh dijangkiti Covid 19. Segala SOP telah dipatuhi. Bagi saya ini adalah ujian bagi saya dan saya terima dgn redha. Semoga Allah SWT kurniakan kesabaran  dan kesembuhan buat kami yang dijangkiti Covid 19 ini.

Seperti kata  nurse sebelah katil saya ini, kak, Kami frontliner pun segala SOP telah dipatuhi, pakai baju PPE seluruh badan, kami dijangkiti juga, saya sejujurnya 2 Hari menangis, kenapa saya dijangkiti, pastu doktor pakar kata, dia pun dijangkiti, skrg satu unit hampir dijangkiti, Covid Kali ini cepat merebak. Jadi kita kena positif apabila dijangkiti, jihad utk kesembuhan. Org beriman apabila terima ujian ia akan berjihad. Terima dgn positif Dan redha.  Nasihat doktor kpdnya.

Ada juga yg bertanya.. apa simptom Ti kena Covid ye, saya sakit perut cirit birit, ingatkan Salah makan atau gastric. Ambil ubat juga, Lepas seminggu tak elok juga Tu yg refer hospital, sebelum Tu kena buat swab test Covid, bila tengok positive. Simptom setiap org berbeza, Ada yg demam, batuk, selsema, sesak nafas, sakit sendi, Salah satu lah..

Ada juga yg tidak bergejala seperti adik yg satu ward dgn saya, dia kata, kwn ofis Ada dijangkiti Covid, jadi satu jabatan kena buat swab test seramai 120, yg disahkan positive 7 orang termasuk saya katanya. Saya terkejut juga kak sbb tak bergejala, jadi satu keluarga kena swab test, suami Dan 1 seorg anak perempuan positive, yg 2 org nagetif. Suaminya kuarantin Di HKL anaknya Di  bangi sana.

Jadi kita jangan beranggapan Kita ini tidak dijangkiti sebab tidak bergejala. Saya dulu pun fikir mcm tu.. tak bergejala tak ada positive Covid. Sebab tak buat swab test kan😬

Apa yg boleh diambil ikhtibar, positive selalu,  doa, usaha, istiqamah dahulu baru bertawakal, jgn bertawakal je.. kalau nak dijangkiti nak buat mcm mana .. tak boleh mcm Tu..  apa yg saya nmpk Kita patuhi SOP, pakai mask, cuci tangan, sebagainya bila keluar rumah tapi balik rumah kebersihan kendiri selalu terlupa, sepatutnya buang mask, terus mandi, pakaian hendaklah direndam dgn detol. Selepas itu baru Kita boleh bersama keluarga. Fikir-fikirkanlah🤔🤔

Allah Jaga Kita💝

Allah sayang kita❤️

Allah urus kita💚

Allah SWT segalanya bagi kita💖💞💕❣️




11 ulasan:

  1. semoga segera diberi kesembuhan sihat sediakala

    BalasPadam
  2. smoga dipermudahkan urusan ..dan cpt sembuh

    BalasPadam
  3. Allah Maha Penyembuh, Allah Maha Melindungi..moga Allah beri kesembuhan yg sempurna..

    bimbang jg keadaan sekrg..

    BalasPadam
  4. Yati, semoga cepat sembuh. Nabil juga.

    BalasPadam
  5. Mudah2an segera dianugerahi keafiatan.

    BalasPadam
  6. Moga diberi syifa buat kak yati. Be strong and stay positive.

    BalasPadam
  7. Allahuakbar, semuga cepat sembuh Yatie..

    BalasPadam
  8. Allahu Akbar. Setiap penyakit ada ubatnya. In shaa Allah semuanya akan baik-baik saja.

    BalasPadam
  9. Takutnya. Orang yang berjaga2 pun boleh kena kalau Allah kata nk uji. Kita cuba jelah sedaya kita. Yang lain biar Dia yang uruskan

    BalasPadam
  10. ye betul..kalau ada org tanya "mcm mana boleh kena covid..mmg x ada jawapan khusus sbb kita tak nampak virus tu..SOP dah patuh..tp nk kena jgk itu nasib masing..kita x boleh salahkan org yg kena covid tu tak hati2..ada kes kat tempat JM ni..dia x ada simptom Covid tau..dia pergi hospital sbb nk check kaki bengkak..masuk jek hospital DR akan check utk covid..malang nya dia POSITIF..kecoh satu opis

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)