Rabu, 3 Februari 2021

Alhamdulillah... Sujud Syukur Aku Kepada Mu Yg Mengizinkan Diriku Sembuh Covid 19 🀲❤️

 Assallamualaikum kekawan semua 😍

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😊

Pada 15.1.2021, saya discaj Di hospital sg buloh.. dikurniakan kesembuhan Dari Allah SWT. Alhamdulillah syukur πŸ€²πŸ’š

Alhamdulillah syukur, sujud syukur saya kepada Allah SWT

 Ya Rahman ya Rahim ya Latif ya Wadud yg mengizinkan saya sembuh.. berkat doa , keluarga, saudara²ku, sahabatku sayang 🌹😍.. sedih Rasa hati dgn keperihatinan semua.. 😒 semoga Allah SWT jua yg membalas kebaikan buat . Aamiin YRA 🀲🏻❤️

Surat discaj ini yg ditunggu² oleh Kami Di tempat kuarantin Hospital Sg Buloh.. Alhamdulillah syukur.. kategori saya pada tahap 1 seperti laporan yg diberikan oleh doktor kerana tiada jangkitan diparu².😍🀲

Alhamdulillah syukur dah 14 Hari saya dirumah.. kesihatan alhamdulillah syukur sihat dgn Nabil..

Berita gembira ini dikongsi bersama keluarga tersayang, ❤️❤️ kak Lang siap suruh kak andak buat video lagi🀭nak tengok saya. 

Masa pagi nak discaj tu jumpa doktor. Tanya doktor  sungguh ²,  doktor yg ambil saya ni kakak saya, adakah dia akan dijangkiti virus ini, doktor kata , tidak dijangkiti Dan menjangkiti lagi, puan hanya sentiasa pakai mask ye, saya Tanya lagi, kalau saya bergejala lagi perlu pergi ke KK Shah Alam ke doktor, jika puan cirit birit, muntah² Dan sesak nafas, terus datang kesini semula. Baik doktor , terima kasih atas penerangan doktor, terima kasih banyak2 doktor Dan nurse yg merawat saya. Allah SWT jua yg membalas kebaikan buat semua 😍 kata saya. 

Pastu nurse pesan, nanti kemas Barang boleh tunggu kat depan jalan tu. Barang saya byk nurse, boleh ke kakak saya bawa masuk kereta,  tengok byk mana, Tanya nurse, sebenar beg saya ni kecik2 je, Tu yg jadi banyak, ohh boleh lah, apa no flat kereta yg jemput Tu, boleh saya bagi tahu guard. Nurse Tu pun tolong angkat beg saya kedepan. Alhamdulillah syukur dipermudahkan segala urusan.



Sempat pulak singgah rumah kak andak, kak andak kata Ada nasi lemak Tu, makanlah.. ye lapar saya Waktu Tu, hanya makan nestum je pagi tadi, ni dah pukul 11.00am. kak angah Dan adik saya uda pun dtg jumpa saya. Berbualah meneman saya makan. Lepas Tu , kak andak terus hantar saya balik ke Shah Alam.😍

Terima Kasih atas doa sahabatku sayang 🌹.. Mastura.. sewaktu saya di hospital Sg Buloh.. tak henti² wasap saya, utk mengetahui keadaan saya.  Kebetulan dia Ada kawan staff nurse dihospital sg buloh.. Dan Jaga Pesakit Covid 19.. jadi boleh dia dapat info keadaan saya.. 

Ya Allah Alhamdulillah syukur kerana memberikan sahabat ² yg baik, yg sayang padaku.. ya Allah kurniakanlah kepada mereka kebaikan didunia Dan akhirat. Aamiin YRA 🀲🏻❤️



Pada Hari Tu saya beri tahu diwasap status yg saya dah boleh discaj.. sahabat² sekolah terus PM saya.. bersyukur saya dah discaj.. terima kasih Allah kerana anugerahkan saya sahabat ² yg baik.. tak juga yg memberi zikir² Dan doa² utk saya amalkan. Sayang kalian semua 😍 dunia Dan akhirat πŸ’.


Begitu juga dgn sahabat Alam Maya Di blog. Kakzakie yg selalu membaca wasap status saya.. gembira rasa Hati bila tahu saya dah sembuh.. saya berjumpa kakzakie masa menunaikan umrah Tahun 2018, Allah SWT temukan Kami disana bukan Di Malaysia.. Terima Kasih atas doa kakzakie sekeluarga 🌹 Semoga Allah SWT jua yg membalas kebaikan buat kakzakie.

Ramai juga kawan blogger yg PM saya Dan mendoakan saya. Blogger hainom okje, Ada call saya sewaktu dihospital. Dia nak dengar suara saya Dan bertanya khabar. Saya kata Alhamdulillah syukur saya sihat Dan mendapat rawatan yg baik.. terima kasih sahabat blogger semua 😍 semoga Allah SWT jua yg membalas kebaikan buat semua 😍❤️.

Begitu juga buat jiran tetangga saya yg mendoakan saya, maaf Kan saya kerana tidak dpt membalas wasap satu persatu yg PM saya.πŸ™πŸ™

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT yg Maha Penyayang , Maha Pengasih, ya Wadud ya Mujib..mengizinkan saya sembuh Dan diberi peluang saya utk bertaubat Dan memperbaiki amalan saya, Serta sentiasa bermuhasabah diri. πŸ’šπŸ’š❤️❤️

#Allahjagakita
#kitajagakita
#kitabelummenang
#dudukrumah
#Alqurandihati

10 ulasan:

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)