Dan Allah SWT memuji orang-orang yang menangis :
"Dan mereka segera sujud sambil menangis."
Maka selayaknya tiap orang memikirkan 5 perkara :
1. Memikirkan dosa-dosanya yang lalu, sebab ia telah berbuat dosa-dosa itu tetapi tidak mengetahui apakah dimaafkan atau tidak.
2. Dia telah berbuat amal kebaikan tetapi belum diketahui diterima atau tidak.
3. Dia telah mengetahui apa yang telah lalu dari masa hidupnya dan belum mengetahui bagaimana kesudahannya.
4. Dia telah mengetahui bahawa Allah SWT membuat tempat maka ditempat mana dia akan masuk.
5. Dia tidak mengetahui apakah Allah SWT redha kepadanya atau murka.
Maka siapa yang tidak memperhatikan 5 perkara ini di masa hidupnya, ia akan menerima 5 macam sesudah mati :-
1. Menyesal terhadap apa yang ditinggalkan kepada ahli warisnya yang akan menjadi musuhnya.
2. Menyesal kerana menunda-nunda amal kebaikan sehingga sedikit amal kebaikannya.
3. Menyesal kerana melihat dosa-dosa yang amat banyak sehingga meminta izin untuk kembali untuk taubat dan tidak diizinkan.
4. Menyesal kerana banyak yang menuntutnya dan tidak dibayar tuntutan itu kecuali dengan amal.
5. Allah SWT murka kepadanya, dan tidak ada jalan untuk minta redha-Nya.
Sumber : Tanbihul Ghafilin. (Peringatan bagi yang lupa)
Bab 21: Larangan Bergelak Tawa.
menangis melembutkan hati apatah lg teringat dosa2 yg dilakukan..
BalasPadamSentiasalah memohon keampunan kepada-Nya
BalasPadammoga Allah mengampuni dosa2 kita
BalasPadam