Ahad, 11 April 2021

MEREKA YANG RUGI DALAM RAMADHAN πŸ˜±πŸ˜“

Assallamualaikum kekawan semua 😍❤️

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya πŸ˜ŠπŸ’š

InshaAllah lagi 2 Hari Kita Akan menyambut Ramadhan..

Ramadan Kareem semua .❤️🌹

Dikesempatan ini saya memohon kemaafan jika Ada catatan atau Komen saya menyinggung Serta mengguris perasaan kekawan blog yg dikasihi. πŸ™πŸ™πŸ˜πŸŒΉ


Muhasabah diri sendiri juga..


 Jangan Sia-siakan Ramadhan

=========

1. Ramadan adalah bulan membersihkan diri dari segala dosa. Rasulullah mengingatkan kepada kita bahawa golongan yang rugi adalah golongan yang sempat bertemu dengan Ramadan, namun dosa mereka masih tidak diampunkan.

2. Atas dasar itu sebahagian salafussoleh terdahulu, apabila masuknya Ramadan mereka akan menyambutnya dengan menyebutkan:

"Apabila masuknya Ramadan mereka berkata: Selamat datang bulan yang menyucikan dosa" (Ibn al-Jauzi, Bustan al-Wa'i'zin).

3. Dengan sebab itu kita akan dapati Saidina Abdullah bin Amr memperbanyakkan doa agar disucikan dirinya daripada segala dosa saat ingin berbuka puasa. Ini kerana, waktu berbuka adalah di antara waktu yang mustajab untuk berdoa. Lalu Abdullah sentiasa berdoa saat berbuka dengan doa:

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ₯Ω†ΩŠ Ψ£Ψ³Ψ£Ω„Ωƒ Ψ¨Ψ±Ψ­Ω…ΨͺΩƒ Ψ§Ω„Ψͺي وسعΨͺ ΩƒΩ„ شيؑ Ψ£Ω† Ψͺغفر Ω„ΩŠ 

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu dengan segala rahmatMu yang sangat luas agar mengampunkan dosa-dosaku."

4. Persiapkan diri kita dalam menyambut Ramadan. Jangan sampai kita menjadi orang yang rugi seperti yang diungkapkan di dalam hadis Nabi.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Sumber : Facebook



1 ulasan:

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)