تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ
Taqabbalallahu Minna wa Minkum waTaqabbal ya Kareem🕌🌟🌙
Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita semua & dilanjutkan usia bersua Ramadhan Tahun mendatang. Aamiin Ya Rabb.
💫Salam Eidul Fitri 1444H/2023 💫
Mohon Maaf Zahir & Batin atas segala salah dan silap terkasar bahasa keterlaluan cara.
🍀✨✨✨✨🍀
Sesungguhnya penuh cerita suka dan duka pada tahun 2023. Pada 14.3.2023, yakni lagi 10 hari untuk menyambut bulan Ramadhan, kami telah kehilangan abang sulong, Abdul Jalil Bin Haji Mohd Isa, pemergiannya sungguh mengejutkan kami adik beradik.
Along memang ada sakit kanser sejak 8 tahun yg lalu, tapi beliau tidak sakit terlantar, beliau juga tidak mahu buat rawatan kimoterapi, keadaan fizikalnya sihat , cuma on off sakitnya.. bila dtg ziarah along masih elok berbual mesra. Seminggu sebelum tu, kak ateh ada dtg menziarah along , kak ateh kata along tak sihat, tapi masih elok duduk bersembang dgn kak ateh, jadi merancang utk ziarah pd 16.3.2023 sambil buat kenduri sambut ramadhan dan bacaan tahlil utk almarhum abah dan almarhumah mak, namun perancangan Allah sebaiknya..
Kak ateh yg begitu terkejut kerana baru saje berjumpa walaupun pada masa itu along kata tak sihat ni, badan rasa tak sedap, kak ateh nak bawa ke hospital, tapi almarhum menolak, nanti sakit badan along kena cucuk jarum, kalau nak mati biarlah dirumah, katanya.. benarlah , sungguh mudah pengakhiranya, pagi pukul 10.00am almarhum nazak dan dlm pukul 10.15am almarhum meninggal dunia. Adik saya uda dan kak ipar saya yg menghadap pemergiannya. 😪Anak almarhum yg no 2 dari Johor dapat jumpa jenazah di Masjid utk solat jenazah. Yang pakai pelitup muka kerana dia tak sihat batuk dan demam sedikit.
innalillahiwainnailaihirojiun al fatihah takziah yati n fmili
BalasPadamInnalillahi wainna ilaihi rajiun.. semoga abang ditempatkan bersama para syuhada dan para solehin amin.. beberapa hari lagi sebelum menyambut ramadhan dan mudahnya cara beliau pergi moga mudah juga beliau dimasukan ke syurga amin..
BalasPadam