Sabtu, 12 Mei 2012

Apam Strawberry & Si Bunga Deisy ^___^

Pada hari Jumaat, kakak Nabilah ada perkhemahan di sekolah. Kak Nabilah kata ini baru percubaan, yang sebenarnya pada bulan Julai di dalam hutan.

 " Kakak rasa takut lah mama", adu dia kepada saya.
"Kakak dengar arahan Mualimah, kalau nak pergi tandas malam2 tu biar berteman", jawab saya.

Saya lihat ada kegusaran sikit di wajahnya, ialah kali pertama nak menyertai perkhemahan ini, tambahan kakak Nabilah baru berumur 10 tahun.

Jadi, kakak meminta saya membuat apam strawbery aka apam palkodot yang saya deco jadi strawberi dan bunga deisy tu... Saya pun tunaikan permintaannya semalam sehingga pukul 11pm baru saya abis mengukus. Disamping tu saya buat juga cup cake untuk dia tu yang sampai malam2 tu :))

Ini bentuk strawbery




Ini bentuk si bunga Deisy... ye ke mama :) warna purple
Nabil suka sangat..

Si bungan berwarna putih

Biasa lah saya ambil resipi dari rumah Hanamemories disini Apam dot dot, saya mohon c & p resipi ye Hana.. Mari kita tengok resipi nya

APAM DOT DOT STRAWBERRY 











Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - (saya guna 200gm je)
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.(saya guna strawberry)
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.


Mari kita tengok gambar semasa saya menyediakan... cewah..
Saya letak piping bag dalam bekas tuperware

Kemudian tuang adunan kedalam piping bag tu 

Lepas tu dapat lah camni..
yg warna pink dan purple banyak
yang hijau dan putih sikit sebab nak buat dot dot dan daun

Letak setengah adunan tu dalam paper cup
kemudian filing strawbery  jem

lepas tu tambah balik adunan pink,
kemudian bentukan daunnya

buatkan pula dot dot tu... ni nak tunggu di kukus

Sesudah di kukus

yang ni bentuk bunga deisy tu..
Okey... senangkan... ramaikan yang dah cuba..



Saya pulangkan bekas mak ngah dengan di isi apam strawberry dan cup cake tu sebagai balasan. Hehehe anak buah yang baik cuma isi dalam bekas kecil tu jer... Masa tu mak ngah bagi cendul dalam bekas besar dan kuih dalam bekas kecil :))

4 ulasan:

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)