Ahad, 13 Mei 2012

Kek Coklat Moist (kukus)


Saya lebih suka makan kek kukus kerana dia rasa kelembapan yang sangat yummy... pada kek bakar kerana rasa kering... Saya ambil resipi ni selepas mengodek-godek rumah kak jintan manis :)) Memang suka masuk blog akak ni cari resipi.. sedap belaka dan mudah nak disediakan. Saya buat guna cup cake supaya senang anak-anak nak bawa pergi sekolah. Nabil cukup suka kek ni.. beli siap kukus, makan masa suam-suam tu... lima ketul sekali Nabil ngap masuk mulut.

Saya buat kek ni untuk kakak nabilah utk pergi perkhemahan tu, pagi tu Nabil sudah rembat satu tupperware masuk dalam beg dia... 

"eh eh eh tu untuk kakak", kata saya
"Nabil nak jugak bawa sekolah, mama buat bekas lain untuk kakak ye", jawab Nabil

Muka selamba jer anak bujang saya ni... terpaksa saya isi dalam bekas lain utk kakak Nabilah..

Canteek gebu jer dia naik ...
Saya mohon izin dari kak Ros  disini kek coklat moist kukus untuk share di blog saya, jadi esok saya tak perlulah tergodek-godek resipi kat blog tu tapi saya selalu juga kruk kruk kruk cari resipi kat situ... nanti kalau akak dengar macam bunyi kucing dok selongkar tu saya lah tu... jangan hambat dengan peyapu ye...

KEK COKLAT MOIST (KUKUS)












Kek Coklat Moist ( Kukus)
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

Mari  kita cuba ye.... terima kasih kak rose

The making of cake hehhe... making sangat lah tu.. layan gambar..

Sedang mengukus

Tunggu turn utk dikukus

Siap sudah dikukus

Jemput makan...
Bertuah betul saya ni jemput makan dalam kukus jer..
Yang ni baru betul...
Jemput makan semua ^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)