Semalam berbuka puasa dengan cendol durian.. ini sebab tergoda blog Madiha tayang cendol durian tempohari.. suka betul anak2 dengan cendol durian ni, dengan tambahan jagung dan durian 2 ulas seorang... lagi terangkat kata kakak Nabilah... bila dah habis minum kakak Nabilah siap cakap "My tummy was full"... haha dah tak larat nak makan mee hoon goreng yang saya buat...
Semalam saya cuti sebab jaga Nabil yang demam ni, hari ni dah pergi tadika pun.. demam sebab main hujan katanya.. bila cuti tu sempat nak buat cendol durian ni...
Budak demam yang kata sangat best tu.. bagi makan sikit jer sebab demam belum kebah sepenuhnya.. |
Mangkuk KakaK Nabilah .. tu yang penuh tummy tu.. |
Mee Hoon goreng yang sempat dibuat... nasi makan sahur penyudahnya sebab perut dah penuh |
Marilah cuba resepi ni, sedap sangat, saya mohon share resepi ni ye MaDiHa...
Resipi Cendol Durian
Resepi : Kak Sha
Sumber : MaDiHaA's Fotopages
Bahan2 Untuk Cendol Durian
Kuah santan durian (lihat resepi dibawah)
Cendol (beli aje senang )
Air gula merah/gula melaka (1 cwn gula merah/ 1 ketul besar gula melaka + ½ cawan air. Dimasak & tapis)
Ais kiub (jika suka)
Cara Menyediakan Cendol Durian
1. Sendukkan kuah santan durian ke dalam mangkuk.
2. Sudukan cendol. Tuangkan air gula merah secukup manis & sedia dinikmati.
(Jika suka cendol berais nikmati semasa kuah durian sejuk sedikit & masukkan ais kiub semasa menghidang)

Resepi Santan Durian
Bahan2
1 biji durian ~ ambil ulasnya
1 biji kelapa diambil santan sederhana pekat
1 helai daun pandan ~ cuci & simpul
secubit garam
Cara2 menyediakan
1. Campurkan ulas durian bersama santan, daun pandan & secubit garam.
2. Masak hingga agak2 pekat dan tutupkan api.
3. Hidang bersama cendol & air gula merah.

Selamat berbuka semua ^___^
wah cendol letak durian! first time jumpa. ;)
BalasPadamSekarang ni dah popular cendol durian As.. dah banyak gerai yang jual cendol durian.. sedap :D
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamsalam kenal dan follow sini
1st time dengar dan jumpa.. nanti nak cuba try buatlah..thanks share resepi
Walaikumsalam Saleha,
PadamTerima kasih follow.. nanti akak follow saleha semula ye..
Cubalah sedapppp ;))
saya pun baru first time tengok cendol durian ;-)
BalasPadamp/s: memang full nabilah punya mangkuk hehe..
Tu yang tummy dia full.. mengikut mangkuknya hehehe
Padam