JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 26 Julai 2012

RESEPI CENDOL DURIAN


Semalam berbuka puasa dengan cendol durian.. ini sebab tergoda blog Madiha tayang cendol durian tempohari.. suka betul anak2 dengan cendol durian ni, dengan tambahan jagung  dan durian 2 ulas seorang... lagi terangkat kata kakak Nabilah... bila dah habis minum kakak Nabilah siap cakap "My tummy was full"... haha dah tak larat nak makan mee hoon goreng yang saya buat...


Semalam saya cuti sebab jaga Nabil yang demam ni, hari ni dah pergi tadika pun.. demam sebab main hujan katanya.. bila cuti tu sempat nak buat cendol durian ni...

Budak demam yang kata sangat best tu.. bagi makan sikit
jer sebab demam belum kebah sepenuhnya..

Mangkuk KakaK Nabilah .. tu yang penuh tummy tu..

Mee Hoon goreng yang sempat dibuat... nasi makan sahur
penyudahnya sebab perut dah penuh

Marilah cuba resepi ni, sedap sangat, saya mohon share resepi ni ye MaDiHa...


Resipi Cendol Durian
Resepi : Kak Sha

Bahan2 Untuk Cendol Durian

Kuah santan durian (lihat resepi dibawah)
Cendol (beli aje senang  )
Air gula merah/gula melaka (1 cwn gula merah/ 1 ketul besar gula melaka + ½ cawan air. Dimasak & tapis)
Ais kiub (jika suka)

Cara Menyediakan Cendol Durian
1. Sendukkan kuah santan durian ke dalam mangkuk.
2. Sudukan cendol. Tuangkan air gula merah secukup manis & sedia dinikmati.
(Jika suka cendol berais nikmati semasa kuah durian sejuk sedikit & masukkan ais kiub semasa menghidang) 


Resepi Santan Durian
 Bahan2
1 biji durian ~ ambil ulasnya
1 biji kelapa diambil santan sederhana pekat
1 helai daun pandan ~ cuci & simpul
secubit garam

Cara2 menyediakan
1. Campurkan ulas durian bersama santan, daun pandan & secubit garam.
2. Masak hingga agak2 pekat dan tutupkan api.
3. Hidang bersama cendol & air gula merah.



Selamat berbuka semua ^___^

6 ulasan:

  1. wah cendol letak durian! first time jumpa. ;)

    BalasPadam
  2. Sekarang ni dah popular cendol durian As.. dah banyak gerai yang jual cendol durian.. sedap :D

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum

    salam kenal dan follow sini

    1st time dengar dan jumpa.. nanti nak cuba try buatlah..thanks share resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Saleha,

      Terima kasih follow.. nanti akak follow saleha semula ye..

      Cubalah sedapppp ;))

      Padam
  4. saya pun baru first time tengok cendol durian ;-)
    p/s: memang full nabilah punya mangkuk hehe..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)