Doktor mencadangkan saya untuk membuat pembedahan kecil tetapi saya menolak pada waktu dan meminta untuk di buat fisioterapi, dimana seluruh jari hingga ke pangkal lengan akan di rendam bersama ubat yang seperti kanji.. dan ianya akan mengeras seperti lilin.. Disamping itu doktor menyuruh saya memakai alat sokongan ini untuk menggunakan mouse dan keyin data di komputer. Ialah kerja dari 8am - 5pm itulah kerja saya dengan komputer, tambahan sudah hampir 17 tahun bekerja tentu ada kesan sampingan yang saya hadapi.
Inilah alat sokongan pergelangan lengan yang saya guna
selama 3 bulan
Ada adik dipejabat saya telah melakukan pembedahan tersebut. Apabila saya bertanya keadaan beliau selepas pembedahan itu. Adik tu kata " tiada apa perubahan kak, saya nasihatkan akak tak perlu lah buat pembedahan itu, pembedahan tu dah mahal, hampir RM3000" Itu yang membuat saya mencari rawatan alternatif. Alhamdulillah bila en suami berjumpa dengan cream auralife ini dan saya menggunakannya sampai sekarang. Alhamdulillah rasa kebas tu dah hilang. (Kak rose cream ni memang untuk kecantikan Aura Shaping & Beauty Lotion) tetapi di sebabkan ramuan yang sesuai dan rasa panas itulah yang membuat kebas itu hilang. Gunanya letak di pergelangan tangan itu, selawat syifa 3 kali kemudian gosok sebanyak 7 kali mengikut pusing tawaf iaitu dari kanan ke kiri, selepas itu hidu aura itu sebanyak 3 kali. Insyallah..
Disamping itu saya mengamalkan minum madu khaula ni.. kalau kita nak makan macam tu ambil satu sudu besar (guna sudu plastik) setiap pagi. Saya pula campurkan dalam air 500ml dengan satu sudu besar madu khaula tu...
Ihsan google |
SEDIKIT INFO
Carpal Turnel Syndrome
Penyakit yang dikatakan penyakit yang sentiasa menyerang Blogger,Multimedia designer, ataupun pengguna komputer tegar, akibat dari salah cara penggunaan Mouse secara berterusan atau seumpamanya.
Gambar bagaimana menggunakan mouse dan komputer yang betul. Harap kita menggunakan posisi yang betul ye kawan-kawan :D
Sumber gambar info : Blog biru malam
p/s Kak Rose tinggal di Shah Alam dimana ? Saya tinggal di Desa Alam, SS U12 Shah Alam. Kalau kak rose nak cream ni saya boleh beri... nanti kak rose email no handphone kak rose pada saya di cahaya2569@gmail.com :-))
ada sorang kat sini rasanya alami perkara yang sama. hari tu dia buat pembedahan. tanya dia sebab apa. melalui penjelasannya tu rasanya samalah ni. sebab utamanya banyak guna komputer
BalasPadamYe Nadiah... nak buat macam mana semua kerja sekarang menggunakan komputer... ianya dah jadi satu keperluan kan tapi ada pula kesan sampingannya bila salah kedudukan tangan apabila menggunakannya :O
PadamSalam Hayati, mmg kak rose ni seharian duk kat komputer je... bukak je mata sampai la nak tutup mata... ngalahkan orang yg keja pejabat. tq sangat2 bagi alternatif, tp Oct 16 is fast approaching. camner la ni....
BalasPadamInsyallah tu kak rose.. moga Allah permudahkan segala urusan kak rose. Ameen :D
Padamassalamualaikum
BalasPadamnak tanya saya pun kena CTS ni dah hampir 6 bulan pakai splint tapi kejap ok kejap tak ok. Saya takde rasa kebas ..tp rasa membengkak...doc siap bagi mc 3 weeks ..tp lps mc wat keje tak ok gak..pastu i g travel 3 weeks..sepjg travel tak pakai splint pon sbb tak skiat...balik keje terus sakit
sy ada gak wat rawatan akupuntur tp x ok gak...
nak gak try petua u ni...hopefully berkesan amiin
Cubalah balqish, akak Alhamdulillah dah ok ;-)
PadamAssalamualaikum kak yati.. sy search pasal CTS ni sbb sy tengah rasa sakitnya.. Dah hampir seminggu. Saya baru terfikir hari ini nak pergi hospital. Saya nak tanya, kalau kita diberi pilihan samaada operation atau terapi, kita boleh buat terapi je kan? Mcm akak buat ni.. mcm mana keadaan sekarang? bertambah baik? :)
BalasPadamWalaikumsalam Nurul Syahidah,
PadamCuba fisio dulu Nurul, setakat hari ini akak dah pulih sepenuhnya dan bertambah baik... akak tak buat pun pembedahan..
Wahh artikel Carpal Tunnel Syndrome yang bagussss
BalasPadamSy sudah mengalamiy selama 2 tshun lebih..berapa lama puan fisio sehingga pulih
BalasPadamAkak fisio tiga bulan jer.. selebihnya guna cream tu.. Alhamdulillahdah sihat sepenuhnya..
PadamMcm mana nk bl crem tu
BalasPadamassalam puan.. sy nak beli cream itu bagaimana ya,.. boleh melalui puan..?
BalasPadamsaya di hospital skrg sebab sakit ni... tgh pk nk op ke x... huhu
BalasPadam