Jumaat, 5 Oktober 2012

SIZZLING YEE MEE

Kebetulan bahan-bahan untuk masak sizzling yee mee dah ada, saya pun menggodeklah petang semalam untuk dinner kami sekeluarga. Bertambahlah si Nabil makan kerana dia seorang peminat mee... yang paling dia suka mee hoon goreng. Kak Najeeha pula suka mushroomnya, dah penuh dalam mangkuknya mushroom tu, Kak Nabilah pula suka ayam dengan sayurnya... sebab saya letak sayur pak choy, en suami tak makan sayur sawi tu yang saya ganti dengan sayur ni ..


Semasa dalam kereta lagi kak Nabilah dah mengadu pening kepala.. sampai rumah dah terbaring.. bila saya rasa dahinya.. eh panas..
 "kakak demam ke?"tanya saya.
"Ya lah agaknya mama", jawabnya lemah
"Pergi mandi dulu, nanti mama buat air milo panas dan makan roti, lepas tu boleh makan ubat" arah saya.
Lemah jer langkah pergi ke bilik air .. risau juga saya, hari isnin peperiksaan akhir tahun dah mula, macam mana nak ambil periksa ni..

Mandi pun sekejap... keluar menggigil, sejuk katanya.. cepat dia pakai baju, lepas tu berselubung sekejap sebelum minum milo panas yang saya buat tu...

Lepas tu terbaulah dia sizzling yang saya buat ni.. bersemangat bangun tanya saya masak apa... nak makan.. nak makan katanya.. saya sediakan sepinggan utk dia makan tapi sayang selera tak ada.. ada lah tiga empat suap yang dimakan , penyudahnya saya yang menghabiskannya.

Tengok bibir dah merah.. panas lagi tu
Yummy mama.. terbaeek.. masih ceria lagi
Cuba juga menghayati kesedapan sizzling
tapi selera pula kurang .. :(
Saya ambil resepi sizzling dari My Resipi tapi saya olah sikit mengikut cita rasa tekak kami sekeluarga :))

RESEPI SIZZLING YEE MEE












Bahan-bahanya ( utk 3 - 4 orang makan)

2-3 mee sanggul (gulung)  a.k.a yee mee
      5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering-rendam hingga lembut potong 4)-saya guna yang segar 
     1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
     3 biji cili kering- potong 1 inci
     2 sudu besar sos tiram
     3 sudu besar kicap cair
     1 sudu besar kicap pekat
     1/2 in halia- hiris nipis
     6 tangkai sawi - saya guna pak choy
     3 biji telur
     1 kiub ayam
     Serbuk lada hitam
     garam- secukup rasa
     Beberapa titik Minyak bijan
     1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
     sedikit minyak utk menumis

Cara-caranya :

  1)Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
      2)Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
      3)Masukkan 2 cawan air.
4)Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
      5)Masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6)Masukan telur ( satu persatu.. tak perlu kacau biarkan bulat-bulat tu)
      7)Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
      8)Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
      9)Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2. (saya rebus @ celur yee mee tu asing bila nak makan baru letak kuahnya)


Saya gandakan resipi diatas untuk saya bawa ke pejabat untuk makan bersama kawan di pagi jumaat ni..
jadinya kuahnya sebanyak ini....

Taraaa... berasap-asap u :D

4 ulasan:

  1. boleh try resepi akak ni. mcm best jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah nida.. terima kasih meninggalkan komen..
      Nanti akak follow u ye :D

      Padam
  2. salam kak yati.....
    ooohhhh.....slup...slup berpeluh2 menghirup mee yang panas tu.....
    sedap betul.....nak sikit boleh he heeeee......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha dah tinggal kuali je Yan, tak dpt pulak akak menghulur sepinggan utk Yan, Cuba sendiri lah ye, senang jer tu ;-)

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)