Khamis, 12 September 2013

Coklat Moist Cheese Cream Markisa

 Tajuk entri main suka letak jer :) ini projek kami anak beranak pada hari sabtu itu hari... tak tahu nak buat apa dengan kepala kek coklat moist yg di bawa untuk kakak ke sekolah tempohari...

Tengok dalam peti ais ada cheese cream... jadi godek-godek sendiri jadilah pemanis mulut yg yummy...
1) Hancurkan kepala kek coklat dan letak dalam bekas

2) Kemudian letak cheese cream

3) Tabur balik kek coklat

4) Letak lagi cheese cream pastu hias dengan buah koktail 
Gambar mek ni... dia lah yg menghias utk bekas dia.... Nabilah yg suka deco-deco

Saya isi juga dalam bekas plastik 4 segi ni.... banyakan kepala kek coklat tu :)
Jom kita tengok cara nak buat pemanis mulut yg mudah ini hehehe :)

Bahan-bahannya :-

Kek Coklat Moist (boleh jer nak guna kek apa pun)
Cheese Cream 250 gm
1 cawan susu pekat
1 sudu besar lemon jus
Koktail buah-buahan

Caranya :-

  1. Buat cheese cream dulu... campur kan cheese dan susu, putar sehingga kembang lepas tu masukkan jus lemon tu.
  2. Pecah-pecahkan kepala kek tu dan masukan dalam bekas yg disukai oleh anda :) 
  3. Masukan cheese cream tadi... ulang pula cara 2, lepas tu cara 3 hehehe... (tak tau nak cerita macam mana)
  4. Kemudian letak buahan koktail tu, simpan dalam peti ais...
  5. Siap di makan :)

8 ulasan:

  1. wah! sedapnya tgk..
    budak2 mesti suka ni..kena belajar buat jg...:)

    BalasPadam
  2. Tengok dari atas macam pavlova pulaklah Yati.
    Ada pulak idea Yati nak buat macam ini..kreatif betul.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...gud idea especially untuk habiskan/guna baki kek yang ada

    BalasPadam
  4. sedap aje kalau ada cheese...bila la nak rajin buat kek ni...lama gak tak baking...

    BalasPadam
  5. Sedap tu...yang ada markisa saya suka, masam2 manis.

    BalasPadam
  6. Salam..kemain sedap ni...cantik nabilah hias..pandai...

    BalasPadam
  7. kira resepi sendirilah ni yeh CH hehe...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)