Tajuk entri main suka letak jer :) ini projek kami anak beranak pada hari sabtu itu hari... tak tahu nak buat apa dengan kepala kek coklat moist yg di bawa untuk kakak ke sekolah tempohari...
Tengok dalam peti ais ada cheese cream... jadi godek-godek sendiri jadilah pemanis mulut yg yummy...
1) Hancurkan kepala kek coklat dan letak dalam bekas |
2) Kemudian letak cheese cream |
3) Tabur balik kek coklat |
4) Letak lagi cheese cream pastu hias dengan buah koktail |
Gambar mek ni... dia lah yg menghias utk bekas dia.... Nabilah yg suka deco-deco |
Saya isi juga dalam bekas plastik 4 segi ni.... banyakan kepala kek coklat tu :) |
Bahan-bahannya :-
Kek Coklat Moist (boleh jer nak guna kek apa pun)
Cheese Cream 250 gm
1 cawan susu pekat
1 sudu besar lemon jus
Koktail buah-buahan
Caranya :-
- Buat cheese cream dulu... campur kan cheese dan susu, putar sehingga kembang lepas tu masukkan jus lemon tu.
- Pecah-pecahkan kepala kek tu dan masukan dalam bekas yg disukai oleh anda :)
- Masukan cheese cream tadi... ulang pula cara 2, lepas tu cara 3 hehehe... (tak tau nak cerita macam mana)
- Kemudian letak buahan koktail tu, simpan dalam peti ais...
- Siap di makan :)
wah! sedapnya tgk..
BalasPadambudak2 mesti suka ni..kena belajar buat jg...:)
Tengok dari atas macam pavlova pulaklah Yati.
BalasPadamAda pulak idea Yati nak buat macam ini..kreatif betul.
mak ai..senang nye. nak copy resepi ni bole?
BalasPadamEntri Baru Je Update : Tutorial Meninggalkan Komen BackLink Dengan Betul
Assalamualaikum...gud idea especially untuk habiskan/guna baki kek yang ada
BalasPadamsedap aje kalau ada cheese...bila la nak rajin buat kek ni...lama gak tak baking...
BalasPadamSedap tu...yang ada markisa saya suka, masam2 manis.
BalasPadamSalam..kemain sedap ni...cantik nabilah hias..pandai...
BalasPadamkira resepi sendirilah ni yeh CH hehe...
BalasPadam