Selasa, 10 September 2013

MOHON SEDEKAH ZIKIR UNTUK SAHABAT SAYA KEKAWAN SEMUA :)

Assalamualaikum kekawan semua, hari ini entri saya khas untuk sahabat yang saya sayangi iaitu Sanisah... dulu saya ada cerita kisahnya di sini beraya-sambil-menziarahi-sahabat.




Pagi tagi saya ada terima mesej darinya minta tolong seikhlas hati... mesejnya begini





Sahabat saya sekarang semakin kritikal dengan sakit kansernya, dengan itu saya memohon sahabat blogger saya dan juga sesiapa yg membaca entri ini dapat sedekah zikir ini dan niat serta doakan atas nama SANISAH BINTI SUJA dengan doa agar Allah dapat menyembuhkan sakit beliau dan tabah menghadapi ujian ini...



Ini lah zikir yg ustaz tu suruh bacakan....

سُوۡرَةُ یسٓ

إِنَّمَآ أَمۡرُهُ ۥۤ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـًٔا أَن يَقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ (٨٢) فَسُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىۡءٍ۬ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (٨٣)
Surah Ya-Seen
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. (82) Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (83)

Semoga dengan zikir dan doa yg kekawan sedekahkan buat sahabat saya ini , saya ucapkan Jazakallah u Khairan Khathira... Semoga Allah memberikan ganjaran yg sebaik-baiknya utk kekawan semua...

p/s sebak hati saya sewaktu menerima mesejnya.kekawan..

17 ulasan:

  1. Tak tahu kenapa kakak mengalirkan airmata yati. Sangat terharu dan sedih sebab kita sesama hamba yg kerdil tak berupaya, ujian buat teman Yati.

    Kalau nak sedekah baca ikut cara kakak ni: -

    Khususon Liruhi Sanisah Bt Suja alfatihah (baca suroh fatihah dan diikuti ayat tersebut).

    Jgn silap antara ila ruhi dgn li ruhi. Ila ruhi utk yg telah tiada. Bila yg kita nak sedekah masih hidup gunakan Liruhi... wallahualam..

    BalasPadam
  2. alfatihah untuknya..
    semoga Allah permudahkan segala urusan dan kesakitan yg ditanggungnya...

    BalasPadam
  3. Al-Fatehah dan zikir buat Sanisah binti Suja, semuga dia tabah dengan dugaan ini

    BalasPadam
  4. Berat mata memandang berat lg dirinya yg menanggung. Semoga tabah dgn ujian ini kak Sanisah binti Suja.

    BalasPadam
  5. Moga kawan CP tu diringankan sakitnya...insyaallah...

    BalasPadam
  6. Al fatihah dan zikir buat kak Sanisah binti Suja...semoga diringankan rasa sakitnya itu...amin...

    BalasPadam
  7. Semoga diberi kekuatan utk sahabat tersebut menghadapi ujian ini...syafakillah...

    BalasPadam
  8. insyaAllah...semoga akak dan kawan akak tu akan sentiasa berada dalam lindungan Allah sentiasa. semoga Allah meringankan penderitaan kak sanisah..

    BalasPadam
  9. Ya Allah! sedih plak baca N3 akak ni..
    InsyaAllah sama2 kita doakan kesembuhan kawan akak ni...

    BalasPadam
  10. Semoga sahabat kita ini Sanisah Bt Suja cepat sembuh...amin

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)