Selasa, 22 Oktober 2013

DAGING MASAK KICAP SOON

 Assalamualaikum kekawan... senyuman seindah bunga mekar berseri. Ini gara-gara daging korban yg ada dalam peti ais tu maka saya masaklah daging masak kicap soon, itu yg menjadi kegemaran keluargakan... nak dibuat rendang hari raya haji tu ari dah makan dah kan... kita buat yg lain pulak :)


Encik suami ada request buat kari, nanti dulu ikut turn banyak lagi daging dan tulang dalam peti ais tu nanti kita masak ye en suami, hari ini kita masak yang senang dulu hehehe... nampak sangat kerajinan isterinya nak memasakan :)

Kekawan buat masak apa daging korban itu hari, share lah resepi yg lain dari biasa... saya dah kehabisan idea memasak daging yg ada dalam peti ais tu :D

RESEPI DAGING MASAK KICAP SOON

 
Bahannya :-

  • 300 gram daging
  • 1 biji bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih(dimayang)
  • 2 biji cili hijau
  • 3 genggam soon(rendam sekejap)
  • 1 biji bunga lawang, pelaga, dan 1 cm kulit kayu manis
  • kicap
  • garam
  • air
Caranya :-
  1. Goreng daging hingga masak, angkat dan letakan ketepikan
  2. Tumis bawang merah,putih, cili hijau dan rempah sekawan tu sehingga wangi.
  3. Kemudian letakan kicap dan air, kacau sekata, lepas tu masukan soon, rasa garamnya.
  4. Selepas tu baru dimasukan goreng daging tadi. Gaulkan sedikit.
  5. Siap untuk dihidang...
TADA.... CEPAT SIAP MASAK... RESEPINYA PUN MUDAHKAN :)


9 ulasan:

  1. Oh... biasa kakak masak kicap tak bubuh soon. Nak cubalah sebab anak-anak kakak suka soon, tapi biasa kakak masak dlm sayur sup..

    BalasPadam
  2. amboih presentation dia..siap ada bunga orkid gitu..mmg nmpk menyelerakan...

    BalasPadam
  3. OKje tak dapat daging korban CH....yg sup semalam tu pun beli tetel kat Pasar tani...kalau daging semata keras, tu yg beli tetel tu ada campur lemak lemak sikit hehe....murah pun murah ...

    BalasPadam
  4. baru2 ni daging korban yg saya dpt saya buat daging blackpepper...hehe...

    BalasPadam
  5. kat rumah ada soon...tak masak lgi...raya hari tu konon nak buat soto, tapi x jadi...kali ni boleh try resipi Yati.

    BalasPadam
  6. daging kat esbok pun banyak lagi...hari-hari makan daging pening pulak kang..ha...
    sedapnya letak soon ni...

    BalasPadam
  7. tahun kedua tak merasa daging korban.... sob sob :(

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)