Isnin, 21 Oktober 2013

KUEYTEOW GORENG LADNA ... YUMMY ^__^

Assalamualaikum kekawan.. selamat pagi isnin yg ceria... kena ceria tau jangan monday blues :) Petang semalam memenuhi permintaan nabil nak kueyteow goreng ladna.. nabil kalau sup ni memanglah kegemaran dia..


Kueyteow goreng ladna ni main campak-campak jer resepinya, mana yang ada dalam peti ais tu... sedap sangat kata nabil, bertambah-tambah dia makan (siapa nak puji kalau bukan anak sendiri hehe)


Bukan anak jer bertambah mama pun bertambah sama :) makan pulak masa hujan turun dengan lebatnya, lagi lah perut lapar berbunyi-bunyi minta diisi ... tambah tambah lagi kata hati tu hahaha, resepinya mudah saja kekawan, setengah jam dah siap.. jom intai resepinya :)

RESEPI KUEYTEOW GORENG LADNA




















Bahan-bahanya:-
Bahan A
Sebunggkus kueyteorw
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
sedikit minyak

Bahan B
3 ulas bawang putih (ditumbuk sedikit hancur)
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
sekeping dada ayam
5 ekor sotong (dipotong kecil)
10 ekor udang 
1/2 batang lobak merah (potong ikut suka anda ye, saya potong bulat berbunga :)
kobis bunga (pun ikut suka nak letak banyak mana.. agak2 lah ye)
5 tangkai sawi (ikut suka juga)
4 biji cili padi dihiris ( saya letak kemudian sebab anak makan kan.)
2 sudu tepung jagung
500ml air
minyak bijan
1/2 kiub perisa ayam
garam secukup rasa

Cara-caranya :-
1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kunig dan wangi.
2) Kemudian masuk ayam, udang dan sotong.. kacau sebentar
3) Selepas itu masukan sos tiram dan kicap, goreng sekejap, masukan air.
4) Kemudian masukan lobak dahulu, bila dah mendidih baru masuk bunga kobis dan sawi.
5) Selepas itu masukan garam mengikut rasa dan kiub perisa ayam, kemudian masukan tepung jagung yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan air.
6)Akhir sekali titikan beberapa titik minyak bijan.
7) Apabila nak makan baru dimasukan hirisan cili padi.. tapi jika nak makan sendiri boleh masak bersama sayuran tadi.

Cara Masak Bahan A:
1) Panaskan minyak, kemudian masukan sos tiram dan kicap. Goreng sekejap lepas tu masukkan kueyteow, kacau hingga sebati. 
2) Angkat dan letakan kedalam manggkuk

SELAMAT MENCUBA ;-D




16 ulasan:

  1. selalu dok pekena kueyteow goreng saja....nak masak macam pulak lah..nampak best.

    BalasPadam
  2. kat u sy, ada sorang budak siam, nama dia ratna.. kalau jumpa je, mesti akan panggil dia kuew tiew ratna.. haha

    BalasPadam
  3. sedap!! tun pun suka makan ladna. xkisah la kuey tuew ke, bihun ke, mee kuning ke, semua laju je makan.. ^^

    BalasPadam
  4. sedapnye kak yati.sedap la kueyteow ladna..suka mkn..tp tak pernah buat..

    BalasPadam
  5. Kakak suka. Kakak kalau yg berkuah macam ini memang suka. Makan pun cepat kenyang sebab lengkap ada sayuran sekali..

    BalasPadam
  6. Nur suka kueyteow macam ni...berkuah....sedapnya

    BalasPadam
  7. sy suka ni...bila nak buat sendiri ni...asyik order jek kan...

    BalasPadam
  8. oo senangjer yerk... yang ada telurtu apa yerk.. kungfu ker.. entahler reti makanjer tuler jadinyer...

    BalasPadam
  9. sedapnyer... suka sume jenis kuetiau... lapar la plak..

    BalasPadam
  10. saya pun suka main campak2 jer bila masak ...

    BalasPadam
  11. cantik pula potong sotong macam tu. nak tiruuu =)

    BalasPadam
  12. Boleh jugak cuba nanti CH...senang je pun nak buatnyakan....

    BalasPadam
  13. Sedapnyaaaaa..nak try la buat.. Follow my blog sekali adindamenawanitunaes.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)