Assalamualaikum kekawan....
Salam ceria di pagi isnin... moga tak de lah yg monday blues ye :)
Bila dihari minggu banyaklah request nak masak apa... lihat didalam peti ais ada tulang dan daging tetel.. yang en suami minta masak asam pedas tulang dengan daging tetal, yang anak-anak minta sup tulang... jadi sebagai memenuhi selera mereka semua, saya masaklah kedua-dua permintaan...
Asam Pedas Daging Tetel. |
Dah tekak orang Melaka kan... apa lagi tengahari tu berselera en suami makan... bertambah-tambah nasi dipinggan... Puas hati juga dapat memenuhi selera mereka kan...
Sup tulang daging |
Yang pulak tekak anak-anak yang tersangat suka sup, paling gembira menghirup kuah sup tu semestinya nabil... macam nak lagi jer macam nak lagi jer... makan nasi adalah 2 senduk, selebihnya menikmati sup tulang daging yang yummy ni... sok-sok buat lagi ye.. sedap sangat... hehehe siapa nak puji kalau bukan anak sendiri kan :)
Jom layan resepi Asam Pedas Daging tetel yg saya campur dengan tulang, jadi tersangat lah sedap lemak berperisa hahaha :D
RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL DAN TULANG
Bahannya :-
- 1 Kilo daging tetel campur tulang
- 5 biji bawang merah kecil*
- 1 biji bawang besar *
- 5 biji bawang putih*
- 1 inci halia*
- 2 biji buah keras*
- 2 batang serai*(kisar bahan yg bertanda *)
- 1 mangkuk kecil cili kering kisar (ikut kepedasan anda)
- 1 sudu asam jawa adabi + 1 cawan air
- 2 biji tomato dipotong empat
- sedikit serbuk lada hitam lebih kurang 1/2 sudu kecil
- Daun kesum
- Garam secukup rasa
Caranya :-
- Rebus daging tetel dan tulang empuk sedikit.
- Kemudian pasaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan yg dikisarnya hingga wangi.
- Lepas tu masukan cili kering kisar masak hingga naik bau wangi.
- Masukan air asam, garam dan didihkan sekejap, tuang daging tetel yg telah direbus tadi hingga lembut, jika daging masih belum empuk boleh ditambah air sedikit-sedikit.
- Kemudian baru dimasuk sebuk lada hitam, tomato, daun kesum dan kacau hingga sebati
- Bila dah elok sebati masaknya, boleh lah dihidang bersama nasi putih..
betullah tu menu org melaka. sy tak pandai mkn lauk ni...kalau gi kenduri sy pandang aje. hb pon aritu mintak masak cam ni...nanti sy try buatkan...mesti dia suka
BalasPadamnyum! sedappnya lah akak masak.. seronok lah suami & anak klu dpt penuhi permintaan mereka... sy tertarik dgn menu Asam Pedas daging Tetel tu:)
BalasPadamJarang dapat makan makanan org melaka.kami org utara.memang x brapa pandai masakan org melaka
BalasPadamulala sedap kedua2nyer.. kalau ada dua2 depan mata memang berseleralah makannyer...
BalasPadamsaya ni kan yati masak apa pun saya makan..sup dan asam pedas kedua2 suka..sedap..
BalasPadamAssalamualaikum kak..wahhhh....sup dan asam pedasss semua sedapppp especially sup...peberettttt tu....
BalasPadamAhaha... macam ini baru adil. Ayah makan asam pedas anak makan sup. Dua-dua dapat apa yg dikehendaki. Pahala lebih pada tukang masak juga:) Alhamdulillah... kenyang semuanya.
BalasPadamsampai hari ni saya tak reti nak masak asam pedas..huhu
BalasPadambiasanya ikan ja yg akak masak asam pedas..ataupun sayur keladi...
BalasPadamkalau sup tu, mmg feberet sepanjang masa anak2… hihihi, hirup sup bermangkuk mangkuk :)
BalasPadamAdoi kak, sedapnya. Lagi2 asam pedas tu. Hmm, menyelerakan.. :D
BalasPadamJarang buat asam pedas tetel ni CH..tetiba teringin bila tengok ni!
BalasPadam2 batang keras tu apa CH?
BalasPadamhahahaha sebenarnya 2 batang serai tu Hainom.... akak dah edit, tulah nak cepat sgt menaip, takutnya jadi double meaning hainom kihkihkih
Padam