Khamis, 30 Januari 2014

ASAM PEDAS IKAN TERUBOK .... eemmmm Yummy ^___^

Assalamualaikum kekawan... ceria dan sihat selalu :)


Semalam petang saya tayang kari kepala ikan merah .... petang ni saya tayang pula asam pedas kepala ikan terubok pulak ehe :)
Ini kepala ikan terubok yg saya buat panggang serai tu hari lihat sinin ikan-terubok-bakar-serai. Bahagian badannya saya bakar gitu cecah dengan sambal kicap...wow dapnyaaa.. 

Tengok kepala dia tak ada.... ganti dengan bunga tu ehe :P
Dah semestinya asam pedas ni utk saya seorang jer makan... banyak tulang bahagian kepala ni... pastu saya buat kuah dia pedas kaw kaw pun... memang meleleh hingus dibuatnya tapi sedap weeiii.. Anak-anak saya masak lauk lain... takut tercekik tulang pulak budak-budak tu kan...

Jom intai resepi yg mudah bagi saya ni ...

RESEPI ASAM PEDAS IKAN TERUBOK
Bahanya :-
  • Kepala ikan terubok(belah dua)
  • 1 batang serai diketuk
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • 5 biji bendi
  • 11/2 sudu teh asam jawa (campur 2 cawan air)
  • 15-20 tangkai cili kering(direbus)*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawan putih*
  • 1 cm belacan dibakar*(* dikisarkan )
  • 1/2 sudu teh jintan manis (disangai dan ditumbuk dulu)
  • 1/2 sudu teh jintan putih(disangai dan ditumbuk dulu)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • minyak utk menumis
  • garam
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan yg ditumbuk sehingga wangi dan terbit minyak.
  2. Kemudian masukan ikan, gaulkan sekata dengan bahan ditumis tadi, lepas tu baru dimasukan air asam jawa. 
  3. Selepas tu masukkan bendi, daun kesum dan serai. Masak hingga mendidih. Kemudian taburkan serbuk lada hitam dan rasakan garamnya.
  4. Apabila ikan dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

7 ulasan:

  1. Sedap...cuma yang tahan tu banyak tulang. :)

    BalasPadam
  2. Terliur nengok.. ikan ni mmg bnyk tulamg, tapi sedap yang amat....

    BalasPadam
  3. kegemaran sy ni Kak ikan terubuk.. klu yg masin pun sedap....:)

    BalasPadam
  4. Saya pun baru belajar makan kepala ikan… seblum ni mmg tak heran… sedap rupanya…. berebut dgn hubby nak ratah… hahhaha

    BalasPadam
  5. Dulu selalu buat gulai tempoyak ... sedap oooi

    BalasPadam
  6. macam sama menu kit ahari ni Yatie, berasaskan terubuk tapi akak guna telur terubuk gerenti takde tulang langsung heee mudah menolan hee

    BalasPadam
  7. Rajinnya alahai mama ni....sanggup asing kepala masak lain...kalau OKje makan jemaah sekali jer yg bako tu hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)