JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 13 Januari 2014

IKAN TERUBOK BAKAR SERAI ^____^

Assalamualaikum kekawan... moga sihat dan ceria :)

Masak ikan bakar ni minggu lepas punya cerita... siapa yg ada add FB dgn saya dah tahulah cerita ikan  terubuk bakar serai ni... semenjak dua menjak ada pemanggang ajaaib tu, asyik menggunakan pemanggang tu dengan jayanya ehe :)

Ikan terubok memang sedap dibakar dan dibuat asam pedas... bertambah makan dibuatnya.. begitu juga kami pada hari minggu tu.. menikmati sungguh ikan terubok bakar ni... dah lama tak masak tu yg beriya sangat makan hehehe..


Ikan terubok ni bila dibakar dia mengeluarkan minyak sendiri sebab dia berlemak tu yg wangi dan manisnya bila dibakar tapi saya letak juga sesudi minyak zaiton supaya bertambah wangi lagi... semerbak baunya di bakar... kesian juga jiran sebelah hanya dapat ambil baunya ajer... tengok ikan bakar saya tu tak ada kepalakan sebab saya nak buat asam pedas ....

Jom kita tengok resepi yg mudah dan simple ni kekawan :)

RESEPI IKAN TERUBOK BAKAR SERAI

Bahannya :-
  • 1 ekor ikan terubok
  • 2 batang serai dihiris nipis kemudian ditumbuk
  • 1/2 in kunyit hidup di tumbuk lumat
  • 1 sudu kecil minyak zaiton
  • garam
Caranya :-
  1. Lumurkan ikan bersama garam, kunyit dan serai yg telah di campurkan bersama minyak zaiton.
  2. Letakan didalam pemanggang, balikan ikan setelah 10 minit dibakar.
  3. Kemudian tunggu 10 minit lagi, lihat ikan jika telah masak boleh diangkat, jika belum bakar lagi sehingga masak.
Sambal Cili Kicap

Bahannya :-
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 8 biji cili api ditumbuk lumat
  • 1 labu bawang besar di potong dadu
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 biji limau kasturi
Caranya :-
  1. Gaul semua bahan didalam bekas.
  2. Perahkan air limau didalam bekas tadi dan kacau sekata
  3. Siap utk dimakan bersama ikan bakar tadi
Senangkan... Jom cuba # Selamat Mencuba Kekawan #


8 ulasan:

  1. lama sgt tak makan ikan terubuk. terliur tgk gmbr ikan akak ni. sejak kahwin mmng x mkn dh seingatnya sbb suami tak reti mkn ikan bertulang sgt. kang tercekik lak kang..huhu...

    BalasPadam
  2. wah2....sedap nie.....menu untuk orang berdeit nie......

    BalasPadam
  3. Ikan terubuk ni anak-anak makan kena jaga sebab banyak tulang. Kakak suka sebab ikan terubul lemak, tapi biasa kalau buat kena ada ikan lain buat anak.

    BalasPadam
  4. Oo..boleh bakar jugak. Saya cuma goreng je. Bakar lg sedap kot.

    BalasPadam
  5. wow...sedap tu..terasa keenakan dan lemaknya isi ikan terubuk tu.
    Yg sedihnya ank2 nza xpandai ikan terubuk nie...katanya leceh sbb byk tulang...huhuhu.....

    BalasPadam
  6. Nampaknya kena cari jugak pemanggang ajaib ni CH hehe...Geram OKje tengok!

    BalasPadam
  7. aduhhh..sedappp nya Kak..suka sy makan ni...hehe

    BalasPadam
  8. ikan bakar terubuk ni memang sedap,lagi2 cecah air asam prgh !..
    yati singgah pon saya tak perasaan hehe..
    selalu bakar macam biasa je..kali ni bole try resepi yg ini pulak..nampak sedap je tengok..:)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)