Selasa, 11 Februari 2014

GORENG SAYUR KUBIS BUNCIS DENGAN SOTONG BERKUNYIT.... ala ala mamak style :)

Assalamualaikum kekawan ...


Nampak benar dah lama tersimpan dalam draft hehehe... saya masak ni sama dengan Kari Kepala Ikan Ala Mamak tu hari DISINI ... Teringin pulak regunya dengan masak sayur kobis tu style mamak kan... Sedap kata nabil sebab goreng dengan sotong kan... dah tu peberet dia.. menjadilah dia makan ... en suami pun suka... siap perli lagi.. rasa makan kat restoran mamak jew.. hahaha
Ada saya kesah... hahaha janji sedap dimakan.. haaa kalau kekawan ada bahan-bahan tu dalam peti ais boleh lah dicuba petang ni kan ... senang jer resepi nya kekawan.. jom kita intai resepi :)

RESEPI GORENG SAYUR KOBIS & BUNCIS SOTONG BERKUNYIT
Bahannya :-
  • 300 grm kubis dipotong rampai
  • 300grm buncis dipotong serong
  • 300grm sotong dipotong bulat
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 labu bawang putih  dihiris
  • sedikit kunyit
  • garam
Caranya :-
  1. Gaulkan sotong dengan kunyit dan garam, kemudian goreng sebentar, selepas tu masukan bahan hiris tadi.
  2. Selepas tu baru dimasukan sayur kubis dan buncis, letakan sedikit air, gaul sekata lepas tu letak sedikit kunyit dan garam.
  3. Rasa garamnya, jika hendak kuning boleh tambah kunyit lagi, gaul sehingga sayur masak.
  4. Siap untuk dihidang.



11 ulasan:

  1. momantai jeee menu nie..hehehe...ari nie sy wat ayam goreng bercili jee...penin pala dah dok pk nak msk menu apa...hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak semalam buat ayam goreng bercili tu Eza... memang fening memikirkan apa nak masak hahhaha :D

      Padam
  2. Nak kena cuba ni Kak..
    hubby sy klau mamak2 style ni dia suka lah...:)

    BalasPadam
  3. sotong? kalau la nampak dek Aleesya ni. dia kutip sotong tu je makan.
    kobis= tak bape suka
    Buncis = sangat sangat suka. hikssss

    BalasPadam
  4. dap nyer... telan air laju2 da saya ni he3

    BalasPadam
  5. sedapnya..makan ngan ayam goreng lagi bertambah2 nasik nie..:)

    BalasPadam
  6. Salam yatie, Selamat sudah jd rakan blog yang ke 217...:D
    Kebetulan pula sama style masak Kita hari ni..style mamak..Masak Kari mamak Tanpa santan

    BalasPadam
  7. ermm...sedapnyer.. kalo buat kari, lauk ni mmg sesuai kan, tambah plak ada pappadom... tp kalo kat rumah saya kubis ni selalu tak masuk dapur.. jadi makan kat kedai jer yg sedap...hahah

    BalasPadam
  8. Sotong kalau dimasak goreng kunyit..campur cili merah potong serong n bawang besar hiris bulat pun sodap..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)