JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 29 Januari 2014

KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK....eemmmm dappp nya :)

Assalamualaikum kekawan ... ceria selalu :)

Masak kari kepala ikan mamak style ni pada hari sabtu tempohari... bila ala mamak ni tentu tak bersantan.... sekarang kena kurangkan santan sebab si kolestrol tengah bermaharaja lela didalam badan saya ni kekawan... yg jenis tepu pulak tu...

Samping tu buat lauk utk anak-anak ayam goreng berlado dan sayur kubis dan buncis goreng kunyit... ala mamak juga goreng sayur dah rasa makan kat restoran mamak pulak tengahari tu.. :)

Lepas tu kak Najeeha request pulak jus roselle yg dipetik petang semalam oleh en suami, suka sangat dengan jus roselle ni sebab rasa masam-masam macam asam boi gitu ... tak letak air batu... minum suam-suam jer sebab semua dalam rumah tu batuk termasuk saya sekali... bila batuk bersambung sahut menyahut dengan anak-anak...


Model mama yg tak pernah jemu... puas hati makan buat sendiri ni kan kekawan.. makanlah banyak mana pun... sekarang ni restoran mamak dah mahal harganya... Saya pernah kena RM15 sepinggan, ambil kari dengan sayur macam tu jer ....

Resepinya saya ambil dari blog Madiha.... akak mohon copy paste resepi ye Madihah.... tengok nampak betul copy paste nya... background blog Madiha lagi :)




KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK
Resepi : Ana Elianas FP (TQ Ana!)
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Kepala ikan merah yg siap dipotong (MaDiHaA guna kepala ikan jenahak & sekeping ekornya (jd bahan2 lain MaDiHaA dah lebihkan sikit dari resepi yg dulu sebab dah lebihkan ikannya) 
5 sudu besar rempah kari ikan - Ana guna Alagappas (MaDiHaA guna kari ikan Baba's)
3 sudu besar cili kisar - nak guna cili serbuk pun boleh (MaDiHaA guna serbuk cili)

Bahan2 Kisar 
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit lada hitam (letak 1 sudu kecik serbuk lada hitam)

Bahan2 Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih

daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
sedikit halba campur
air asam jawa lebihkan sedikit (MaDiHaA guna 2 sudu besar asam jawa + air ambil jusnya)
garam secukup rasa
air secukupnya utk kuah

Bahan Rampai 
Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHaA guna bendi je)
Cili hijau
Buah tomato

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan.  Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA PULA KEKAWAN ^___^

27 ulasan:

  1. Kakcik pernah cuba masak kari tanpa santan, malangnya langsung tak laku....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut selera melayu kita memang kurang kalau tak bersantan ni kan kakcik.... tapi en suami kata sedap lah pulak..;)

      Padam
  2. dap nyer.... bendi xtra yer kak he3...

    BalasPadam
  3. Aku kari2 ni tak laku kat umah T..kalau berlado-lado tu laju jer...agaknya dlm sethn..2 kali jer kut aku menggulai mengkari bagai ni T...tekak minang kan T...kering2 dan berlado-lado lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la den buek kan ayam goreng berlado kek dorang Nie...tak dipandang kek kari den tu eh.. sin baik en suami den suko ehe ;)

      Padam
  4. sedap ke kak kari x boh santan?...mcm x beshh jee..hahahaha...tp ada kacang bendi tu yg buat kari tu btambah pekat, kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut tekak melayu kita Memang kureng sikit eza hehehe... anak2 akak suka yg letak santan tu ;)

      Padam
  5. kalo tanpa santan ni tok jue buat letak air asam jawa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak juga air asam jawa tu Jue... tapi letak santan lagi eemmm rasanya :)

      Padam
  6. assalamualaikum tuan rumah,,boleh masuk tak ni??(jenguk2 kot tingkap)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemputlah masuk imm... tapi lauk dan air jus tu semua dah jadi baja organik hehehe

      Padam
  7. semalam baru buat asam pedas kepala salmon, hari ni kak yati tayang kari kepala ikan mamak pula… huwaa, sedapnya…. kena cari kepala ikan lagi ni :)

    BalasPadam
  8. bbrapa hari dh mengidam nak makan kari kepala ikan gara2 tgk kat TV...huwaaaaa.....tgk lak kt blog akak nie...brtmbah la keinginan tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gi cari restoran mamak NzA... pasti keinginan tu terlaksana ...
      Kari mamak akak dah habis pulak ;)

      Padam
  9. WAHHH... PANDAI MEMASAK NI.. MESTI SEDAP..

    BalasPadam
  10. tak pernah lagi masak kari kepala ikan sbb noe x makan kepala ikan ni....tapi hubby ada request itu hari....cuma belum berkesempatan nk buat...elok gak x yah taruk santan kan...jimat sikit...barang mahal sekarang...semua lauk nampak sedap je...air tu lg nampak sedap...

    BalasPadam
  11. Kalau kat Line Clear tu harus kena RM30 henngit satu pinggan tu CH hehe...nampak sebijik mcm kat kedai mamak tu

    BalasPadam
  12. Salam kenal CH...wah bestnya kari kepala ikan & kita memang suka juz roselle tu. last time dekat kamapung ada pokok tu sekarang dah tak ada...

    BalasPadam
  13. Baru malam tadi beli kepala ikan merah dipasar borong pandan.Rasa dah terliur sangat dengan kari kepala ikan ni...hari ini boleh lah masak...

    BalasPadam
  14. Mintak izin cuba resepi ni ya.

    BalasPadam
  15. Mintak izin cuba resepi ni ya.

    BalasPadam
  16. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)