Jumaat, 21 Februari 2014

KEKAYAAN YANG DIPENUHI RASA TAKABUR......

Assalamualaikum kekawan :)



Jadilah kita hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan memberi pada yang berhak . Saya kongsi pembacaan saya di FB untuk renungan kita bersama ;)





Membaca kisah Nabi Musa a.s dan Qarun, hati penulis tersentuh. Qarun adalah seorang insan yang baik, rajin beribadah dan pandai membaca Taurat dan pengikut setia Nabi Musa a.s.

Qarun ingin menjadi kaya dan berjanji akan menggunakan kekayaan untuk perjuangan agama...Ya, Allah mengurniakan Qarun kekayaan dan kemewahan...

Namun, apabila Qarun menjadi amat kaya dan hidup mewah, dia menjadi lupa dan takkabur. Dia tidak akan berjalan melainkan dengan menunggang seekor kuda putih yang tempat duduknya disaluti emas.

Melihat kekayaan QARUN YANG SUNGGUH BANYAK, maka Nabi Musa meminta Qarun menunaikan zakatnya. Tidak banyak...setiap 1000 dinar, zakatnya satu dinar dan setiap 1,000 dirham zakatnya hanyalah 1 dirham.

Dengan penuh bangga Qarun mengumpulkan zakatnya. Bila dikumpulkan keseluruhan zakatnya dilonggokan menjadi sebuah bukit. "Wah banyakkan zakat aku", timbul rasa tamak dan bersangka buruk terhadap Nabi Musa as.

Qarun mencari-cari alasan agar dapat memfitnah Nabi Musa dan tidak perlu menunaikan zakatnya. Diupahnya pelacur untuk mengaku berzina dengan Nabi Musa a.s dan mengaku mengandungkan anak Nabi.

Terkejut Nabi Musa mendengar fitnah yang dilemparkan kepadanya dihadapan ramai manusia. Terus Baginda bersumpah dengan nama Allah, bahawa baginda sama sekali tidak pernah melakukan perkara terkutuk seperti didakwa Qarun.

Sesunggunhnya, Allah maha kaya, si pelacur merasa serba salah...terus bersumpah dan mengaku "Demi sesungguhnya, Engkau tidak berdosa wahai Nabi Musa, Engkau tidak berzina denganku sama sekali. Sebenarnya Qarun telah mengupahku 1,000 dinar, agar aku mengaku berzina dengan engkau".

Mendengar itu, Nabi Musa a.s terus sujud syukur kerana fitnah itu amat lah besar dan nabi Musa a.s berdoa pada Allah agar menjadikan bumi di sekeliling Qarun menelannya.

Kuasa Allah, bumi menelan Qarun hingga ke paras lutun, menelan lagi hingga ke paras pinggang. Kemudian menelan lagi hingga ke paras leher dan akhirnya habis Qarun dan pengikutnya lenyap ditelan bumi.

Yang tinggalnya hanyalah seluruh harta kekayaan Qarun. Dalam diam terdengar bisikan sesama kaum Bani Israel, "Seronoklah Nabi Musa lepas ini, sebab seluruh kekayaan Qarun mennjadi miliknya."

Mendengar itu, Nabi Musa berdoa sekali lagi agar bumi menelan seluruh harta kekayaan Qarun. Seluruh Istananya, harta bendanya, ladang-ladanganya dan seluruh kekayaan Qarun di telan oleh bumi dalam sekelip mata dan akhirnya menjadi tasik yang amat luas dan dalam. Menelan semua harta Qarun yang terlalu banyak sehingga menjadi tasik yang amat luas dan dalam yang dikenali sebagai Tasik Qarun terletak di Mesir di daerah Al Fayum.

Inilah antara kisah sombongnya Qarun dengan kekayaannya. Tetapi walau sekaya dan sehebat mana kita, Allak SWT itu lebih berkuasa. Janji Allah SWT itu adalah benar dan siapalah kita untuk menafikannya...

3 ulasan:

  1. tq.....perkongsian yg hebat.....rugi kalau tak membacanya......

    BalasPadam
  2. Jangan riak dan takbur dengan apa yang kita miliki.. ;)

    BalasPadam
  3. nice sharing yatie...semoga menjadi iktibar kepada kita semua...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)