Assalamualaikum kekawan :)
Jadilah kita hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan memberi pada yang berhak . Saya kongsi pembacaan saya di FB untuk renungan kita bersama ;)
Membaca kisah Nabi Musa a.s dan Qarun, hati
penulis tersentuh. Qarun adalah seorang insan yang
baik, rajin beribadah dan pandai membaca Taurat dan pengikut setia Nabi Musa
a.s.
Qarun ingin menjadi kaya dan berjanji akan menggunakan kekayaan
untuk perjuangan agama...Ya, Allah mengurniakan Qarun kekayaan dan
kemewahan...
Namun, apabila Qarun menjadi amat kaya dan hidup mewah, dia
menjadi lupa dan takkabur. Dia tidak akan berjalan melainkan dengan menunggang
seekor kuda putih yang tempat duduknya disaluti emas.
Melihat kekayaan
QARUN YANG SUNGGUH BANYAK, maka Nabi Musa meminta Qarun menunaikan zakatnya.
Tidak banyak...setiap 1000 dinar, zakatnya satu dinar dan setiap 1,000 dirham
zakatnya hanyalah 1 dirham.
Dengan penuh bangga Qarun mengumpulkan
zakatnya. Bila dikumpulkan keseluruhan zakatnya dilonggokan menjadi sebuah
bukit. "Wah banyakkan zakat aku", timbul rasa tamak dan bersangka buruk terhadap
Nabi Musa as.
Qarun mencari-cari alasan agar dapat memfitnah Nabi Musa
dan tidak perlu menunaikan zakatnya. Diupahnya pelacur untuk mengaku berzina
dengan Nabi Musa a.s dan mengaku mengandungkan anak Nabi.
Terkejut Nabi
Musa mendengar fitnah yang dilemparkan kepadanya dihadapan ramai manusia. Terus
Baginda bersumpah dengan nama Allah, bahawa baginda sama sekali tidak pernah
melakukan perkara terkutuk seperti didakwa Qarun.
Sesunggunhnya, Allah
maha kaya, si pelacur merasa serba salah...terus bersumpah dan mengaku "Demi
sesungguhnya, Engkau tidak berdosa wahai Nabi Musa, Engkau tidak berzina
denganku sama sekali. Sebenarnya Qarun telah mengupahku 1,000 dinar, agar aku
mengaku berzina dengan engkau".
Mendengar itu, Nabi Musa a.s terus sujud
syukur kerana fitnah itu amat lah besar dan nabi Musa a.s berdoa pada Allah agar
menjadikan bumi di sekeliling Qarun menelannya.
Kuasa Allah, bumi
menelan Qarun hingga ke paras lutun, menelan lagi hingga ke paras pinggang.
Kemudian menelan lagi hingga ke paras leher dan akhirnya habis Qarun dan
pengikutnya lenyap ditelan bumi.
Yang tinggalnya hanyalah seluruh harta
kekayaan Qarun. Dalam diam terdengar bisikan sesama kaum Bani Israel,
"Seronoklah Nabi Musa lepas ini, sebab seluruh kekayaan Qarun mennjadi
miliknya."
Mendengar itu, Nabi Musa berdoa sekali lagi agar bumi menelan
seluruh harta kekayaan Qarun. Seluruh Istananya, harta bendanya,
ladang-ladanganya dan seluruh kekayaan Qarun di telan oleh bumi dalam sekelip
mata dan akhirnya menjadi tasik yang amat luas dan dalam. Menelan semua harta
Qarun yang terlalu banyak sehingga menjadi tasik yang amat luas dan dalam yang
dikenali sebagai Tasik Qarun terletak di Mesir di daerah Al Fayum.
Inilah
antara kisah sombongnya Qarun dengan kekayaannya. Tetapi walau sekaya dan
sehebat mana kita, Allak SWT itu lebih berkuasa. Janji Allah SWT itu adalah
benar dan siapalah kita untuk menafikannya...
tq.....perkongsian yg hebat.....rugi kalau tak membacanya......
BalasPadamJangan riak dan takbur dengan apa yang kita miliki.. ;)
BalasPadamnice sharing yatie...semoga menjadi iktibar kepada kita semua...
BalasPadam