Khamis, 6 Mac 2014

40 HARI BERLALU.... DAMAILAH ROH MU DISANA WAHAI SAHABAT KU.....

Assalammualaikum kekawan...




Hari ini genap 40 hari sahabat yg tersayang ALMARHUMAH SANISAH SUJA pergi meninggalkan insan-insan yg di sayangi..
Masih lagi terbayang wajahnya sewaktu saya mengucup pipinya buat kali terakhir.... tenang dan damai... seolah beradu yg mengindahkan buatnya..
Ada kerinduan dihati saya... anak-anak ,keluarganya apa tah lagi kan...
Doa ku pada mu sahabat 


"Ya Allah, ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih daripada kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik serta pasangan yang lebih baik. Masukan dia kedalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka"

Amin ya Rabbal alamin..

Destinasi Roh Selepas Mati.
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal  Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-
a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.
b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.
c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.
d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)
Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya."  (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.
Ust Zaharuddin Abd Rahman
PERINGATAN BUAT SAYA :
PILIHlLAH ANTARA DUA

Kita akan melalui salah satu ini sahaja. Samada roh orang mukmin atau roh orang kafir. Yang mana pilihan kita. Buatlah sesuatu.

12 ulasan:

  1. Perkongsian yang sangat bagus dan sangat berguna :)

    Mohon singgah ke blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
  2. semoga arwah sedang berbahagia disana..bersama org2 yg disayangi ALLAH...

    BalasPadam
  3. Kakak percaya allahyarhamah sahabat Yati itu tenang disana.. doakan dia selalu.
    Kita ini yg masih diberi peluang utk mencari bekalan sebelum mengikut langkah seterusnya seperti allahyarhamah perlu berusaha. Ada tangungjawab yg perlu kita langsaikan... ingatan buat kita betapa perit siksaan dari kesalahan yg kita buat...

    BalasPadam
  4. Moga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman...Amin!
    damai lah di sana....

    BalasPadam
  5. semoga rohnya tenang di sana & ditempatkan di kalangan org² yg solehah & beriman...takziah buat keluarga arwah.....al-fatihah...

    BalasPadam
  6. Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan insan yg ALlah redha kan T..terbayg2 wajah dia...kesakitan yg ditanggungnya....Pasti ada ganjaran ALlah buatnya kan T..Allah maha pengampun maha penyayang....

    BalasPadam
  7. sebak saya baca... sedangkan akak yg sahabat pon rindu, apatah keluarganya...

    BalasPadam
  8. Semoga Allah merahmati rohnya..

    Kita tak tahu berapa lama lagi masa kita di dunia ini kan, mungkin esok atau lusa... moga kita terus istiqamah dalam memperbaiki amalan kita

    BalasPadam
  9. Moga rohnya ditempatkan bersama2 org2 beriman..

    BalasPadam
  10. semoga allahyarhamah di tempat di kalangan orang2 yang bertakwa...

    BalasPadam
  11. semoga tenang rohnya di sana...

    BalasPadam
  12. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman.. aminn..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)