JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 27 Januari 2014

BELANSUNGKAWA SAHABAT DIKASIHI ALLAHYARHAMAH SANISAH BINTI SUJA 1972 - 2014 ~ ALFATIHAH

Assalamualaikum kekawan.. moga sihat & ceria selalu...


Pada pagi ahah 26 Januari 2014 bersamaan 24 Rabiulawal 1435H, saya dikejutkan dengan panggilan telefon sahabat saya Nadrah, pada mulanya saya tak tahu kerana pada hari Jumaat saya ada terima mesej dari suami almarhumah Sanisah mengatakan beliau tengah kritikal dan mohon doa sahabat semua, saya pun mesej kpd semua sahabat dan pada malam sabtu saya ada mesej suaminya lagi, mesej dibalas dengan mengatakan arwah semakin stabil namun lemah.. saya berkira utk menziarahi arwah bersama kekawan lagi, namun begitu pada hari ahad itu lah terakhirnya saya menziarahinya dan mengucupi pipinya buat kali terakhir... sewaktu saya tiba jenazah tengah dikafankan dan telah ditutup muka, atas belas suaminya mengizinkan saya mengucup sahabat saya ini buat kali terakhir... sungguh tenang dan damai wajah arwah... damai rohmu disana wahai sahabatku...

Gambar hari dirumah arwah pada 2011
Saya mengenali arwah semasa belajar di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) pada tahun 1993-1994 mengambil kos yang sama iaitu Diploma of Accounting And Finance... Arwah seorang yg baik dan suka menggembirakan hati semua orang... Kami terus mengekalkan ukhuwah ini sehingga masing-masing bekeluarga. 
Arwah mula menghidap kanser ini bermula pada tahun 2010, pada awalnya beliau menghidapapi kanser usus, kemudian merebak keparu-paru, kemudian ke tonser dan akhirnya diperut ketumbuhanya... saya ada menukilan kisahnya disini. beraya-sambil-menziarahi-sahabat.html .,mohon-sedekah-zikir-untuk-sahabat-saya
Terakhir saya menziarahi pada 30 November 2013 disini menziarahi-sahabat-tersayang-lagi.html, keadaan pada ketika itu sangat lemah dan kurus, suaranya terlalu perlahan untuk didengar, arwah meminta saya memujuk anak sulongnya menerima untuk melanjutkan pelajaran keluar negara dan tak perlu risau akan keadaan dirinya... cukup katanya anaknya itu berkorban lima tahun menjaganya... 
Arwah meninggalkan sepasang anak, yang sulong perempuan berusia 18 tahun yg sedang menunggu keputusan SPM, pada percubaan SPM Najihah ni mendapat 9A, yang lelaki berusia 12 tahun, sebaya dengan anak sulong saya, pada tahun ini akan menduduki UPSR.. semoga anak2 arwah akan beroleh kejayaan didunia dan akhirat..


Arwah sangat gembira bila dapat menjadi tetamu Allah pada penghujung 2011 menunaikan umrah
Sekarang hanya doa penghubung antara saya dan arwah... semoga roh sahabat saya ini dirahmati Ilahi  dan ditempatkan bersama insan yg solehah dan bertaqwa hendaknya.. Amin ya Rabbal Alamin...


DOA UNTUK PEREMPUAN



14 ulasan:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun...Khususon ila ruhi almarhummah SANISAH BINTI SUJA....AL-FATIHAH....semoga ALLAH mengampunkan segala dosa2nya dan menempatkan dia bersama-sama insan yg diredai...

    BalasPadam
  2. innalillah..takziah buat keluarga arwah...

    BalasPadam
  3. Sedihnya kehilangan seorg sahabat yg baik..sabar ye kak...Al-fatihah, semoga arwah ditmptkan dikalangan org2 yg solehah....

    BalasPadam
  4. Al fatihah......sama2 kita berdoa moga rohnya bersama2 orang2 yg beriman Amin.....

    BalasPadam
  5. semoga sahabat yatie ditempatkan bersama orang2 yg beriman..Al-fatihah

    doa saya buat anak2 arwah..semoga berjaya..doa ibu sentiasa bersama walau kalian walau tidak bersama lagi, insyaallah di jannah nanti...

    BalasPadam
  6. Mohon kakak pada sahabat handai gantikan semua yg "hu" kepada 'ha". Allahumaghfirlaha (utk perempuan)... dan seterusnya. Moga allahyarhamah diberi pengampunan dan tenang di sana.

    Al-fatihah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kakzakie atas keperhatinan bacaan tu... saya dah letak yg utk perempuan...

      Padam
  7. Al fatihah...takziah buat keluarga..

    BalasPadam
  8. Al-Fatihah... semoga roh sahabat Yatie ini ditempatkan di'sana' bersama2 insan yg bertakwa.. amin..

    BalasPadam
  9. Al-Fatihah....hiba & sayu rasanya. Semoga Allah terima segala amal baik semasa hayat...ada anak2 yg boleh teruskan memberi sumbangan kepada ibunya...

    BalasPadam
  10. Al-Fatihah...Takziah buat keluarga arwah.. moga tabah...

    BalasPadam
  11. Alfatihah buat arwah.....sahabat akan tetap dikenang walaupun dlm dunia yg berbezakan CH...

    BalasPadam
  12. Alfatihah...semoga allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

    BalasPadam
  13. Al-fatihah dan tkziah utk keluarga arwah..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)