Isnin, 24 Mac 2014

SAMBAL TUMIS UDANG BERKENTANG.. emmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan :)

Kat rumah ni .... kalau sambal tumis ni memang peberet lah kan... tak kiralah ikan bilis ke, sotong ke ... semuanya jalan kat tekak dorang...baik en suami hinggalah ke anak-anaknya... dah sinonim dengan asam pedas gitew merahnya ... memanglah dorang suka... pastu saya regu pulak dengan kentang.. lagi suka dorang anak beranak makan... nasi udah jadi merah-merah belaka hahha :)

Kalau kekawan nak sambal tumis tu pekat.. letaklah kentang .. tu lah petua mak saya.. memang cantik jer pekat sambal tu.. pastu lemak berkrim hehehe.. :)

Jom intai resepi saya yg mudah ni :)

SAMBAL TUMIS UDANG BERKENTANG

Bahannya :-

  • 300 gram udang laut..(baru manis sambal udang tu dari yg ternak sendiri tu)
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 3 biji bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 sudu teh asam jawa (saya guna yg adabi tu)
  • 2 biji kentang di potong sedang
  • 1 cawan air ( bancuhkan dengan asam jawa tadi)
  • garam
Caranya :-
  1. Garamkan sedikit udang tersebut, kemudian goreng sebentar, ketepikan.
  2. Goreng sebentar bawang besar, angkat dan ketepikan, lepas tu tumis cili kisar dan bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Kemudian masukan air asam jawa dan kentang. Masak hingga kentang empuk. Kemudian masukan garam dan udang serta bawang yg di goreng sebentar tadi. 
  4. Rasakan masinya, jika hendak berkuah sikit boleh ditambah sedikit air lagi.
  5. Siap utk dihidang bersama nasi putih panas... emm dapnya :)

12 ulasan:

  1. memang sedap ni..nak try buat..tq share resepinya ..

    BalasPadam
  2. sambal tumis... fav saya.. hari2 sambal tumis pon saya ok...

    BalasPadam
  3. saya pun masak udang ari ni..tp gulai udang yg pekat ala2 kat kedai mamak tu heehe

    BalasPadam
  4. Sedap ni kak. Tak pernah plak saya masak sambal tumis ikan bilis letak kentang. Lpas ni bley try.

    Thanks kak. Follow sini juga ☺

    BalasPadam
  5. x pernah cuba taruk kentang...boleh cuba nanti ni

    BalasPadam
  6. salam perkenalan....saya dan anak2 pun suka sangt sambal tumis,sesekali ada juga taruk kentang....makan nasi bertambah2 ,dh tak diet2 lagi.

    BalasPadam
  7. saya kalau nak pekatkan sambal, saya akan mesin 2-3 labu bawang besar, masak sekejap baru masukkan cili yang di kisar..

    bukan tak boleh letak kentang.. sebab kentang akan menghisap lebihan air kan..
    tapi my hubby tak shuker.. so guna le alternatif lain. ngeee

    BalasPadam
  8. Hmm..sedapnyaa sambal tumis udangg.. suka sgt..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)