Assalamualaikum kekawan.. moga sihat dan ceria :)
Hari ini saya nak sambung part 2 di pada hari pertama menuju ke Danau Toba.. klik sini untuk PART 1 bagi yg belum membaca entri itu.
Sampai kami di Parapat iaitu nama kg bagi Danau Toba tu kami menunaikan solat jamak takhir di Masjid Raya Taqwa Parapat sebelum menuju ke Pulau Semosir iaitu pulau ditengah-tengah tasik itu.. keluasan pulau itu lebih luas dari Singapore itulah yg diceritakan oleh pemandu pelancong..
Inilah feri yg dikatakan untuk membawa kami ke Pulau Semosir itu, diambil dari masjid tu jer sebab dekat ajer dari masjid tu ke jeti.. saya lihat feri yg dikatakan tak ubah umpama bot kecil sahaja.. dalam bot itu boleh membawa lebih kurang 30 penumpang sahaja.
Inilah suasana didalam bot tu.. masing-masing asyik melihat pemandangan yg sungguh cantik itu.. subahanallah...
Perjalanan menaiki bot ini memakan masa satu jam.. jauh sungguh menyeberangnya .. lebih kurang kita menaiki feri ke Langkawi kan..
Oleh kerana dalam bot tu memakan masa 1 jam, maka kami pun berposing-posing lah diatas bot itu ehe :)
Disepanjang perjalanan menaiki bot tu kami dihiburkan oleh penyanyi jalanan ini... sudah tentu sehabis menyanyi .. dihulur bekas untuk menderma kepada mereka.. itulah anak2 di Indonesia kan.. Kami naik dua bot masa tu.. jadi anak2 ni menyanyi di bot kami sewaktu perjalanan balik.. tengok suasana senja..
Bot semakin dekat ke Pulau Semosir
Air tasik yg membiru umpama air laut.. berombak-ombak..
Ini pulau yg tiada penghuni..
Langit dan air tasik yang memukau mata yg melihatnya...
Okey sampai sini dulu ye.. nanti sambung lagi...
Macam-macam cara mereka mencari rezeki demi kelangsungan hidup ye Yati. Meraih simpati pelancung.
BalasPadamPemandangan kalau melibatkan ciptaan Allah memang cantik..
cantiknya ciptaan Allah... SubhanaAllah...
BalasPadamcantiknya tengok air laut..tenang jer..
BalasPadamcantiknyaaaa
BalasPadamSubhanallah....cantik sungguh ciptaan Allah ni kan kak...kalau kite ni x jelajah ke negeri org kt x tau betapa indah ciptaan Allah ni kan...
BalasPadamSubhnallah mmg cantik pemandangan kat sana ye Kak... bila ntah nak kesana jugak..hehe.. anak2 Indonesia mmg pandai jadi pengamen (nyanyi dijalanan)....:)
BalasPadamtengok gambar pun dah cantik yatie
BalasPadamcantik dan mendamaikan
BalasPadamcantik viewnya tapi cam seriau plak naik bot tu dgn ombak2 beralun.
BalasPadamCantiknya pemandangan. Tenang aje rasa hati. Dah lama tak naik bot atau feri. Rasa macam seriau pulak tengok air berombak gitu.
BalasPadambesar betul pulau semosir tu rupa rupanya..
BalasPadamnak tau gak cerita seterusnya ^_^
BalasPadamsama mcm yg lain nak tau selanjutnya
BalasPadammmg cantik...berposing tu benda wajib kena buat tu kak yati....mcm2 cara diaorg nak cari rezeki kan...kalau la anak kita buat macam ni...mesti kita rasa sedih....
BalasPadamPerjalanan satu jam mesti tak terasa dengan pemandangan indah mcm tu. Cantik kak!
BalasPadamOwh, sama masa dgn pengalaman kami menyeberang English Channel hari tu.. satu jam jugak :)
1 jam perjalanan .....kalau okje seram gak tu CH sebab utama sebab feri yg tak serupa feri...Ombak kuat tak
BalasPadamMujur ombak tak kuat hainom.. seram jugak feri serupa tu hihihi
PadamKakpb pernah pergi dulu, memang best. Masa tu belum kahwin lagi. Tidur disana, sejuk gila.
BalasPadam