Ahad, 31 Ogos 2014

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA YG KE 57 TAHUN

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhujung minggu dan menyambut hari kemerdekaan..


Alhamdulillah dah 57 tahun Malaysia merdeka.. semoga dengan kemerdekaan ini kita mengisinya dengan yg bermanfaat utk agama, bangsa dan negara.
Jadikan negara kita ini sentiasa aman damai dan mudah untuk kita beribadah.. jangan lah kita leka dan lalai dengan kemerdekaan dan keamanan negara kita.. 
Salam kemerdekaan buat semua kekawan maya saya :)

Sabtu, 30 Ogos 2014

10 PERKARA PATUT ANAK PEREMPUAN TAHU SEBAIK SAHAJA MEREKA BERUSIA 10 TAHUN...


Assalamualaikum kekawan...
Selamat berhujung minggu dan hari untuk keluarga :)
Saya terima di FB .. jadi saya kongsikan utk bacaan kekawan juga..

Memiliki anak perempuan pasti berbeza dengan anak lelaki. Lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai hanya seorang anak perempuan sahaja. Bagi kaum ibu, anak perempuan lebih dekat dengan mereka. Anak perempuan ini bagaikan cermin bagi diri mereka. Pasti boleh berkongsi minat yang sama, bakat yang sama dan pendapat yang sama. Bagai kawan baik!
Artikel ini akan berkongsi 10 perkara yang patut anak perempuan anda tahu sebaik sahaja mereka berusia 10 tahun. Penting bagi ibu bapa mengetahui perkara ini kerana bak kata pepatah, “pelajaran terbaik bermula dari rumah”.

10 perkara patut anak perempuan tahu sebaik sahaja mereka berusia 10 tahun

1. Betapa anda menyayanginya

Tidak kira sebanyak mana anda berselisih pendapat dengannya, segarang manakah anda atau sesibuk mana pun, pastikan dia tahu, dia adalah insan yang terpenting bagi anda.

2. Bagaimana untuk memasak

Lumrah perempuan, perempuan sepatutnya tahu memasak walau jenis masakan yang terpaling mudah. Mudah untuk persediaan apabila dewasa. Sebaik sahaja berumur 10 tahun, anak perempuan anda sepatutnya sudah pandai menyediakan makanan yang mudah seperti roti bakar, telur dan sandwich. Teringat sewaktu kecil, ibu saya sering membenarkan saya bermain dengan lebihan bahan masakannya. Saya akan berangan bagai sedang memasak. Lama kelamaan, menjelang 10 tahun, alhamdulillah saya sudah pandai menggoreng sayur yang mudah. Waktu itu, seronok sangat perasaan. Bagaikan saya sudah mampu menggalas tanggungjawab yang besar.
chef kecil

3. Perubahan tubuh badan dan apa patut mereka tahu

Perubahan fizikal anak perempuan masih menjadi taboo dalam masyarakat kita. Kebanyakan ibu bapa segan untuk mendedahkan anak perempuan mereka berkenaan isu ini dan berharapkan guru di sekolah. Lebih baik sekiranya ibu bapa menjelaskan sendiri perkara ini berbanding mereka mendapat tahu sendiri dari kawan-kawan. Dikhuatiri, maklumat yang mereka peroleh sendiri adalah salah dan bersifat negatif. Dedahkan pada anak perempuan anda, satu hari nanti, mereka akan datang haid. Waktu itu menandakan mereka sudah dewasa. Saya sendiri semasa kali pertama didatangi haid, berasa takut dan terkejut. Saya yakin, sekiranya saya diberi pendedahan lebih awal, saya akan lebih mudah menerima dan mengawal situasi tersebut. Dedahkan pada anak perempuan anda akan perubahan fizikal yang akan berlaku dan ingatkan pada dia jangan benarkan sesiapa menyentuh tubuh badannya walaupun ahli keluarga lain.

4. Batas-batas agama

Ramai ibu bapa percaya, agama biarlah anak-anak belajar disekolah. Sedangkan, seelok-eloknya, ibu bapa sendiri mendidik anak perempuan mereka akan batas-batas agama. Ibu bapa perlu menitikberatkan isu solat, aurat dan batas-batas pergaulan. Tekankan pada pada anak perempuan anda, tengtang betapa pentingnya menjaga nilai agama. Saya percaya, dengan teguhnya ajaran Islam dan iman sejak kecil, anak perempuan anda akan lebih pandai menjaga diri di luar nanti. Beliau akan lebih pandai membezakan mana yang baik, dan mana yang buruk. KIta pasti tidak mahu anak perempuan kita menjadi seperti orang lain yang hanya Islam pada nama. Mereka lahir dalam Islam, tetapi nilai Islam tidak diketahui akibat kecuaian ibu bapa dan masyarakat sekelilingnya. Namun begitu, kita perlu ingat, jangan hanya sekadar mendidik, kita juga harus menjadi contoh yang baik pada mereka. Barulah lebih mudah untuk mereka ikuti. Saya percaya, anak merupakan cermin pada diri kita.

5. Hakikat kehidupan

Usia 10 tahun sudah cukup untuk mereka mengetahui hakikat sebenar kehidupan. Tidak perlu isu yang berat dan terperinci. Cukuplah sekadar yang dapat mereka fahami. Sebagai contoh, isu Palestin di Gaza. Saya berpendapat, anak-anak tidak seharusnya diabaikan untuk memahami isu ini hanya kerana mereka dianggap masih muda. Jelaskan apa sebenarnya yang berlaku, dan berikan mereka ruang untuk menyatakan pendapat mereka berkenaan isu ini.
anak perempuan

6. Tidak semua bernasib baik sepertinya

Anak perempuan anda patut tahu bahawa tidak semua orang bernasib baik sepertinya. Tidak semua rakan sebaya dengannya pernah merasa makan malam di restoran. Tidak semua rakan sebayanya mempunyai baju sekolah hampir 3 pasang. Tidak semua orang mempunyai anggota badan yang cukup sepertinya. Galakkan mereka bersedekah walaupun 20 sen sama ada di masjid, surau, tabung kemanusian atau dimana sahaja. Teringat zaman kanak-kanak dahulu, saya sukakan cara ibu saya menggalakkan kami bersedekah. Apabila ke masjid atau pasar, beliau akan memberikan saya wang untuk dimasukkan ke dalam tabung tersebut sambil menjelaskan kebaikan menderma. Lama kelamaan, saya sendiri terdorong untuk meletakkan sedikit dari wang perbelanjaan sekolah saya. Kepuasan kerana dapat menderma dengan wang sendiri tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Latih anak anda bersifat sering ingin membantu walaupun rakan sebaya mereka dalam kesusahan. Sesekali di hujung minggu, bawa anak perempuan anda ke rumah anak yatim, rumah orang tua atau zoo untuk menjadi sukarelawan. Selain dapat menghabiskan masa berkualiti bersamanya, anak anda akan memperoleh pengalaman baru sekaligus memupuk sifat suka membantu dalam diri mereka. Mulakan dengan perbuatan kecil pun tidak mengapa. Sebagai contoh, setiap kali lepas makan di restoran, cuba untuk mengemas serba sedikit agar memudahkan pelayan restoran mengangkatnya nanti. Jika kita lakukannya, pasti anak-anak akan turut mengikut. Ingatkan pada anak-anak “sekiranya kita sering membantu atau memudahkan urusan orang lain, inshaAllah di masa hadapan Allah akan membantu dan memudahkan urusan kita melalui orang lain”.  Ingat, pelayan restoran juga adalah manusia. Jadi tidak ada salahnya kita boleh meringankan beban mereka.
Daripada Mus’ab bin Abu Waqas r.a katanya: “Saad merasakan dirinya mempunyai kelebihan daripada orang lain”. Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kamu tidak ditolong dan diberi rezeki melainkan dengan (sebab) adanya orang yang lemah (dikalangan kamu).” – hadith riwayat Bukhari 

7. Setiap kemahuan harus diiringi dengan usaha

Akhir-akhir ini, saya dapati anak-anak sering dilimpahi dengan pelbagai kemewahan. Umur masih belum genap setahun, tetapi masing-masing mempunyai ipad tersendiri. Mewah. Apa sahaja yang diminta, pasti akan dipenuhi ibu bapa. Bukan kesalahan sebenarnya, memenuhi permintaan anak. Kita sebagai ibu bapa, pasti mahukan yang terbaik buat mereka. Kita pasti mahukan mereka menikmati perkara yang tidak mampu kita perolehi dulu. Tidak salah. Tetapi secara peribadi saya berpendapat, anak-anak perlu dijelaskan bahawa bukan mudah untuk mencari rezeki. Didik anak-anak untuk menabung sejak kecil demi membeli barang yang mereka mahu. Apabila wang belanja sekolah diberi, galakkan mereka menyimpan sebahagian dari wang tersebut untuk masa hadapan. Selain itu, hadiahkan barang impian mereka, hanya apabila mereka berjaya mencapai pencapaian tertentu. Sebagai contoh, hadiahkan basikal apabila mereka berjaya khatam 30 juzuk al-Quran, atau apabila memperoleh No 1 dalam pelajaran. Dengan cara ini, anak-anak akan lebih kuat berusaha. Jadikan mereka rasa bahawa setiap usaha mereka berbaloi dan membanggakan kita.

8. Penampilan adalah penting

Dia seharusnya tahu berkenaan bagaimana untuk menjaga penampilan dan pakaian yang sesuai untuk majlis atau acara tertentu. Sewaktu kecil, saya sering dipengaruhi dengan gaya dan penampilan abang-abang saya. Saya sering memberontak setiap kali dipakaikan baju kurung, kerana hati kecil saya terasa mahu memakai seluar dan t-shirt seperti abang-abang saya. Namun setelah dinasihatkan dengan lemah lembut oleh ibu saya, lama kelamaan saya boleh menerima bahawa saya tidak sesuai berpakaian seperti mereka. Berbincang dengan lemah lembut dan bertolak ansur dengan anak perempuan anda pasti boleh membuatkan mereka mudah menerimanya. Jangan dipaksa! Hati mereka akan mudah tersentuh dan mereka akan lebih terdorong untuk memberontak.

9. Pengaruh rakan sebaya

Lumrah perempuan, pasti akan ada banyak disertai drama. Beritahu anak perempuan anda supaya menjauhi kumpulan yang sibuk bercerita berkenaan orang lain, kerana mereka pasti akan bercakap mengenai dia juga. Pupuk sifat yakin pada diri dan tegas dengan pendirian beliau. Dengan cara ini, anak perempuan anda tidak akan mudah terikut-ikut dengan rakan sebaya. Seawal sekolah dahulu, saya sendiri mempunyai kawan yang gemar mengajak saya ponteng sekolah dan merokok! Sekiranya anak perempuan kita tidak tegas pendirian, dia pasti akan mudah mengikut ajakan rakan. Jangan terlupa, anak-anak penuh dengan sifat ingin tahu. Tidak mustahil mereka akan mudah terpengaruh hanya kerana sifat ingin tahu yang kuat. Didik anak perempuan anda supaya berani untuk melaporkan salah laku atau kes buli yang extreme berlaku disekelilingnya.

10. Hidup, bukanlah mudah

Anak perempuan anda perlu tahu, akan banyak cabaran yang perlu dia hadapi semakin dia menginjak dewasa. Ada anak perempuan, yang kelihatan tidak sabar untuk menjadi dewasa. Sedangkan jauh sekali merek ketahui, hidup ini tidaklah seindah yang disangka. Hidup ini bagaikan roda, kadang kala kita berada di atas, dan kadang kala kita berada di bawah. Didik mereka supaya sering bersyukur, dan menghargai nikmat yang ada disekelilingnya sekarang – kerana kita tidak tahu, selama manakah Allah meminjamkan nikmat tersebut pada kita. Pastikan mereka tahu, mereka harus sentiasa bersedia dengan dugaan yang bakal ditempuh, kerana dugaan tersebut datangnya kerana kasihnya Allah pada diri kita.
Mengetahui 10 perkara ini membolehkan anak perempuan anda memulakan zaman awal remaja dengan permulaan yang baik. Dengan keadaan zaman serba moden ini, anak-anak perempuan berada di luar rumah walau seketika pun mampu membuatkan ibu bapa berasa risau dan susah hati. Kerana kita sebagai ibu bapa pun tahu betapa bahayanya di luar sana. Tetapi tidak realisitik sekiranya kita mahu mengongkong dan menyekat kebebasan mereka setiap masa kerana ini akan membuatkan mereka lebih memberontak. Oleh itu, persiapkan anak anda dengan ilmu dan pengetahuan secukupnya. Selepas tanggungjawab kita tertunai, inshaAllah yang selebihnya kita serahkan kepada Allah untuk menjaga mereka.
Semoga bermanfaat. Wassalam :)

Jumaat, 29 Ogos 2014

POKOK NABI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga berada dalam rahmat Allah dihari Jumaat penghulu segala hari..
Pagi ni sewaktu membuka FB diwall saya ada menceritakan kisah pokok Nabi di Jordan ini.. secara tak langsung menggamit kenangan saya di Jordan sewaktu menghadiri konvo adik saya di Universiti Yarmouk Jordan, saya dan mak serta abah dua minggu bercuti disana.. puas berjalan adik saya bawa.. cuma tak dapat masuk Syria yg sangat ketat.. habis masa kami seharian di sana..
Saya juga berpeluang pergi ke Pokok Nabi ini.. ada juga mengambil gambar kenangan dibawah pokok ni...




'Pokok Nabi'. Atau disebut 'The only living sahabii (Sahabat Nabi yang masih hidup). Hanya sepohon pokok ini sahaja yang terletak di tengah2 padang pasir di Buqayawiya di utara Jordan. Tak ada sepohon pokok pun dalam lingkungan 100km keliling. Tapi ia tetap hidup subur merimbun.



Dikatakan di bawah pokok inilah Nabi Muhamad S.A.W. yang mulia dan pembantunya Maisarah berteduh, berehat sebelum menyambung perjalannnya utk berdagang di Syam (Bosra, Syiria). Pokok ini selalu diziarahi oleh ulama2 besar dunia, antaranya Syeikh Dr. Muhamad Said Ramadan al Butti.







 Perjalanan untuk ke tempat ini sangat mencabar..Bentuk muka bumi yang berbatu2, dilatari ribut pasir yang kencang sehinggakan beberapa kali kereta krew kami terpaksa berhenti. Seolah2 angin berkenaan nek membritahu bahawa perjalanan dakwah ini penuh dgn mehnah dan tribulasi.Hanya yg cekal sahaja akan berjaya. Tapi nikmat tak terkata bila dapat berteduh di bawah pokok yg pernah Nabi saw berteduh. Semoga dibrkati...


Khamis, 28 Ogos 2014

SAMBAL BELACAN ... Omak Den... ehe ^___^

 Assalamualaikum kekawan...

Semoga berada dalam rahmat Allah, diberi kesihatan yg baik serta bahagia ceria selalu :)


Bila stok sambal belacan dah habis dalam freeze , mula lah saya membuat yg baru, en suami ni suka makan yg podeh.. jadi kalau ada hidangan pada hari tu tak ada yg podeh.. sambal belacan ni lah yg diregunya.. saya simpan dalam jar tu.. bolehlah tahan sebulan ehe :)


Pada ahad tu saya tak ada selera nak makan lauk yg terhidang tu.. lagi pun ada tapau lauk masa majlis hari raya taman di surau tu.. jadi anak2 makan lauk yg tapau tu ada kari daging, ayam masak kicap, satay ayam dan sayur campur.. untuk saya ialah kobis rebus cicah sambal belacan pergghhh lagi sedap :P


Saya buat sambal belacan ni ikut cara mak saya buat.. semua bahan-bahan tu dimasak.. pastu nak mudah mak saya letak cili merah dan tomato tu dalam nasi yg ditanak semasa kita nak keep warm tu.. ingat lagi masa kecik-kecik..mak suruh letak cepat dalam nasi tu jadi tomato dan cili merah tu macam dikukus lah kan.. bijak juga mak saya.. kebanyakan sambal belacan di restoran tu cili mereka blend mentah cam tu.. saya kalau ambil selalu sakit perut.. alah betul dengan cili hidup macam tu..

Jom intai cam na cara resepi Sambal belacan omak den ni :)

RESEPI SAMBAL BELACAN

Bahannya :-
  • 1 biji tomato
  • 2 biji cili merah
  • 20 biji cili padi
  • 1/4 belacan bulat 
  • garam
  • Limau nipis
Caranya :-
  1. Goreng cili api sehingga masak sedikit, angkat, kemudian goreng pulak belacan sehingga wangi, angkat, ketepikan.
  2. Tomato dan cili merah tadi letakkan kedalam rice cooker yg keep warm tu selama 10 minit gitu. Apabila tengok cili merah dan tomato dah lembut boleh diangkat.
  3. Tumbuk cili api yg digoreng tadi hingga lumat, kemudian baru masukan cili merah, tumbuk lagi hingga lumat, lepas tu masukan belacan yg digoreng tadi, tumbuk lagi sehingga mesra.
  4. Akhir sekali baru masukan tomato, tumbuk sehingga mesra bersama bahan lain, kemudian letak sedikit garam, rasalah kemasinan yg kekawan hendak ye..
  5. Siap utk dihidang.. saya perahkan limau nipis tu masa nak makan tu..
Nota : saya simpan dalam jar.. bila nak makan sudukan letak dalam piring, jadi belacan tahan lama :D





Rabu, 27 Ogos 2014

TOMYAM KUNG SOTONG MUNGE .... emmm dapnyaaa :)

Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yg ceria :)

Masak tomyam kung sotong ni pada hari sabtu 23hb Ogos 2014.. dah anak-anak suka sangat tomyam.. tengahari nak makan ringan-ringan ajer sebab malam tu ada jamuan hari raya taman.. bila lah nak buat entri jamuan raya di taman tu.. bolehkan cerita raya lagi kan walaupun raya dah habis ehe :)

Saya, Nabil dan Kak Nabilah makan dengan bihun, en suami dan najeeha makan dengan nasi.. dua beranak ni memang suka makan nasi, jadi dah tau kena masak jugak nasi utk mereka, saya regukan juga dua beranak makan ikan senangin berlado...



Blogger safurara ada komen.. macam mana akak potong sotong tu..
Okey mari kita cerita satu persatu sambil tu refer gambar ye Rara :-
1. Potong sotong 1 inci
2. Lepas tu gunting ditepi sotong jarak 1cm
3. Gunting sehingga keliling sotong tu.
4. Okey dah siap sotong munge :)
Kredit picture dari Najeeha :D


Saya guna pes ni..

Sekarang jom intai resepi Tomyam Kung Sotong Munge yg sedap ni... ikut tekak saya anak beranaklah ye :)


RESEPI TOMYAM KUNG SOTONG 

Bahanya :-
  • 300grm Sotong
  • 1 batang lobak merah 
  • sedikit bunga kobis
  • 2 biji tomato
  • 10 biji cili api - masukan bulat-bulat
  • 1 peket pes tomyam kung adabi
  • 1 biji bawang besar holland
  • 3 batang serai diketuk
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji limau nipis
  • air secukupnya
  • garam
Caranya :-
  1. Tumis bawang holland yg dipotong hingga wangi, lepas tu masukan pes tomyam kung, kemudian letak air secukupnya.
  2. Masukan pula serai dan lobak merah, masakan hingga lobak lembut dan mendidih.
  3. Kemudian baru dimasukan bunga kobis, tomato,cili api, daun limau purut dan garam. Lepas tu perasa garamnya.
  4. Akhir sekali baru dimasukan sotong, kacau sekejap dan perahkan limau nipis. Masakkan sotong sekejap jer. tutup api (kalau kita masak sotong lama dia jadi keras)
  5. Siap untuk dihidang bersama bihun atau nasi putih :)
SELAMAT MENCUBA KEKAWAN ^__^



WW :: Jom TENGOK Malam Ni BULAN Ada DUA... ^___^

Assalamualaikum kekawan....Semoga sihat dan ceria.. 

Saya ambil dari wall FB yg di kongsikan oleh kekawan di FB.. semoga benarlah hendaknya.. Jadi malam ni jom kita TENGOK BULAN ADA DUA ni eheh :)




Pada 27 Ogos 2014 akan menjadi dua bulan. Seluruh dunia sedang menunggu untuk ia. Pada hari ini Marikh akan sangat terang dan seperti bulan semua orang boleh melihatnya dengan mata kasar. Hari ini ia akan menjadi 34.65 juta km dari bumi. Pada hari ini Jangan lupa untuk melihat ini pada 12.30 malam. Kerana anda akan melihat dua bulan di langit. Peristiwa ini akan berlaku lagi di tahun 2287. Sila berkongsi dengan semua. Kerana orang-orang yang hidup sekarang tidak boleh melihatnya kali kedua di tahun 2287.

Copy n paste. 

Wallahuaklam.

Selasa, 26 Ogos 2014

KARIPAP ROTI ... Emmmm Rangupnya :)

Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yg ceria :)

Buat karipap roti ni semalam petang, balik dari menziarahi arwah pak long tu.. tengok dalam freeze ada simpan roti yg hampir expired , jadi buatlah resepi yg dilihat dari blog Bicara Kak Noor .. nun dinegara omputih.. urusan bersama anaknya.. cerita kak noor pada blognya tersangat sedap dan rangup karipap roti...
Memang betul sedap kekawan.. rangup sungguh, anak2 dan en suami pun memuji sedap.. Nabil siap tanya boleh tak dia makan lagi satu ehe :) "Sedap sangatlah karipap roti mama ni tak pedas sangat" tambahnya..

Kebetulan roti yg tinggal tu tinggal 7 keping, kami ada 5 orang, adalah extra 2 keping.. nabil tambah lagi satu dan Kak Nabilah dan Jeeha kerat dua yg lagi satu tu...
Resepi ni saya olah mengikut cita rasa keluarga saya kekawan.. pastu saya tak ada acuan kuih karipap, jadi saya guna garfu untuk klim tepinya.. Saya sangat suka bila masak benda yg mudah ini kekawan..
Jom kita semak resepi...

RESEPI KARIPAP ROTI

Bahannya :-
  • 7 keping roti (itu roti yg tinggal ehe)
  • Telur putih untuk melekatkan 
Caranya :-
  1. Kukus roti lebih kurang 1 mint, kemudian gelekkan biar nipis ( apabila kita kukus roti lebih mudah utk digelek nipis berbanding tanpa di kukus)
  2. Potong tepi roti yg keras dan letak inti karipap diatas roti, lepas tu letak telur putih di tepi roti tu, sebagai gam lah untuk lekatkan,kemudian tekankan ditepinya dengan garpu. (kalau ada acuan karipap boleh kepitkan ajer dengan acuan tu)
  3. Buat sehingga habis roti. 
  4. Kemudian panaskan minyak untuk menggoreng karipap ini, goreng dengan api yg perlahan dan sebentar saja sebab roti ni cepat masak.. bila kekuningan boleh diangkat.
  5. Senang dan cepat, hanya guna roti saja sebagai kulit karipap

INTI 

Bahannya :-
  • 2 keping isi dada ayam - potong dadu
  • 3 biji kentang - potong dadu
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu besar sebuk kari - bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • Garam
Caranya :-
  1. Goreng isi ayam sedikit kekuningan, angkat, ketepikan
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukan cili kisar dan serbuk kari, tumis sehingga naik wangi.
  4. Kemudian masukan kan kentang dan sedikit air, tutup atas kuali, masak sehingga kentang empuk, hendaklah selalu digaul supaya bahagian bawah.
  5. Kemudian saya masukan telur kuning, sebab saya guna sedikit telur putih utk gam kulit roti tadi, jadi sayang bila nak pakai, saya masukan dalam inti ni, terpulanglah pada kekawan ye..
  6. Rasa garamnya.. selepas tu boleh lah diangkat.
SELAMAT MENCUBA KEKAWAN ^__^

AL FATIHAH.. Daripada ALLAH Kita DATANG Kepada ALLAH Kita KEMBALI...

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kekawan semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat sejahtera..

Bersemadilah dengan damai disini...
Semalam saya EL kerana menziarahi jenazah Arwah Pak Long Jaafar di Banting.. dapat whatsapp pada malam tu, mengatakan pak long Jaafar dah meninggal di Hospital Banting dan akakn dikebumikan pada pukul 10 pagi esok.. sebelum ni pak long telah seminggu di ICU, Komplikasi jantung, dan sakit-sakit lain..

Saya sampai masa tu dengan en suami, jenazah sedang di mandikan.. tinggal dirumah taman.. itulah jerlah ruang didepan rumah untuk dimandikan ye kekawan.. kalau kat taman saya selalunya mandikan di surau terus dikapan dan disembahyangkan..

Selesai solat jenazah.. hujan turun dengan lebatnya...

Sampai tanah perkuburan.. hujan turun semakin lebat.. sekarang ni ada khemah didirikan di liang lahad tu jadi proses pengkebumiaan tu berjalan lancar.. hampir pukul 11.30am.. urusan perkebumian pun selesai..

“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan dugaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (nyawa) dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpakan dengan musibah, mereka mengucapkan “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]



Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain 

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" 
++  "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri :)
++  Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah. 


Sebenarnya solat jenazah ini amat mudah sekali tetapi masih 

ramai yg tidak mahu sama menyolat jenazah, 

sanggup mereka berdiri di bawah pokok atau di beranda 

masjid.. sedangkan inilah sedekah kita yg terakhir buat arwah 

kan.. hendaknya kepada kaum lelaki belajar solat jenazah ini 

kerana ia begitu mudah sahaja..

Sabtu, 23 Ogos 2014

TIPS CARA PENGGUNAAN GEAR AUTOMATIK YG BETUL

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhujung minggu di hari sabtu.. Semoga sentiasa ihat dan ceria selalu ye :)
Saya dapat tips ni dari FB yg dipostkan oleh kawan FB.. kebetulan saya ni pengguna gear automatik yg tegar hahahha.. 
Kalau bagi yg manual.. mahunya sepuluh kali mati enjin hihihi..
Belajar dulu guna manual. boleh lulus kan hehehe..
Jadi tips ini amat bergunalah untuk saya , dengan itu saya kongsikan di blog kecil saya untuk kekawan juga..
Jom baca ^___^



Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Walaubagaimanapun artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.

Jika kenderaan anda tidak mempunyai butang tombol pada gear, sila abaikan. 
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Dapat agak sebab lampu reverse nyala kejap. Bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama. Kereta dah hon-hon. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Boleh rosak gear box rasanya.
Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light: 
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki
Nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak
Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D
Kalau gear yg jenis ada lekuk-lekuk tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?

Jika ada yang belum faham fungsi setiap gear, bolehlah rujuk keterangan setiap susunan gear untuk gearbox auto yang berikut:
P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.
R – reverse, untuk mengundur kereta anda
N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.
D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj
3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L – Low gear, gear pertama
Diharap artikel ini bermanfaat untuk memanjangkan jangka hayat kereta anda. Selamat mencuba :)

Jumaat, 22 Ogos 2014

ADOIII Letih dan Lesunya NAK BANGUN TIDUR NI ^__^

Assalamualaikum kekawan..

Selamat berhujung minggu dan hari bersama keluarga.. pada hujung minggu ni lah rasa 

nak manjakan badan.. dan rasa nak golek terlentang sesuka hati.. tapi tulah kalau

 dah nama nya perempuan, pastu banyak kerja yg perlu diselesai ..

 lupakanlah seketika dan bergolek-golek santai tu kan...




6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur

Pernah tak anda rasa letih atau macam tak larat tul nak bangun dari katil? Ntah la, badan ni lesu semacam aje. Haha… bila berdepan situasi sebegini, pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru.
Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana, mungkin ianya bukan satu masalah. Tapi, kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan, ianya memang masalah besar. Fuhh… ini tak boleh jadi nih.
Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni, terdapat 6 tip yang boleh anda amalkan. Bermula daripada sebelum anda tidur, sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.

6 tip yang saya maksudkan adalah;

1. Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki. Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu’ yang sempurna sebelum tidur.

2. Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan. Kalau tak silap, saya pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat badan anda tau!

3. Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil. Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.

4. Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam. Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.

5. Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu’ dan tunaikan solat Subuh.

6. Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.Sebaiknya minum air masak tu sejurus selepas bangun tidur

Begitulah 6 tip bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak lesu lagi.
Selamat Mencuba!

MH17 :: HARI BERKABUNG DAN BERTAFAKUR....

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kekawan semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat sejahtera hendaknya..
Hari ini 22 Ogos 2014, Jenazah yg terkorban MH17 akan tiba, rasa sayu dan sedih terasa jua dihati ini.. apa lagi warisnya.. setelah menunggu hampir sebulan setengah.. maka akan bersamadilah jenazah mereka di kampung halaman mereka , Marilah kita sama-sama memberi sedekah Al Fatihah dan bertafakur untuk mangsa MH17 ini... Alfatihah



Jumaat, 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435 Hijrah pasti terpahat dalam lipatan sejarah negara sebagai harinya satu Malaysia berkabung.
Selepas sebulan lima hari waris penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 menanti penuh sabar dan debar akan 'kepulangan' orang tercinta sejak menerima berita menggemparkan tentang tragedi yang menimpa pesawat dinaiki mereka pada 17 Julai lalu, Jumaat ini bagi sebahagian daripadanya adalah titik pengakhiran sebuah penantian.
Sekurang-kurangnya 20 daripada 43 jasad warganegara ini yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 298 orang penumpang dan anak kapal itu akhirnya akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - destinasi terakhir untuk penerbangan terakhir mereka di dunia ini.
Walaupun identiti jenazah dan mayat yang dikenal pasti belum diumumkan, sesiapa yang mengikuti perkembangan tragedi MH17 tahu dalam kalangan mereka ada kakak yang sudah lima tahun tidak berjumpa adiknya; ada keluarga yang pulang untuk berhari raya setelah sekian lama di perantauan; ada bapa dan ibu, ada suami dan isteri, begitu juga ada anak kepada orang tua yang tidak akan terdengar lagi suaranya dan tidak dapat dirasai lagi sentuhannya.
Kerajaan Malaysia sudah pun mengisytiharkan Jumaat ini sebagai Hari Perkabungan Negara.
Istiadat penerimaan dan penghormatan jenazah mangsa MH17 pun sudah diatur. Ringkas namun penuh makna.
Dalam tempoh upacara khas itu yang akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya KLIA, dan dijangka dipancarkan secara langsung menerusi stesen televisyen, rakyat diminta bertafakur sejenak.
Tidak lama, hanya seminit.
Bagi yang beragama Islam, mungkin boleh menyedekahkan al-Fatihah manakala yang bukan beragama Islam, berdoalah mengikut kepercayaan masing-masing.
Inilah waktu terbaik untuk rakyat Malaysia bersatu dan menunjukkan sifat empati terhadap kaum keluarga mangsa MH17 yang diduga hebat dengan insiden yang meragut nyawa orang tersayang.
Sebagai masyarakat yang terkenal dengan keprihatinan terhadap isu-isu kemanusiaan sejagat termasuk penderitaan rakyat Palestin yang dizalimi rejim Israel, tentulah agak janggal jika ada dalam kalangan kita yang gagal menyelami perasaan waris mangsa MH17. Bahkan agak zalim untuk menuduh kerajaan melebih-lebihkan upacara penerimaan jenazah mangsa.
Janganlah dipersoalkan sangat keperluan untuk berkabung satu negara. Janganlah detik hitam yang menimpa negara dan rakyat sewarga ini pun hendak dipolitikkan jua.
Dalam keadaan 43 waris, ahli keluarga dan kenalan mangsa MH17 yang merupakan rakyat Malaysia sedang berduka, tidak luak sedikit pun jika kita menunjukkan secebis simpati dengan berkongsi kedukaan mereka.
Hari Perkabungan Negara hanya satu perisytiharan bagi menunjukkan rasa dukacita kita terhadap malapetaka yang menimpa negara dan menghormati mangsa tragedi penerbangan nasional itu.
Tidak ada pun cuti umum atau sambutan yang luar biasa. Cuma sebagaimana lazimnya peraturan berkabung, bendera dikibar separuh tiang dan acara hiburan seboleh mungkin ditangguhkan.
Tidak ada pun paksaan ke atas mana-mana premis supaya menutup operasi. Tidak ada juga kod berpakaian yang diwajibkan pada hari itu. Cuma saranan supaya memakai warna gelap sebagai tanda berkabung.
Sesi persekolahan berjalan seperti biasa cuma seperti disarankan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dalam akaun Twitter miliknya agar 'sekolah-sekolah bertafakur seketika pada pukul 10.30 pagi sebagai tanda menghormati mangsa tragedi MH17'.
Dan rasanya, rata-rata rakyat Malaysia akan bertafakur secara sukarela. Rata-ratanya dengan ikhlas bersimpati terhadap mangsa dan ahli keluarga mereka.
Jadi berhentilah mempolitikkan tragedi ini mahupun upacara khas esok. Ketepikan sementara apa jua perbezaan antara kita.
Belajarlah memahami perasaan waris mangsa yang kehilangan insan tercinta, yang ada antaranya merupakan tonggak keluarga. Kehilangan yang bukan biasa namun secara tragis dan menyayat hati.
Takziah Malaysia. Semoga bersemadi dengan aman MH17.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140821/re_01/Esok-harinya-Malaysia-bertafakur#ixzz3B4Zu4MDK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Khamis, 21 Ogos 2014

MASALAH IBU CEPAT MARAH ANAK-ANAK

Assalamualaikum kekawan..
Semoga sihat dan ceria selalu :)

Saya terima dari FB yg dipost oleh kawan di wall nya.. harap boleh lah saya praktikan.. ye kekawan.. Amanah yg terlalu berat utk kita pikulkan..





Perkongsian bijak Puan Sharifah Shuwaidah

Masalah ibu cepat marah anak-anak :

Puan senang saja, saya pun mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakkan membaca cara2 mendidik
anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.

1) baju kotor rumah bersepah - puan biarkan anak habiskan main dan bila anak2 melihat muka puan, jgn ada mimik marah, jeling atau masam cuba
senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat
dan aktif). Pandanglah anak2 puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.

2) panjat, jerit tak dengar kata - saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat2 dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan explain pada anak apa yg kita nak anak buat.

3) puan sungguh lucky tidak bekerja
dapat mendidik anak kejalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak2 semasa anak2 tengah main join anak2 dan bergurau insyallah bila anak2 melihat
ibunya pun bermain selalu puan tengoklah anak2 akan berubah. Saya kata terus terang puan, saya sampai anak2 ajak main hujan dengan air
banjir saya join dengan bermain bersama2 anak mereka lebih menyayangi, memahami dan
mendengar kata.Last skali sekiranya puan betul2 tak dapat control puan lihatlah anak2 seperti esok kita dah tak jumpa anak2 kita lagi. Maaf ingat anak2 bukan hak kita amanah Allah s.w.t jgn sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.

4) setiap malam amalkan membaca
selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup keubun2 anak2 dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yg puan impikan pada
anak. Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak2 subhanallah doa n bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul2 dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah.

Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak automatic dengan segera berubah mood kita puan.Anak memang itu fitrahnya bila kita pukul atau marah anak2 tu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita. Saya doakan puan akan
berjaya mendidik anak2 puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah swt MAHA pengasih dan Allah swt amat benci kemarahan atau kekasaran.