Rabu, 13 Ogos 2014

MEE BANDUNG MUOR MUDAH ...eeeeemmm dapnya :)

 Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yg ceria :)

Petang ni saya nak kongsi resepi Mee Bandung Muor yg saya buat pada hari ahad tu.. Senangkan buat makanan yg berkuah yg campur semua bahan didalamnya ehe :) 

Kebetulan saya ada beli pes mee bandung Muor ni dari kawan ofis ni.. tu yg cepat sangat kerja saya.. memang sedap pes ni kekawan.. lupa pulak saya nak ambil gambar pes tu..
Kalau nak buat pes tu sendiri pun boleh jugak kekawan.. dibawah saya kongsikan, macam mana nak buat pes tu..
Jika kekawan nak buat dalam kuantiti yg banyak boleh gandakan bahannya.. bahan dibawah ni untuk 7-8 orang punya hidangan..
Jom intai resepi yg mudah ini kekawan :)


RESEPI MEE BANDUNG MUOR

Bahan untuk PES :-
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih*(*dikisar bersama)
  • 10 Tangkai cili kering - direbus dahulu lepas tu kisar
  • 1 cawan kacang tanah - di goreng dan dikisar halus
  • 3 sudu besar udang kering(2 peket) - dikisar halus 
  • 2 sudu besar gula
  • garam
Caranya :-
  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis  bahan kisar cili kering, udang kering dan bawang hingga wangi.
  2. Kemudian baru dimasukan kacang tanah yg di kisar halus tadi bersama gula dan garam. Bila dah wangi. ketepikan
(nota : kekawan boleh gandakan bahan utk hidangan yg ramai, buat pes ni banyak2 pun boleh nanti simpan dalam frozen, bila ada tetamu nak datang senang kan )

Bahan untuk Kuah :-
  • 300 gram daging - potong nipis-nipis rebus bersama 3 mangkuk air
  • 200 gram udang
  • 4 biji telur 
  • 2 s/b sos tomato
  • 4 s/b sos cili
  • 1 ikat sawi
  • 1 peket fishball - dipotong dua
  • 1 peket fishcat - dipotong nipis
  • 3 biji tauhu - dipotong
  • 1 kiub perisa ayam
  • Garam
Caranya :-
  1. Masukan pes kedalam periuk bersama air rebusan daging, masukan udang, daging, fishball, fishcat,kiub perisa ayam, sos tomato dan sos cili, kacau hingga mendidih.
  2. Kemudian pecahkan telur sebiji-sebiji ( seeloknya pecahkan dalam mangkuk yg lain baru di tuang kedalam periuk, takut nanti terkena telur yg busukan)
  3. Perlahankan api tunggu sehingga telur masak, kemudian masukan sayur sawi dan tauhu yg dipotong-potong (saya masukan sekali dalam kuah, kalau kekawan nak celur letak asing pun boleh)
  4. Rasa garamnya, jika kuah pekat sangat boleh ditambah sedikit air. Bila dah masak tutup apinya.
Bahan utk hidangan :-
  • 2 bungkus mee kunig - di celur sekejap
  • daun sup - dihiris
  • cili merah - dihiris (boleh juga dihidang dengan cili hijau jeruk)
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng
Cara hidangan :-
  1. Masukan sedikit mee kuning yg dicelur kedalam mangkuk, tuang kuah kedalam mangkuk, kemudian letak daun sup, cili hiris, bawang goreng dan perah limau kasturi.
SELAMAT MENCUBA KEKAWAN ^__^


21 ulasan:

  1. akakkkkkk..terliur falsya tau...sedapnyeee

    BalasPadam
  2. Betul...buat menu mee mee cepat...tetamu hello nk dtg...terus celur mee dan prepare kuahnya dah siap! Mee muar ni pun sy suka...beli pes nye aje..

    BalasPadam
  3. mee bandung muor ni mmg best...boleh cuba nnti

    BalasPadam
  4. kalau pes mee bandung ni kalau tekak sy Pes Mee Bandong Mak Pon tu dah sedap, tinggal tambah nak isi udang, pecah telur, sawi. Akak ni tunjuk mee bandong pulak, sib baik dah mkn jugak raya ni kat rumah kawan

    BalasPadam
  5. acik buat mee bandung ni guna pes segera je yatie

    BalasPadam
  6. Salam yati..klu buat open house mmg sesuai msk mee muar ni..nampak sedap tu!

    BalasPadam
  7. menarik juga kalau buat pes frozen tu... tapi kalau boleh beli, legi best... huhuhu, mmg bercinta nak buat sendri.... ekekkek

    BalasPadam
  8. kak, saya pose ni...terliur tgk mi bandung sedap!

    BalasPadam
  9. Boleh Dicuba ni T...senang jer nmpaknya...lebur2kan jer sumer bahan siappp...

    BalasPadam
  10. nak cari pes tu yg payah kat Shah Alam ni...tapi takpe boleh cuba resepi yg diberi tu...

    BalasPadam
  11. wah resepi ..sangat sedap...bole try lah ni.tq sharing very nice..http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. waaa..tengok pun dah kecur air liur ni.

    BalasPadam
  13. Aaaaaaaa sedapnya... terliur rasanya...

    BalasPadam
  14. wahhhhh nmpk sgt marvelous....

    BalasPadam
  15. kat mydin pun ada jual pes yg boleh tahn sedap jugak...senang je..

    BalasPadam
  16. Saya selalu kirim kat kakak di kampung kalau pes ni. Memang sedap dan memudahkan kerja. Saya kan memang suka benda-benda yang mudah dan ekpress ni. Takdalah berlingas badan dok kat dapur menyiapkan satu-satu juadah.

    BalasPadam
  17. Memang berbaloi buat sendirikan...simpan dalam frig...bunda pun suka mee yang berkuah ni...kalau buat jamu tetamu pun senang...muai... sebab berkuah...lagipun cepat kenyang...

    terima kasih resipinya..

    BalasPadam
  18. ermmm... entah la kenapa idah tak berapa suka mee bandung ek...! :]

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)