Rabu, 13 Ogos 2014

PERIUK BELANGA Menari dengan MEE BANDUNG MUOR Pulakkkk :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kekawan berada dalam rahmat Ilahi dan dalam kemanisan iman hendaknya :)

Group pertama yg datang Zaza, Nong Cik, Lenny dan hubbynya.. eeehh Nabil pun ada enterprem :)
Pada hari ahad 9/8/2014 saya tak gantung periuk belanga.. tetapi periuk belanga saya digunakan dengan jayanya untuk memasak mee bandung Muor dan serawa durian utk tetamu disebelah adik beradik en suami.. Jamuan bermula pukul 4pm, saya buat belah petang hingga ke malam.. Group pertama ni sampai pukul 4.30pm, elok ngam2 semua hidangan dah siap terhidang... dah saya sorang yg masak, anak2 tolong kupas bawang dan siap kan pinggan mangkuk ajer lah yg boleh tolongkan :)

Group kedua datang pada pukul 5.30pm, Ateh, Uda, Alin, Aboy dan Sham.. elok aje group pertama balik, datang group kedua ni.. ehe elok juga tu kan.. rumah saya ni kan kecik aje..adelah pulak kak Nabilah enterprame kat situ pulakk...


Group ketiga pulak sampai pada pukul 6.30pm.. group pertama tu ada lagi so duduk di sofa duduk makan kuih raya yg ada sikit lagi tu.. Group ketiga ni Mak ngah, Mak cik Faridah, Pak Cik Nan, Faizah dan khairul.. masa tu abg Kaem kata datang .. dorang tunggu tak dtg lagi.. rupanya sesat.. smpi kesudah tak sampai rumah saya :)

Ni group ke empat datang pukul 9pm, anak-anak semua dah tido sebab kepenatan di siang hari.. group penutup lah ni kiranya.. group ni dari Melaka dan Ampang, Pak Andak, Mak Andak, kakak pak andak dan anaknya.. datang sini sebab besok ada melapor diri di Hospital Besar Klang , Lepas tu Pak cik dan mak cik dari Ampang.. lama juga sembang hampir pukul 10.30pm baru mereka balik..


Inilah juadah yg sempat saya masak mee bandung Muor dan serawa durian, durian tu frozen masa bulan puasa hari tu, ada satu tupperware, jadi saya buat serawa makan dengan roti jer.. tak sempat saya nak menjala bagai ehe :)
Buah-buahan tempatan dah habis, saya ganti dengan buah oren pulak , jadilah buat pencuci mulut :)
Terima kasih yg sudi datang kerumah saya ni ye..

Kekawan pun mesti ada buat open house untuk keluarga ajer kan :)





14 ulasan:

  1. ramainya tetamu mcm open house.akak pun suka tetamu dtg group by group..senang nak layan dan boleh sembang panjang2 :)

    BalasPadam
  2. Walaupun letih tapi menjamu tetamu terasa puas dihati kan Yati.

    Rumah kakak tak ada specialize utk rumah terbuka. Bila ada tetamu dtg baru kakak masak. Tapi tak adalah special-special. Buat yg cepat. Nasib kurang baik makan nasi dan lauk apa yg kami sekeluarga makan...

    BalasPadam
  3. keluarga acik tak sempat nak buat openhouse pun yatie..memang raya kedua mesti dah serbu..tu sebab acik selalu pagi2 masak..in syaa Allah ada lah yang datang..dari raya kedua biasa nya kalau acik ada je dirumah sampai raya ke 5..setiap hari.

    BalasPadam
  4. sedapnya mee bandung,kakak suka...
    ada lagi simpan durian yatie?....kakak yang frozen pun dh jadi kn tempoyak bila tak siapa nak sentuh lagi.

    BalasPadam
  5. Sedapnya tengok gambar, itu belum masuk mulut lagi tu.....

    BalasPadam
  6. mee bandung muar tu sedapnye..ish terliur

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum. Saya juga gemar mee Bandung Muar. Besan saya orang Parit Zink, Muar.

    Terima kasih sudi singgah. Saya dah follow.

    BalasPadam
  8. Memang sedaplah kalau dapat rasa mee bandung muar macam ini.

    BalasPadam
  9. kak Yati....rajin nya buat makan makan lagi patutlah periuk menari-nari :-)

    BalasPadam
  10. wah...memang peberet mee bandung Muar ni.. bos kat sini org Muar, sllu jugalah makan.. aduhh..teringat plak..sedapnya... kira banyak gak kak masak ni kan..;)

    BalasPadam
  11. Ramainya org datang... seronok sekali sekala dtg berkumpul macam ni...

    BalasPadam
  12. Rajinnya buat open house walaupun hanya untuk keluarga sahaja. Saya setakat untuk adik beradik mana yang dapat. Nak buat betul-betul open house jemput kawan-kawan, aduhai... tak menyempat lagi.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)