Ahad, 21 September 2014

Ini Kisah Suami Beristerikan Si Jelita. Anda Pasti Berfikir Panjang Selepas Membaca Kisah Ini.

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhari minggu.. saya baca di FB kisah ni.. jadi saya kongsikan disini :)


Kisah ini kami terima daripada seorang sahabat, semoga kisah ini menjadi satu pedoman kepada bakal suami di luar sana.
Whatsapp dengan kawan lama. Lama tak tanya khabar. Malas sikit nak tegur dia ni sebab dia super kacak. Anti orang kacak ke apa aku ni. Hee
Aku: “Kau apa cerita sekarang?”
Member: “Dah kahwin. Dua tahun dah. Kau?”
Aku: “Aku masih membongak membujang. Koh koh koh.”
Member: “Nikah-nikahlah. Sian anak kau nanti, kau dah tua nak KO dia baru darjah satu. Kurang kasih sayang bapak nanti.”
Aku: “Best ke kahwin?”
Member: “Bergantung pada siapa yang kau pilihlah.”
Aku: “Err..maksud kau?”
Member: “Aku cakap directlah boleh?”
Aku: “Sila, sila..”
Member: “Kau kenal aku. Kau tahu aku macam mana. Orang kata aku playboy. Orang kata aku kasanova sebab rupa aku ni. Ya lah. Aku cerewet. Nak kenal perempuan yang lawa-lawa je. Model tak model, janji dahi licin. Ramai dah aku kenal. And, orang rumah aku pun alhamdulillah cun melecun.
Memang best dapat perempuan cun. Bila bawa keluar dating, banyak mata yang melihat. Bangga. Sampai ada yang snap gambar. Ramai puji aku bertuah dapat bini lawa. Orang kata nanti anak-anak semua comel-comel sebab mak bapak dah ada rupa.
Tapi, mereka tak tahu, tiap bulan aku habis berapa hanya untuk kekalkan kecantikan bini aku tu. Beribu. Dari alat make-up, supplements, skincare dari hujung rambut sampai hujung kaki, pakaian yang up-to-date, vogue dan fashionista bagai semua tu. Bayangkan kalau gaji aku cuma RM2k ke bawah? Teruk jugaklah.
High maintenance. Macam jaga kereta tapi kereta pun tak macam ni.
Jadi, aku cadangkan kau pilih yang solehahlah kalau boleh.”
Aku: “Kenapa? Sebab aku tak gaji besar macam kau ke, so aku tak boleh afford?”
Member: “Bukan sebab kemampuan gaji. Tu memang satu faktor gak. Tapi, yang lebih susah untuk diatasi adalah sikap dan perangai.
Bro, kau kenal aku takdelah alim. Agama so-so je lah. Kau tahu, betapa sukarnya nak suruh isteri sendiri berhenti atau kurangkan post gambar-gambar sendiri di instagram dan facebook? Orang lawa ni dia memang suka expose diri. Aku dah cuba slow-talk tapi mungkin makan masa lama lagilah. Sebab manusia suka dipuji. Aku pun suka bila orang duk puji-puji bini aku cantik. Memang aku tahu dayus macam tu, tapi susahlah nak buang sikap sendiri.
Bini aku pun ada perangainya sendiri. Kadang melawan. Kadang tinggi suara. Kadang marah merajuk melampau-lampau. Kadang-kadang, dia melebihkan penjagaan dirinya melebihi menjaga suami sendiri. Upgrade kecantikan saja tahu. Upgrade skill memasak ke menjahit ke, tak berapa suka. Nanti tangan jadi kasarlah apa lah.
Susah sebab aku kurang ilmu agama, nak didik orang ke arah agama. Baru sekarang aku faham. Dulu, aku ingat, kerja didik isteri ni mudah saja. Perlu tegas saja, perlu tengking saja, ugut nak nikah lagi satu ke. Tapi, meleset beb.
Aku nakkan kecantikan, aku dapat. Tapi, ketenangan dalam hati tu susah sikitlah. Nak tenang macam mana asyik nak cemburu buta je bila lelaki lain usyar bini sendiri.
Nak suruh dia tutup aurat lengan dan kaki pun masih tak berjaya. Apatah lagi nak suruh labuhkan tudung. Bukan mudah rupanya nak didik tutup aurat.”
Aku: “Hmmm..”
Member: “So, kesimpulannya, kau fokus pada yang solehah. Buat apa untung kat dunia macam aku, tapi rugi banyak di akhirat. Cari yang menguntungkan kau dunia dan akhirat.
Fikir dalam-dalam. Sekarang, aku gigih timba ilmu balik. Baca sendiri buku-buku agama. Sebab nak didik isteri. Kau jadikan cerita aku sebagai iktibar. Bukan mudah hidup berkeluarga. Banyak till neraka dari till jannah bila salah cara.”
Aku termenung lama…
Diterbitkan di TheVocket dengan keizinan
Cerita Oleh: Muhammad Rusydi

13 ulasan:

  1. pilihlah yg kuat pegangan agamanya..kerana dari agama...lahirlah sifat2 yg terpuji..

    BalasPadam
  2. banyak pengajaran yg kita dapat..moga kaum lelaki memilih agama sbgai syarat utama.

    BalasPadam
  3. Cari yang ada pendidikan agama dan juga keluarga yang kuat pegangan. In shaa Allah untung kedua2nya.

    BalasPadam
  4. moga anak muda diluar sana dapat jadikan iktibar cerita2 begini....kecantekan saja akan pudar apabila ditelan usia.

    BalasPadam
  5. marilah kita sesama mengingatkan anak-anak lelaki kita supaya tidak memilih yang cantik-cantik saja. yang beragama lebih penting. dapat keduanya sekali..alhamdhulillah..
    KY tag yati ye..

    BalasPadam
  6. Sesuatu yg orang cantik-cantik masa muda ini lupa bahwa kecantikan itu cuma ada di masa muda, bila dah berusia kecantikan semakin luntur. Yang tidak pernah luntur cuma ilmu dan iman, semakin tua semakin menebal....

    BalasPadam
  7. salam perkenalan...

    saya cari resipi kek coklat tadi terjumpa blog nih. perkongsian yg ini memang menarik. last para tu... nak pilih yang solehah kena bermula dari diri yang soleh dulu. macam magnet yang saling menarik... setuju tak?

    nanti saya singgah lagi nak cari resipi di sini. maklumlah sejak jadi surirumah ni macam2 resipi nak try.

    jemput singgah blog saya kalau sudi ya... tq.
    http://maipilihdotcom.blogspot.com/2014/09/10-manfaat-mealshakes-untuk-kanak-kanak.html

    BalasPadam
  8. Banyak pengajaran dlm cerita ni.. Bukan pasal cari jodoh je, tp blk pd kita yg membaca ni. Aurat, bab suka expose diri, selfie dll..

    BalasPadam
  9. TQ sharing kak..banyak pengajaran cerita ni... pilih lah yg beragama, itu yg paling di tuntut..:)

    BalasPadam
  10. Kecantikan itu dimata.. betul tak.. bukan pada pujian org

    BalasPadam
  11. Cantik tu sementara. Kalau suka dipujipuja, pilihlah yang cantik, jangan sampai hati merana :)

    BalasPadam
  12. semoga ramai lelaki yg membaca cerita ni.. :)

    BalasPadam
  13. Ye betul.....pilihlah yg solehah...kalau cantik tu cuma bonus ....tak gitu? Moga Allah pelihara rumahtangga kita ...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)