Isnin, 22 September 2014

Melangkah ke ALAM DEWASA... dah besar rupanya NABILAH :)

Assalamualaikum kekawan..
Salam pagi Isnin yg ceria :)
Semoga kekawan semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat selalu ye :D
Pada hari Sabtu saya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara di Plaza Massalam Shah Alam.. Disini buka Sabtu dan Ahad dari pukul 8am-1.00pm.. Jadi pagi-pagi kami dah pergi pukul 8.15am kami dah sampai :)



Masa tu orang tak ramai lagi.. kami adalah orang yg ke-10 ehe..
Dah alang-alang orang tak ramai tu saya pun ambil kesempatan tukar MyKad saya sekali..

Beriye Nabil tengok kakak Nabilah mengambil gambar MyKad tu.. lepas tu dia yg teruja.." bila pula Nabil boleh ambil gambar macam kakak tu mama? tanya Nabil.. "Tunggu Nabil 12 tahun baru boleh buat MyKad macam kakak" jawab saya.. lepas tu Najeeha pulak menyampuk "maknanya Jeeha lagi dua tahun baru boleh ye mama".. "ye lah " balas saya :)

Ini peraturan mengambil gambar dan pakaian yg sesuai.. masa hari tu saya pakai tudung biru, kakak nabilah pun sama.. jadi gambar semua biru sebab MyKad tu kan biru.. jadi saya cadangkan kawan pilih warna merah, ungu ke, hijau, kuning.. baru cantik gambar di MyKad tu..

Dulu ianya di panggil Kad Pengenakan @ IC , diperkenalkan pada tahun 1807.. dah 207 tahun lamanya kan kekawan..

IC seperti kad pula dipekenalkan pada tahun 1948.. masa ni mesti zaman datuk moyang kita kan..

Ini pula diperkenalkan pada tahun 1960, saya merasa menggunakan IC, tahan lama kan kekawan.. diperbuat dari plastik yg lembut.. lepas tu tulisan masih guna tangan.. :)


Pada tahun 1990 dipekenalkan gambar berwarna, saya pun menukarnya, tapi kualiti plastik tak elok, senang terbuka di tepinya dan senang terlipat..




Lepas tu diperkenalkan gambar berwarna berkualiti pada tahun 1997..  tapi  plastiknya keras sikit.. saya tak tukar pun masa ni..

Pada tahun 2001 diperkenalkan pula MyKad.. semua orang diwajibkan tukar kan.. saya menukarnya pada tahun 2004 .. masa tu saya mengandung Najeeha.. sudah gambar kemain gemuk.. membesar bagai johan :D


Pada tahun 2011 di pekenalkan Mykad yg baru, pada tahun ini baru saya dapat menukarnya, itupun nak buat MyKad kan :) , 
 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan Kad Pengenalan Warganegara Malaysia atau Mykad yang baru. MyKad dengan struktur baru mulai 2012 akan diperbuat daripada bahan “polycarbonate” yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan (Admin rujuk Kamus Dewan: Turis bermaksud Toreh) laser pada permukaan kad. Ia juga akan menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di SIRIM dan makmal semikonduktor yang diiktiraf.


Masa nak balik sempat juga Najeeha nak letak nombor tu di kotak senyum tu.. dia kata abang yg proses MyKad kakak tu senyum ajer :)

Adik tu kata esok siap kak.. nanti ambil dikaunter 15 @ 16 ye.. jadi esoknya balik daripada pasar pagi saya singgah sekali lagi dengan bebudak ni untuk ambil MyKad ni..

"Akhirnya saya gembira dapat MyKad " kata Nabilah.. jadinya Nabilah dah masuk Adult lah ni.. kena bayar lebih lepas ni bila nak masuk mana-mana tempat kan, tikit kapal terbang pun dan kira adult ehe :)

Kekawan dah tukar ke MyKad baru tu :)

21 ulasan:

  1. Wah.. tak sabar Nabil nak ada ic juga ya.. tunggu cukup usia ya..
    .saya tukar kat sini juga awal tahun ni. Kami pun pergi hari tak kerja, memang cepat dan tak payah tunggu lama pun masa tu..

    BalasPadam
  2. wah dewasa ya nabilah, anak kaknoor nama nabilah jugak lagi dah besar dah dua puluhan heee

    BalasPadam
  3. alhamdullillah udah meningkat dewasa...semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya..insyaallah

    BalasPadam
  4. ramai org dah tukar Mykad baru merunggut..gambar lbih gelap jadinya...akak dah tukar awal bln ni..mmg gelap berbanding yg lama..hehe rasa mcm nak mintak yg lama tu semula..

    BalasPadam
  5. bila anak dh 12thn ni yatie .,cepat aje kita lihat tumbesarannya ...pejam celik dh remaja
    .kakak sekeluarga dh lama tukar mykad baru...itulah Iman sibuk kata bila nk tukar mykid dia. .

    BalasPadam
  6. Besar dah Kak Nabilah..aku pun nak gi tukar jugak T..sehari kesehari nak pegi tak jugakkk...tunggu Yana nak ambik IC 2 thn lagi lah baru aku tukar nmpak gayanya...

    BalasPadam
  7. acik dah tukar yatie..bulan mac lepas.seminggu baru siap..

    BalasPadam
  8. dah tukar jugak kak..alhamdulillah..tapi masa tu gambar kita chubby sgt..huhuhu

    BalasPadam
  9. Saya belum tukar lagi kak... masa last tukar umur 22 tahun kot kt Sungai Petani...haha

    BalasPadam
  10. Nabillah dah besar! Bila dah ada Mykad ni kalau masuk tempat berbayar dah kena ikut harga org dewasalah. Kanak-kanak dah tinggal dua aje. Lain harga dah kena ikut harga org dewasa..

    BalasPadam
  11. Ingat lagi... Betapa excitednye saya masa mula2 nak buat IC dulu... Skrg ni, anak2, lahir2 je dh ada MyKid... Hehe

    BalasPadam
  12. yeay kakak dah ade mykad baru heeheheh..... so akak pegang ke atau dah bagi nabilah pegang sendiri...tingat mase lieya dulu , mak pegang kan...merajuk gak sbb nak pegang sendiri tak bagi...ye laaa 12 tahun tu masih lumpandai lagi jaga dokumen penting kan kak heheheehehe

    BalasPadam
  13. Izzah dah buat bulan 8 arituh :-)
    Betul ler.. dah jadi dewasa anak kita kan.. rasa baru lg baby nyerr

    BalasPadam
  14. Assalam
    Dah ada ic he he besar dah kan ank dara
    X lama lg msk sek men pula fasa baru remaja
    Lain pula cabarannya

    BalasPadam
  15. Senyum lebar Nabila bila dapat Mykad. Kalau saya, macam tak mahu je membesar, tak mahu buat Mykad :)

    Saya dah lost track rasanya kad saya generasi yang keberapa ek. Yang pasti saya belum tukar kepada yang terbaru. Berminggu sudah pergi juga ke JPN Pudu Sentral. Tengok orang sikit punya ramai, lepas ambil nombor saya balik rumah, tidur...

    BalasPadam
  16. BEsar dah anak dara akk yerp ☺☺

    Tak tukar IC baru lagi.

    BalasPadam
  17. Teringat last year bawak Adam pegi buat mykad :-D

    BalasPadam
  18. mesti nabilah rasa teruja sangat....asyik2 tengok mykad je...hehehe

    BalasPadam
  19. salah satu peristiwa yg menandakan dah besar dah kakak nabilah,...

    BalasPadam
  20. Okje pun rasa ic yg plastik tu CH....terbayang bayang lagi rambut ikat dua kat IC tu hehe.. Yg latest thn 2012 lum tukar lagi. ..taktahulah bila nak tukarnya

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)