Isnin, 12 Januari 2015

BACK TO SCHOOL...

Assalamualaikum kekawan.. salam pagi yg ceria :)

Pagi ni bermula tugas utk menghantar anak-anak ke sekolah.. jalanraya dah mula sesak.. pagi ni keluar awal.. pukul 7.00am sudah berada diatas jalan raya.. smpi sahaja ke jalan besar.. jalan sudah mula jem.. 2 kali lampu merah .. baru saya dapat melepasinya.. sampai kesekolah Nabil dan Najeeha dah pukul 7.20am pada hal kalau ikut biasa hanya lima minit ajer utk kesekolah tu.. Suka hati betul nak kesekolah nabil ni .. smlm petang semua kelengkapan telah dibuatnya..



Malam tu mereka dah request suruh buat sarapan pagi Apam Goreng... pagi2 lagi saya dah mengapam untuk mereka. Nabil siap nak bawa bekal lagi kata boleh bagi kekawan makan sama hehehe.. untuk resepi klik ni



Petang nanti pulak nak menghantar kakak Nabilah ke Maahad Tahfiz Lilbanat Seksyen 13 Shah Alam... Kak Nabilah nak sekolah yg dekat dengan rumah jugak.. sukar nak buat pilihan dengan kakak seorang ni..

14 ulasan:

  1. sempat gak akak wat breakfast..saya hari ni husband start sek..kelam kabut sempat wat air aje.. : (

    BalasPadam
  2. apam goreng yatie..acik tak pernah makan tu..bancuha macam buat apam biasa yang kukus tu ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan dikukus acik.. apam di goreng.. resepinya kat sini acikhttp://cahayahidupku2569.blogspot.com/2014/01/apam-goreng-emmm-dapnya.html

      Padam
  3. Sedapnye breakfast tuh..cicah sardin ke tuh kak..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum
    singgah sebentar disini
    sory sangat2 anum baru masuk kerja hari ini
    bz day

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... dah mula sekolah ye sayang semua.
    Anak auntie semalam dah mula sekolah

    Samalah anak kakak pun bawa bekal Yati. Semalam bawa roti gulung sosej, pagi tadi bawa kwee-teow goreng. Mula sekolah mula fikir nak buat bekal apa kan.. kadang bingung juga Yati.

    BalasPadam
  6. Kak zai dah bebas dari alam persekolahan sebab anak bongsu dah masuk U.

    Sedapnya lempeng cicah dengan sambal sardin.

    BalasPadam
  7. Selamat bersekolah untuk anak2 dan selamat jadi supir untuk mama pulak...hehehe

    BalasPadam
  8. Selamat bersekolah Nabil & Najeeha...moga jadi orang yang berjaya :)

    BalasPadam
  9. Kedah sekolah start semalam..
    Apam goreng? Bukan saja tak pernah makan, dengar pun tak pernah. Mesti sedap kan...?

    BalasPadam
  10. tiada ucapana berbeza... selamat kembali ke sekolah untuk anak2 semua... berimpikanlah untuk jadi insan hebat untuk agama

    BalasPadam
  11. jalan dh mula sesak sbb sekolah dah mula.sy pun kena keluar lebih awal ketempat kerja klu duty pagi..

    BalasPadam
  12. Bila dah mula musim persekolahan ni, maka bertabahlah kita menghadapi kesesakan jalanraya yang adakalanya diluar jangka

    BalasPadam
  13. Adoiiii tetiba pulak nak buat apam bakar CH.. teringinlah. Wah untunglah CH....anak anak semua sekolah tahfizkan....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)