Isnin, 20 April 2015

DAGING PEDAS MASAK MERAH

Assalamualaikum kekawan..

Salm petang yg ceria :)

Tergoda tak tengok.. sebab saya tengok tergoda bila kawan postkan di FB... :P

Jom kita cuba pulak :D




Slow cooking Spicy Beef Marinara. Daging Pedas Masak Merah. Bon Appetit...Bau nya mengancam...
Bahan2nya
1 kg daging - dihiris2 tipis
2 tangkai daun ketumbar bersama akarnya
1.5 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu bawang merah goreng
3 cm halia
3 sudu besar cili kisar
6 biji tomato ceri - dibelah dua
Bahan2 di atas di kisar halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar Jus lemon
Rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 3 bunga lawang, 5 bunga cengkih dan 6 buah pelaga)
Air secukup untuk kuahnya
2 batang lobak merah dipotong bulat
3 biji ubi kentang - di potong dadu2 (ikut citarasa) goreng & di tepikan
Minyak untuk menumis
Bawang merah goreng untuk taburan
Daun ketumbar untuk taburan
Cara2 nya
Panaskan minyak di kuali. Kemudian letakan bahan2 yang di kisar. Letakan rempah 4 sekawan, Tumis hingga aroma nya bangkit, letakan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, dan serbuk kunyit. Letakan garam dan gula secukup, Lebihkan gula nya supaya rasa manis sedikit. 1 cawan air untuk kuahnya. Letakan lobak merah. Masukkan daging anda dan masak di api yang kecil dan masak pelahan2. Masukkan jus lemon dan biarkan daging masak dan empok di kuahnya. Taburkan bawang merah goreng dan tomato ceri yang dibelah dua dan biarkan ia masak hingga ia mendidih sekali lagi. Rasa kuahnya. Sajikan hidangan nya bersama taburan kentang goreng dan pelbagai nasi atau pelbagai roti.

12 ulasan:

  1. tiba2 teringin ...nti boleh la cuba buat :)

    BalasPadam
  2. Memang tergoda ni kak..hahaha.. lapor di buek nya... nanti nak belajar masakkan en suami :)

    BalasPadam
  3. nyumssss terliur kak..
    hilang stress tengok makanan..

    BalasPadam
  4. lapar dibuatnya...mau nak buat juga ni

    BalasPadam
  5. Mahunya tak tergoda. Saya pun dok save ajelah ni semua. Walaupun tergoda, entah bila nak buat pun tak tahulah, CH ^_^

    BalasPadam
  6. As salam Yatie...sedapnya..terliur dibuatnya nie...uhuhuh

    BalasPadam
  7. pastinya tambah nasi ni kalau kaknoor haha

    BalasPadam
  8. hehehe akak masakkan.. open house please.. nak terjah =P
    muka tak malu ni..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)