Isnin, 20 April 2015

REJAB DATANG LAGI.... SALAM 1 REJAB 1436H DAN ALHAMDULILLAH MAK SEMAKIN SIHAT..

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya...



Alhamdulillah sudah 1 Rejab hari ini ye kekawan.. semoga kita diberkati pada bulan Rejab dan Sya'aban dan dipanjangkan umur kita sehingga bertemu Ramadhan Mubarak.. Aamiin..

InshaAllah hari ini saya berpuasa Rejab.. bila macam ini teringat arwah abah yg tidak pernah tinggal puasa Rejab begitu juga dengan Mak.. Alhamdullillah mak dah keluar hospital pada hari Jumaat yg lalu. Sabtu selepas habis kelas ganti Kakak Nabilah saya balik ke Kuang, tengok mak semakin sihat, adik saya Itam bawa tukang urut untuk urut mak.. Mak Nab yg mengurut mak ni kata, InshaAllah dalam tiga bulan mak boleh bangun dan dapat menguruskan dirinya seperti biasa.. ini kerana mak hanya minor stroke, tangan kanan emak saja yg lemah, mak Nab kata bahu mak tak jatuh, makna nya kena selalu urut mak di bahagian sini, sambil mengajar kami macam mana nak urut.

Kaki kanan mak pun dah boleh bergerak-gerak.. tengok muka mak pun dah merah , darah elok perjalanannya kata mak Nab tu lagi.. teliti tengok mak Nab tu mengurut, lama dia mengurut mak hampir 3 jam, satu-satu urat mak dicarinya.. Mak Nab ni memang tukang urut utk stroke dan bersalin, penuh aje jadualnya, rasa macam saya nak berurut sama dibuatnya.. mak saya ni badan pun besar, kami kena berdua utk mengangkat mak utk di gantikan pampes nya tu.. bila saya tanya mak Nab lepas ni ada urut org lagi ke, penuh smpi ke malam kata mak Nab, huhuhu tak ada can lah saya nak mengurut.
Semoga mak cepat sembuh dan boleh solat dengan sempurna... Aamin

12 ulasan:

  1. Aamiin..semoga ma yatie cepat sembuh

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,..
    Harap mk yatie akan pulih spenuhnya.

    BalasPadam
  3. Amalkan juga doa angin ahmar yati. Cuba google atau cari buku Harun Din ada dlm buku yg warna hijau tu. Utk zikir minta mak baca Allahumma Ya Syafiyal amrat... jadikan zikir moga mak cepat sembuh. Kakak doakan dari jauh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah kakzakie, terima kasih bagi doa ni, saya akan minta mak amalkan. Terima kasih juga atas doa kakzakie utk mak yati.

      Padam
  4. salam 1 rejab kak..

    alhamdulillah..semoga mak akak cepat sembuh..

    BalasPadam
  5. Amin

    sama2 kita doa ye...in shaa Allah

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dah beransur sihat mak akak.. moga cepat sembuh... tak sedar dah bulan Rejab.. tak lama lg Ramadhan.. InsyaAllah atie pun puasa hari ini...:)

    BalasPadam
  7. syukurlah, dah bertambah sihat. semoga emak awak cepat pulih seperti sedia kala

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, syukurlah mak CH dah beransur pulih. Lega mendengarnya. Saya rasa sebagai anak, tentu senang dan tenang hati CH dengan khabar gembira ni. Semoga mak CH akan kembali pulih seperti sediakala.

    BalasPadam
  9. salam rejab kak.. smoga diberi kesihatan untuk beribadat =)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)