Khamis, 28 Mei 2015

ASAM PEDAS AROMA LIMAU PURUT

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua ..


Asam pedas memang kegemaran kami sekeluarga.. pastu dipelbagaikan pula dengan aroma yg menusuk deria bau.. lagi melonjak-lonjak perut utk minta diisi, saya masak ni masa berbuka puasa hari khamis lepas kekawan.. baru sekarang nak buat entri.. dah selamat jadi baja organik hahaha .. 

Dapat limau purut ni pun dari rumah mak dan suka sangat dengan baunya tu.. pastu ditambah pula dengan keharuman daun limau purut tu.. lagi bertambah sedap rasa nya..

Jom kita intai resepi yg mudah ini kekawan..

RESEPI ASAM PEDAS AROMA LIMAU PURUT

Bahannya :-
  • 1 ekor ikan siakap size sederhana 
  • 1 biji limau purut
  • 1 btg serai dititik
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • 2 tangkai bunga kantan
  • 400 ml air
  • 5 helai daun limau purut
  • 60 ml minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan kisar

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 cm belacan, dibakar
  • 1/2 sudu teh jintan manis } disangai dan ditumbuk
  • 1/2 sudu teh jintan putih } disangai dan ditumbuk
  • 5 biji lada hitam - ditumbuk
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Kemudian masukan ikan dan gaul kan mesra, kemudian masukan air 400ml yg diperah kedalamnya satu biji limau purut.
  3. Kemudian masukan daun keseum dan bunga kantan. Masak hingga mendidih.
  4. Bubuh garam dan daun limau purut. Apabila semua bahan telah masak, boleh ditutup apinya.
  5. Siap utk dihidang


18 ulasan:

  1. sedap tu. lama dah tak buat asam pedas ni...

    BalasPadam
  2. sedapnya.... suka juga asam pedas tapi husband eija kurang sikit sb tu jarang buat hehe

    BalasPadam
  3. sedapnya yatie..tengahari ni mau cari asam pedas untuk lunch

    BalasPadam
  4. Kakak dah selalu buat Yati
    Maklumlah rumah kakak kalau asam pedas boleh katakan kerap benar masak. Macam-macam versi kakak olah..

    BalasPadam
  5. Saya pun suka asam pedas ni, CH. Saya suka bau bunga kesum tu. Kalau dapat asam pedas ikan merah ke, ikan jenahak ke, ikan parang ke...aduhai... sedapnya!

    BalasPadam
  6. Singgah pagi..
    kalau mai blog akk...
    mesti tgk resepi² yg boleh di amek...
    boleh di jadikan masakan ptg hari :)

    BalasPadam
  7. tak penah try guna daun limau purut ni..boleh try la

    BalasPadam
  8. assalamualaikum,
    errrr sebenarnya mmg kena letak ek limau purut?

    BalasPadam
  9. Kegemaran knor juga....

    terliur sudah....

    BalasPadam
  10. eerrmmm... nampak sedapnye asam pedas ni... meleleh air liur nengok.. :)

    BalasPadam
  11. nasib baik 2 hari lps dh makan...kalau x, harus terliur nie..hehehehe

    BalasPadam
  12. Anak2 kak zai suka makan asam pedas daging tetel.

    BalasPadam
  13. Unik ni, ada limau purut..terliur saya...hihihi

    BalasPadam
  14. itu ari ada la mengidam nak makan asam pedas. pergi la saya ke kedai yang biasa dah makan, sekali tak kena dengan selera. sebelum nie memang sedap makan kat situ. mungkin tukang masak baru kah?

    BalasPadam
  15. Dulu masa tak pandai nak seludup bunga kantan ke sini.. memang tiap kali masak asam pedas memang cuma guna daun limau purut dan serai saja.
    Tapi walau apa bahan yang diguna.. asam pedas memang WIN.

    BalasPadam
  16. Sedap nampak.. mau tambah 3 pinggan nasi ni...

    BalasPadam
  17. Asam pedas sedapnye...dah lama tak makan.Mlm ni nak masak dah terliur nih...

    Jemput ke blog says

    https://www.mamavitashoppe.wordpress.com

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)